Kaki Kereta
Advertisement
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kaki Kereta
No Result
View All Result

GE KETUPAT

Saiful by Saiful
12/11/2019
in MODIFIKASI, UTAMA

Tau tak mereka yang pakai Honda Jazz sebelum tahun 2013, sebenarnya terdiri daripada mereka yang kaya raya. Rumah besar, orang gajian ada, uwang banyak. Semuanya gara-gara struktur percukaian kita yang agak menekan. Bayangkan sebuah kereta sebesar kotak mancis macam ini, memiliki tag harga sehingga RM110K.

Perlaksanaan AFTA berjaya menghapuskan jumlah duti import yang dikenakan. Namun pengurangan tersebut tidak memberi kesan yang ketara. Sehinggalah Honda Malaysia mengambil keputusan untuk memperkenalkan versi CKD pada pertengahan tahun 2013. Langkah tersebut memungkinkan ia dijual pada harga lebih kompetitif dan terus kekal stabil sehingga kini.

Pengenalan generasi baru tidak menenggelamkan populariti model ini dalam kancah modifikasi. Benda masih sama, cuma rupa dan komponen tertentu saja yang berbeza. Bila dah siap dengan komponen berprestasi macam kereta Din ni, ia tentu tak jadi murah macam yang dijangka.

Berbanding salinan enjin K20A dari Civic FD2R atau Integra DC5R, nadi kereta ini dibina secara total menggunakan blok K24 sebagai asas. Ia kemudian telah dipertingkatkan, dengan rangkaian komponen berprestasi kelas bangsawan. Bermula dengan penempatan sleeve silinder S90, diikuti penggunaan set piston 88mm CP Carrillo, conrod Pro A CP Carrillo, serta galas enjin ACL Race.

Bahagian kepala silinder dihantar untuk proses port & polish oleh Nasty Port Flow sebelum diisi komponen sepatutnya. Ada set injap Ferrea, cam gear ekzos Skunk2, serta spring injap dan retainer Drag Cartel. Bagi menjana lebih kuasa dari sistem pemasaan, durasi bukaan injap dibantu sepasang camshaft 3.2 dari Drag Cartel. Sebelum dicantumkan, ia dilapik gasket keluli Supertech serta diikat kemas dengan stud dari ARP.

Kemasukan udara dibuat dari penapis udara Simota, melalui sebuah ram udara kustom. Ia dikumpul dalam manifold kemasukan Skunk2 Ultra dengan tambahan spacer 0.5-liter, sambil dikawal unit throttle body 76mm Super90.

Hantaran bahan api pula datang dari pam petrol HD 225. Ia dibawa ke rel bahan api Skunk2, sebelum ditembak masuk menggunakan set injektor Skunk2-Grams 550cc. Menjamin kuasa yang setimpal, perjalanan enjin kini diurus sepenuhnya oleh unit ECU Hondata K-Pro V4.

Agak rugi kalau kuasa yang dijana, gagal dihantar ke bahagian roda dengan sempurna. Untuk itu, kotak gear yang digunakan telah dikacuk dengan set gear PPG, Civic FD2R dan Integra DC5R. Turut membantu, unit LSD 1.5 dari Kaaz, serta set klac plet berkembar OS Giken STR. Senarai komponen berprestasi lain meliputi penggunaan takung minyak kustom, pam minyak S2000, pulley crankshaft Fluidampr, rantai pemasa Toda, adaptor rantai pemasa Drag Cartel, penyejuk minyak GReddy, termostat Mugen, adaptor manifold K-Tuned, serta unit tensioner, penutup minyak, pengikat bateri, radiator, penutup radiator dan hos radiator dari Skunk2.

Bahagian luar membawa gaya ‘thailook’ yang makin diterima ramai. Dengan kaler nardo grey sebagai dasar, ia kemudian diserikan dengan komponen gentian karbon di bahagian pintu dan tailgate. Tidak ketinggalan penggunaan hood gentian karbon J’s Racing, bumper GE Thailand, grill depan Modulo, lampu depan smoke, serta lampu belakang Stellar V.

