Menurut laporan, Panda akan terus dipasang di kilang Pomigliano Fiat di Selatan Itali sehingga tahun 2026. Informasi ini disahkan pula oleh kesatuan pekerja metal selepas pertemuan dengan wakil-wakil pengeluar kereta. Selain itu, kilang Pomigliano juga akan memulakan pemasangan Alfa Romeo Tonale baharu yang pastinya membuatkan kerja-kerja pemasangan lebih sibuk.
Fiat Panda dilancarkan pada tahun 2011 dan masih lagi menjadi model paling laris jenama tersebut. Panda ini berkongsi underpinning dengan Lancia Ypsilon dan Fiat 500 yang kedua-duanya masih lagi rancak dijual, begitu juga dengan Fiat Uno dan juga Ford Ka. Uno merupakan versi yang lebih mudah untuk dimiliki, mula dijual di antara tahun 2010 dan 2021 dengan enjin gas 3 dan 4 silinder.
Selain itu juga, ada juga desas-desus tentang kilang bateri baharu di Itali yang bakal dibina di atas kerjasama dengan Mercedes-Benz dan juga Total Energies. Ia dikatakan bakal berlokasi berhampiran Selatan Itali menjadikan ia negara ketiga di Eropah selepas Perancis dan Jerman.
Sumber : Motor1