Kaki Kereta
Advertisement
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kaki Kereta
No Result
View All Result

MAZDA RX7 FC3S

hpmedia webadmin by hpmedia webadmin
27/10/2013
in MODIFIKASI, UTAMA

Mazda ialah antara pengeluar kereta yang paling saya hormati di dunia. Walaupun namanya tidak sehebat Toyota atau segagah Ford, Mazda ialah sebuah syarikat yang berani mencuba benda baru. Mazda jarang mengambil jalan yang biasa diambil oleh pengeluar kereta lain. Inilah yang membuatkan jenama itu amat unik.

Teknologi Mazda yang orang tidak akan lupa tentulah enjin rotari. Enjin yang mula diperkenalkan untuk model R100 ketika itu nyata satu revolusi dalam bidang pemotoran. Walaupun Mazda bukanlah syarikat yang mencipta enjin rotari, namun Mazda bertanggungjawab membawa teknologi baru itu ke pasaran dunia. Malah ia kekal menjadi satu-satunya pengeluar kereta di dunia yang memasarkan enjin rotari.

Model paling terkenal Mazda tentulah RX7 yang kali pertama ditawarkan ke pasaran pada tahun 1970-an bersama enjin rotari 12A. RX7 generasi pertama juga menjadi model berenjin rotari pertama dijual di Malaysia secara rasmi.

Dengan reka bentuk yang cukup sporty, RX7 generasi pertama merupakan salah sebuah kereta yang wajib dimiliki oleh playboy pada ketika itu. Dengan harga mencecah RM60,000 hanya playboy kaya saja yang mampu milikinya.

Model kedua, dikenali sebagai FC3S ialah model pertama RX7 yang menggunakan enjin 13B dengan sistem pengecas turbo. Enjin itu dibina selepas mengambil kira rungutan sesetengah pemilik enjin rotari yang mengadu daya kilas (tork) enjin rotari agak lemah. Jadi, pengecas turbo adalah penyelesaian untuk masalah tersebut.

RX7 milik G-man ini ialah model keluaran 1989, iaitu versi Series 5 yang merupakan model facelift untuk FC3S. Apabila G-Man membuka ruang enjin, saya tergamam. Terkejut melihat enjin 13B yang masih baru!

Sepanjang karier sebagai wartawan yang menulis pasal kereta ubah suai, saya tidak pernah lagi tengok enjin 13B standard, selain dalam bentuk half-cut RX7 di kedai potong. Kalau anda peminat modifikasi, memang anda akan benci tengok enjin macam ini. Tetapi bagi kaki restorasi klasik, enjin macam inilah yang menjadi idaman. Sebabnya, kereta ini sudah berusia lebih 20 tahun, tetapi enjin macam baru keluar dari kedai!

G-Man hanya menggantikan pam bahan api asal kepada pam bahan api Walbro. Manakala sistem ekzos pula diganti dengan sistem ekzos buatan custom berdiameter tiga inci. Itu sahaja, yang lain semuanya standard, hatta penapis udara pun dia guna barang standard.

Memandangkan enjin kereta ini standard habis, kotak gearnya pun tidak diusik. Masih kekalkan kotak gear lima kelajuan manual dengan klac standard. Tahap standard RX7 itu berakhir di sini kerana G-Man telah menaik taraf sistem gantungan kereta.

Untuk bahagian pengendalian kereta, G-Man menggantikan semua penyerap hentak asal dengan penyerap hentak Feeds jenis boleh laras sepenuhnya. Sebuah strut bar daripada jenama sama turut dipasang pada bahagian depan kereta.

Bagi saya rim dan tayarnya perlu ditukar. Rim standard RX7 ini bersaiz 15 inci, mungkin cukup besar masa zaman 1980-an. Tetapi zaman sekarang, Proton Saga FLX keluar kilang pun guna rim 15 inci.

Justeru, G-Man memilih rim Volk Racing TE37SL berdiameter 18 inci untuk RX7. Rim 18 inci itu memang nampak besar dan memenuhi ruang kosong bawah arca rodanya. Tayarnya pula daripada Dunlop untuk bahagian depan (saiz 225/40/18). Bagi roda belakang, sepasang tayar Michelin digunakan. Saiznya ialah 255/40/18.

Sistem brek RX7 itu langsung tidak diusik. Alasannya, kalau enjin standard kilang, memang tak ekonomikal untuk berbelanja lebih membeli brek mahal. Rotor depan sahaja yang diusik oleh G-Man dengan menebuk lubang-lubang udara bagi menyejukkan cakera dengan lebih baik. Brek sejuk akan membrek dengan lebih baik berbanding brek yang terlalu panas – inilah teorinya.

Sama macam enjinnya, bahagian luaran kereta dikekalkan standard RX7 Series V tanpa ada apa-apa perubahan atau penambahan. Cuma warnanya saja ditukar kepada warna kuning berbanding warna putih asalnya.

Di bahagian dalam, kereta itu dilengkapi set roll-cage custom untuk kegunaan jalan raya. Maksudnya, penumpang belakang masih boleh duduk di belakang dan palang roll-cage tersebut tidak mengganggu urusan keluar masuk kenderaan.

Tempat duduk pemandu diganti dengan tempat duduk jenis bucket penuh buatan Bride dan stereng asal diganti dengan stereng Momo. Radio, meter-meter tambahan atau turbo timer tidak dipasang. Rileks pemandunya tidak dengar radio. Layan bunyi enjin lagi best agaknya.

SPESIFIKASI

      • Model: Mazda RX7 FC3S Series V
      • Enjin: 13B rotari turbo intercooler, pam bahan api Walbro
      • Sistem ekzos: Custom 3”
      • Kotak gear: Standard
      • Sistem gantungan: Feeds boleh laras
      • Rim / Tayar: Volk Racing TE37SL 18” / Dunlop 225/40/18 (depan), Michelin 245/40/18 (belakang)
      • Brek: Standard
      • Luaran: Standard

 

Sumber : Mekanika
Website :https://www.mekanika.com.my/
Facebook :https://www.facebook.com/MekanikaMalaysia/
Instagram :https://www.instagram.com/mekanika.malaysia/?hl=en
Youtube :https://www.youtube.com/channel/UCW_a5QtfMwZ5gNBhgXBdscQ

 

Previous Post

KUASA HONDA CIVIC EF

Next Post

HONDA FD2R FEEL’S

CAPAIAN

  • September 2025
  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • October 2017
  • May 2017
  • March 2017
  • February 2017
  • January 2017
  • December 2016
  • November 2016
  • October 2016
  • September 2016
  • August 2016
  • July 2016
  • June 2016
  • May 2016
  • April 2016
  • March 2016
  • February 2016
  • January 2016
  • December 2015
  • November 2015
  • October 2015
  • September 2015
  • August 2015
  • July 2015
  • May 2015
  • January 2015
  • December 2014
  • November 2014
  • October 2014
  • September 2014
  • August 2014
  • July 2014
  • June 2014
  • May 2014
  • April 2014
  • March 2014
  • February 2014
  • January 2014
  • December 2013
  • November 2013
  • October 2013
  • August 2013
  • July 2013
  • June 2013
  • May 2013
  • April 2013
  • March 2013
  • January 2013
  • December 2012
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved