Kaki Kereta
Advertisement
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kaki Kereta
No Result
View All Result

KUASA HONDA CIVIC EF

hpmedia webadmin by hpmedia webadmin
24/10/2013
in MODIFIKASI, UTAMA

Sedar tak sedar, Honda Civic siri EF sudah menyambut ulang tahun yang ke-25 pada tahun ini. Kalau ikut peraturan kereta klasik, Civic EF memang layak masuk kategori kereta klasik. Begitulah juga umur enjin B16A yang bagi saya masih belum ada tandingannya dari segi prestasi untuk sebuah enjin tanpa bantuan turbo.

Kemampuan menjana kuasa sehingga 160hp untuk enjin bersesaran hanya 1,600cc adalah satu pencapaian yang sangat menakjubkan. Apatah lagi angka ini dicapai 25 tahun yang lalu!

Walaupun di Amerika Syarikat (AS), negara yang sangat mencintai jenama Honda telah mula beralih kepada enjin siri K untuk projek ubah suai mereka, enjin siri B masih lagi popular di Malaysia. Kehadiran alat ganti berprestasi tinggi dari AS yang murah dan berkualiti tinggi membuatkannya kekal menjadi enjin pilihan bagi kaki racing di Malaysia.

Pengembaraan kru kami ke Tawau, Sabah menemukan kami dengan Civic EF yang boleh tahan ganasnya. Kereta itu sekali-sekala digunakan untuk perlumbaan. Tetapi sebenarnya ia lebih banyak digunakan sebagai kereta harian. Inilah keistimewaan Honda dengan enjin VTEC. Kalau tak ditekan, enjin itu macam enjin kereta biasa sahaja.

Mungkin kekurangan enjin VTEC terletak pada daya kilasnya (tork). Low end torque enjin tersebut agak gagal. Jadi nak buat macam mana? Apa kata kita gabungkan enjin VTEC dengan blok enjin yang lebih besar. Haa… Memang menjadi. Pemilik EF ini, Nazlee menghantar kereta Civic beliau ke bengkel Holset Enterprise untuk menyiapkan projek enjin hibrid tersebut.

Walaupun Civic tidak pernah dibekalkan dengan enjin 2,000cc, Honda bagaimanapun menggunakan blok enjin 2,000cc siri B untuk Honda CRV generasi pertama. Jadi blok enjin itulah yang dijadikan asas untuk projek hibrid enjin VTEC ini.

Padanan kepala silinder VTEC boleh dilakukan secara “plug n play”. Tetapi blok enjin CRV itu perlu diubah suai sikit, terutama pada bahagian omboh. Blok enjin B20B sekarang menggunakan omboh Wiseco 85mm jenis mampatan tinggi (high compression). Ia dilihat lebih sesuai dengan karektor enjin VTEC yang mampu diputar pada kadar yang tinggi.

Kepala silindernya dipasang dengan sepasang aci sesondol Jun Type III yang lengkap bersama gegelung (spring) injapnya. Bahagian manifold kemasukan enjin telah diganti dengan barang lain. Lebih tepat lagi, satu set manifold Skunk2 dengan throttle body Works Engineering. Semua alat pancitan bahan api asal diganti dengan sistem yang diambil daripada enjin Honda H22A.

Sistem kawalan eletronik enjin diberikan kepada GReddy e-Manage Ultimate yang sememangnya sebuah ECU jenis piggyback. Ia mampu menala enjin ini bukan sahaja untuk nisbah minyak dan udara, malah ignition timing serta bukaan VTEC. Pam bahan api daripada Bosch dan kabel palam pencucuh NGK melengkapkan ubah suai enjin ini.

Menambah keseronokan memandu Civic yang beratnya lebih kurang satu tan ini adalah ubah suai yang dilakukan pada kotak gear. Honda Civic bagi saya mempunyai kotak gear terbaik. ‘Feel’ menukar gearnya ibarat sebuah kereta lumba – tepat dan pantas.

Kotak gear Civic EF ini dinaik taraf dengan menggunakan klac perlumbaan jenama Trinity dan flywheel daripada Toda Racing. Kotak gear ini juga dibekalkan dengan sistem LSD jenis full lock yang membuatkan pemanduannya ibarat memandu sebuah kereta lumba.