Selari dengan perubahan ini, bahagian roda menempatkan rim ultra femes jenis Volk Racing TE37 yang dibalut pada tayar Hankook Ventus Z221 bersaiz 195/55R-15. Kedudukan kereta kemudian ditetapkan pada set suspensi Tein Flex. Manakala kuasa hentian, dibantu kit brek AP Racing 5000R di bahagian depan.

Bahagian dalam masih mengekalkan sebahagian besar komponen asas, kecuali sepasang tempat duduk Recaro SR6 di bahagian depan. Aspek pemantauan datang dari gugusan meter Defi, serta unit paparan gear Ultra. Komponen tambahan lain termasuklah tuas gear K-Tuned, stereng Momo, juga bar X pada pilar C.

Uwang dah keluar, masa ngan tenaga pun banyak dah abes. Kalau ada peluang menakluk Sepang, harap catatan masanya mampu setanding dengan maggi 2-menet. Baru nak sruuup, tau-tau sampai…

SPESIFIKASI

  • Pemilik – Mohamad Khairudin (Din)
  • Pengeluar – Honda
  • Model – Jazz GE
  • Tahun – 2013
  • Enjin asal – L15A
  • Modifikasi Enjin – Blok K24, sleeve silinder S90, piston 88mm CP Carrillo, conrod Pro A CP Carrillo, galas enjin ACL Race, kepala silinder port & polish Nasty Port Flow, injap Ferrea, cam gear ekzos Skunk2, spring injap, retainer & camshaft 3.2 Drag Cartel, gasket keluli Supertech, stud ARP, takung minyak kustom, pam minyak S2000, pulley crankshaft Fluidampr, rantai pemasa Toda, adaptor rantai pemasa Drag Cartel, penyejuk minyak GReddy, termostat Mugen, adaptor manifold K-Tuned, tensioner, penutup minyak, pengikat bateri, radiator, penutup radiator & hos radiator Skunk2, penapis udara Simota, ram udara kustom, manifold kemasukan & spacer 0.5-liter Skunk2 Ultra, throttle body 76mm Super90, pam petrol HD 225, rel bahan api Skunk2, injektor Skunk2-Grams 550cc, ECU Hondata K-Pro V4
  • Transmisi – Set gear PPG, Civic FD2R & Integra DC5R, LSD 1.5 Kaaz, klac plet berkembar OS Giken STR
  • Ekzos – Ekstraktor ASP, paip kustom 2.7-inci, muffler K-Tuned
  • Luaran – Bumper GE Thailand, grill depan Modulo, hood gentian karbon J’s Racing, pintu & tailgate gentian karbon, lampu depan smoke, lampu belakang Stellar V
  • Suspensi – Tein Flex
  • Brek – AP Racing 5000R (depan)
  • Rim & Tayar – Volk Racing TE37 15-inci & Hankook Ventus Z221 195/55R-15
  • Dalaman – Tempat duduk Recaro SR6, meter Defi, paparan gear Ultra, tuas gear K-Tuned, stereng Momo, bar X pillar C
  • Bengkel – Car Tech Garage

 

 

Previous Post

MAX IS BACK

Next Post

HARI KELUARGA SAHABAT AGN

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • October 2017
  • May 2017
  • March 2017
  • February 2017
  • January 2017
  • December 2016
  • November 2016
  • October 2016
  • September 2016
  • August 2016
  • July 2016
  • June 2016
  • May 2016
  • April 2016
  • March 2016
  • February 2016
  • January 2016
  • December 2015
  • November 2015
  • October 2015
  • September 2015
  • August 2015
  • July 2015
  • May 2015
  • January 2015
  • December 2014
  • November 2014
  • October 2014
  • September 2014
  • August 2014
  • July 2014
  • June 2014
  • May 2014
  • April 2014
  • March 2014
  • February 2014
  • January 2014
  • December 2013
  • November 2013
  • October 2013
  • August 2013
  • July 2013
  • June 2013
  • May 2013
  • April 2013
  • March 2013
  • January 2013
  • December 2012
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved