Dalam keadaan tertentu, kita mungkin berdepan masalah luar jangka seperti kerosakan sistem transmisi pada kenderaan yang sedang digunakan. Jika kenderaan tersebut masih dalam tempoh jaminan, anda boleh menghantarnya terus ke pusat servis berkaitan. Namun bagaimana pula dengan pemilik kenderaan yang lain?
M-Scope Auto Transmission Specialist Sdn Bhd merupakan pakar baik pulih sistem transmisi automatik yang terkenal di Lembah Kelang. Memiliki lebih 28 tahun pengalaman, mereka berupaya menyelesaikan masalah untuk pelbagai jenama kenderaan seperti Proton, Perodua, Honda, Mitsubishi, Nissan, Toyota, Hyundai, Mercedes Benz, BMW, Volvo, Volkswagen, Ford, termasuk jenama mewah seperti Ferrari, Lamborghini, Porsche, McLaren dan lain-lain.
Pelanggan boleh terus ke premis mereka untuk mendapatkan pandangan dan khidmat nasihat. Setiap kotak gear yang dibaik pulih, hanya menggunakan komponen dan kit gantian yang diiktiraf bagi menjamin kualiti dan ketahanannya. Selain dibarisi tenaga kerja terlatih, mereka turut menerima sokongan teknikal dari pakar luar negara, yang akan memberi input tentang teknologi terkini untuk sistem transmisi.
Bergantung kepada jenis kenderaan, setiap kotak gear yang telah dibaik pulih datang dengan jaminan selama 1 atau 2 tahun tanpa had batuan. Tiada caj dikenakan sekiranya kotak gear tersebut mengalami masalah dalam tempoh berkenaan. Malah anda tidak perlu risau tentang kos yang terlibat, kerana harga yang ditawarkan amat berpatutan.
Untuk maklumat lanjut
M-Scope Auto Transmission Specialist Sdn Bhd
No. 49-53, Jalan SBC 3,
Taman Sri Batu Caves,
68100 Batu Caves, Selangor.
Tel: 03-6186 3799 / 012-235 1667 / 011- 1221 5879 / 019-360 1948
FB: www.facebook.com/mscopeauto
Website: https://mscopeap.com/