Civic siri EF ialah Civic pertama yang memperkenalkan sistem gantungan jenis wishbone berkembar yang diinspirasikan daripada teknologi jentera Formula 1. Untuk kereta yang sama generasi dengannya, tak boleh lawan Honda Civic kalau ambil selekoh.

Dengan enjin lebih berat dan prestasi lebih tinggi, elok juga sistem gantungan kereta dinaik taraf. Nazlee memilih sepasang penyerap hentak boleh laras Cusco untuk bahagian hadapan dan Tein boleh laras di belakang, sebelum melaraskan ketinggiannya ke tahap paling rendah.

Rim asal EF diganti dengan rim Volk Racing TE37 berdiameter 15 inci bersama tayar 195/50/15. Sistem breknya pula diganti dengan brek jenis cakera daripada model EF9 yang menggantikan kombo brek cakera/gelendong asal Civic EF2.

Walaupun kereta ini nampak macam kereta racing hardcore, ruang dalaman menceritakan hal yang sebaliknya. Saya suka betul tengok. Kemas dan bersih sehinggakan nak masuk ambik gambar pun rasa macam nak tanggal kasut.

Tempat duduk depan menggunakan tempat duduk bucket penuh gaya racing daripada SSCUSS. Stereng asal diganti dengan stereng Momo. Di atas papan pemuka diletakkan dua buah meter jenama Defi dan sebuah takometer daripada Auto Meter.

Dari segi penampilan luaran, Civic EF2 ini dah jadi EF9 yang lengkap. Bampar hadapan dengan lampu isyarat membelok yang panjang dan spoiler dua tingkat di bonet belakang menjadikan Civic ini sebuah EF9 sebenar. Cat kuning yang dipilih sememangnya sangat padan dengan Civic ini yang nampak cukup garang dan agresif di atas jalan raya.

Civic EF mungkin sudah berusia 25 tahun. Namun bagi peminat Honda, kereta ini ialah kereta entry level mereka untuk berjinak-jinak dengan teknologi VTEC. Tidak perlu risau, barang masih banyak. Terima kasih kepada warga AS yang macam anda, cukup berkenan dengan Honda klasik ini.

SPESIFIKASI

      • Model: Honda Civic EF2
      • Ubah suai enjin: Kepala silinder B16A, aci sesondol Jun Type III + spring injap, blok B20B 2000cc, set piston Wiseco 85mm, inlet manifold Skunk2, throttle body Works Engineering, alat pancitan bahan api H22A, kabel palam pencucuh NGK, pam bahan api Bosch
      • Sistem ekzos: Manifold tag JASMA, ekzos buatan custom
      • Kotak gear: Klac perlumbaan Trinity, flywheel Toda Racing, LSD jenis full lock
      • Sistem gantungan: Penyerap hentak boleh laras Cusco (depan), Tein (belakang)
      • Rim/Tayar: Volk Racing TE37 15” / 195/50/15
      • Dalaman: Tempat duduk bucket penuh SSCUSS, stereng Momo Race, meter Defi, takometer Auto Meter
      • Luaran: Kit badan EF9 lengkap
      • Bengkel: Holset Enterprise

 

Sumber : Mekanika
Website :https://www.mekanika.com.my/
Facebook :https://www.facebook.com/MekanikaMalaysia/
Instagram :https://www.instagram.com/mekanika.malaysia/?hl=en
Youtube :https://www.youtube.com/channel/UCW_a5QtfMwZ5gNBhgXBdscQ

Previous Post

TOYOTA CAMRY JDM SV32

Next Post

MAZDA RX7 FC3S

CAPAIAN

  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • October 2017
  • May 2017
  • March 2017
  • February 2017
  • January 2017
  • December 2016
  • November 2016
  • October 2016
  • September 2016
  • August 2016
  • July 2016
  • June 2016
  • May 2016
  • April 2016
  • March 2016
  • February 2016
  • January 2016
  • December 2015
  • November 2015
  • October 2015
  • September 2015
  • August 2015
  • July 2015
  • May 2015
  • January 2015
  • December 2014
  • November 2014
  • October 2014
  • September 2014
  • August 2014
  • July 2014
  • June 2014
  • May 2014
  • April 2014
  • March 2014
  • February 2014
  • January 2014
  • December 2013
  • November 2013
  • October 2013
  • August 2013
  • July 2013
  • June 2013
  • May 2013
  • April 2013
  • March 2013
  • January 2013
  • December 2012
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved