Kaki Kereta
Advertisement
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kaki Kereta
No Result
View All Result

MAX IS BACK

Saiful by Saiful
12/11/2019
in MODIFIKASI, UTAMA

Ia bukanlah sebuah kereta jalanan yang sah, tapi merupakan sebuah jentera perang yang digunakan oleh Max Wan dan Arechong dari Max Impact Auto Garage, untuk bersaing dalam kategori Super Street di perlumbaan MSF Super Turismo. Kalau ada yang perasan, dulunya bertompok-tompok dengan kaler hitam putih. Tapi lepas beberapa kejadian menyayat poket, ia telah dibina semula untuk tampil dengan gaya lebih menarik.

Adat berlumba, ada masanya berdepan masalah tidak diduga. Ketika syiok memboosting di pusingan pertama, enjinnya tiba-tiba berasap dan meninggalkan sebijik lubang tikus pada blok. Mujur ada bengkel sendiri. Maka berpencenlah mereka buat seketika untuk membaik pulih enjin yang digunakan.

Enjin baru ini menggunakan nadi 4G63T milik Galant VR4 sebagai asas. Ia kemudian diisi dengan pelbagai komponen berprestasi yang diperlukan seperti piston Wiseco 85mm, conrod Mahle 150mm, serta set galas enjin ACL Race. Bahagian atas pulak menerima proses port & polish, termasuk penempatan cam pulley Tomei, serta camshaft 272° dan spring injap BC.

Kategori Super Street mewajibkan penggunaan turbo bersaiz OEM sahaja. Jadi unit turbo TD05H asal perlu dikekalkan. Untuk kesan lebih efisyen, keseluruhan sistem pendesak diberi sedikit jajan tambahan seperti wastegate Tial 40mm, injap pelepas HKS SSQV, serta intercooler dan paip sambungan kustom. Kemasukan boost kemudian dibawa menerusi unit throttle body Sard 74mm, yang melekat kemas pada manifold kemasukan Jun.

Peningkatan enjin perlu disertakan dengan suapan bahan api yang mencukupi. Ia dihantar oleh pam petrol Walbro 450 ke sebuah tangki surge, sebelum didesak ke rel bahan api AEM dengan pam petrol AEM 450. Suntikan ke kebuk pembakaran diserahkan kepada set injektor 510cc. Manakala proses balikan dan kawalan tekanan diselia unit regulator Fuel Lab. Membolehkan koil pencucuh K20A menghasilkan letusan yang sempurna, sistem pengurusan enjin kini ditala sepenuhnya oleh unit ECU Microtech LT9C.

Lepas setel bab enjin, jentera ini dibawa beraksi pada pusingan dua. Tapi baru nak panas tayar, tau-tau keceper berlanggar dengan motokar. Dengan berat hati, ia sekali lagi perlu direhatkan untuk pengoperasian bahagian luaran. Menggunakan kit badan HKS Kansai, ia turut diserikan dengan komponen aksesori terpilih seperti cermin sisi Ganador, spoiler GT, serta lampu depan dengan corong udara kustom. Paling menawan balutan stiker badan berwarna hijau, yang ditaja sepenuhnya oleh EXN Lube. Untung ada sponsor…

Kedudukan kereta dijajar pada set suspensi boleh laras rekaan PRS. Bagi menghasilkan kesan kontra, bahagian roda menggunakan rim putih P1 Racing berukuran 17-inci dengan set tayar Hankook RS4 bersaiz 245/40R-17. Memastikan ia mampu berhenti pada waktunya, sistem brek merupakan kombinasi Brembo Evo VII untuk depan dan Evo III di ruang belakang, sebelum digigit pad brek Endless CCR.

Bahagian dalam dibuat mengikut peraturan perlumbaan yang ditetapkan. Boleh je nak biar togel, cuma dashboard dan panel pintu depan perlu dikekalkan. Bagi tujuan keselamatan, penggunaan rollcage dengan bar X pada pintu adalah mandatori. Lain-lain komponen yang digunakan termasuklah, tempat duduk Recaro SPG, stereng Momo Race, meter tambahan Defi, serta unit paparan Microtech LTC.

Kalau tahun lepas di kedudukan kesepuluh keseluruhan, kempen tahun ini masih jauh dari sasaran. Harap aksi lebih cemerlang bakal ditampilkan pada baki pusingan yang akan datang. Andai tak jumpa juga rentaknya, takat menang gaya jelah tahun ni. Boleh?

SPESIFIKASI

  • Nama – Max Wan / Arechong
  • Pengeluar – Mitsubishi
  • Model – Lancer Evolution III CE9A
  • Tahun – 1993
  • Enjin asal – 4G63T
  • Modifikasi enjin – 4G63T Galant VR4, piston Wiseco 85mm, conrod Mahle 150mm, galas enjin ACL Race, port & polish kepala silinder, cam pulley Tomei, camshaft 272° & spring injap BC, penapis udara Simota, turbo OEM TD05H, wastegate Tial 40mm, injap pelepas HKS SSQV, intercooler & paip sambungan kustom, pengawal boost Turbosmart Dual Stage, throttle body Sard 74mm, manifold kemasukan Jun, tangki perangkap minyak kustom, pam petrol Walbro 450, tangki surge kustom, pam petrol AEM 450, rel bahan api AEM, injektor 510cc, regulator Fuel Lab, koil pencucuh K20A, ECU Microtech LT9C
  • Transmisi – Kotak gear Evo III, set klac Exedy Racing, sistem pacuan AWD Evo III
  • Ekzos – Kustom
  • Luaran – Kit badan HKS Kansai, cermin sisi Ganador, spoiler GT, lampu depan kustom
  • Suspensi – PRS
  • Brek – Brembo Evo VII (depan), Evo III (belakang), pad brek Endless CCR
  • Rim & Tayar – P1 Racing 17-inci & Hankook RS4 245/40R-17
  • Dalaman – Rollcage kustom, tempat duduk Recaro SPG, stereng Momo Race, meter Defi, Microtech LTC
  • Bengkel – Max Impact Auto Garage, Fastrak Racing, Under 8ight

 

 

 

 

Previous Post

PULZAR MALAYSIA @ DREAM CAR EXPO 2019

Next Post

GE KETUPAT

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • October 2017
  • May 2017
  • March 2017
  • February 2017
  • January 2017
  • December 2016
  • November 2016
  • October 2016
  • September 2016
  • August 2016
  • July 2016
  • June 2016
  • May 2016
  • April 2016
  • March 2016
  • February 2016
  • January 2016
  • December 2015
  • November 2015
  • October 2015
  • September 2015
  • August 2015
  • July 2015
  • May 2015
  • January 2015
  • December 2014
  • November 2014
  • October 2014
  • September 2014
  • August 2014
  • July 2014
  • June 2014
  • May 2014
  • April 2014
  • March 2014
  • February 2014
  • January 2014
  • December 2013
  • November 2013
  • October 2013
  • August 2013
  • July 2013
  • June 2013
  • May 2013
  • April 2013
  • March 2013
  • January 2013
  • December 2012
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved