Kaki Kereta
Advertisement
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kaki Kereta
No Result
View All Result

LPT3 : Dijangka Siap April 2022

hpmedia webadmin by hpmedia webadmin
07/08/2020
in BULETIN, UTAMA

LPT3 : Dijangka Siap April 2022

Keputusan kerajaan pusat bagi meneruskan pelaksanaan pembinaan Lebuh Raya Pantai Timur Fasa 3 (LPT3) adalah berita gembira buat rakyat Kelantan kerana ia dilihat mampu memberi impak pembangunan selain merancakkan pertumbuhan ekonomi kepada penduduk serta negeri.

Malah, dengan pelaksanaan projek lebuh raya itu juga membuktikan kerajaan tidak pernah menganaktirikan rakyat negeri ini seperti yang didakwa oleh segelintir pihak.

Seorang guru, Rosnorhusna Abdul Rahman, 33, dari Kampung Baung, Pengkalan Chepa berkata beliau menyambut baik pelaksanaan lebuh raya berkenaan memandangkan keadaan lalu lintas di negeri ini semakin sibuk.

Katanya, dengan adanya rangkaian lebuh raya yang terbaik bagi menghubungkan negeri Kelantan dengan negeri luar itu dilihat sangat membantu dalam mengurangkan kesesakan lalu lintas terutamanya ketika tempoh kritikal iaitu pada musim perayaan dan cuti umum.

“Setiap kali musim perayaan atau cuti umum, saya terpaksa mengharungi jalan raya yang begitu sesak dari Kota Bharu ke Terengganu sehingga ada ketika mencecah dua kali ganda kesesakan daripada perjalanan biasa.
“Disebabkan itu, saya berharap dengan adanya projek ini ia dapat menyelesaikan masalah kesesakan lalu lintas untuk jangka masa panjang yang terpaksa diharungi oleh anak-anak Kelantan yang berhijrah ke negeri luar setiap kali pulang untuk beraya atau bercuti,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Sementara itu, Ahmad Fikri Muhamed, 30, dari Rantau Panjang berkata pelaksanaan projek ini secara tidak langsung dapat memberi manfaat yang menyeluruh kepada penduduk Kelantan sekali gus dapat mewujudkan limpahan ekonomi rakyat di Pantai Timur sekiranya laluan ini diteruskan.

“Saya pernah mendengar mengenai projek ini sebelum ini dan saya berharap agar ianya benar-benar dilaksanakan.

“Malah, saya juga yakin dengan pelaksanaan lebuh raya ini ia mampu merangsang pertumbuhan ekonomi yang lebih baik kepada penduduk di sepanjang laluan yang terlibat termasuk menjual dan memajak tanah mereka,” katanya.

Isnin lepas, Menteri Kanan Infrastruktur yang juga Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof berkata kerajaan telah meluluskan pelaksanaan pembinaan LPT3 dengan kos kerja-kerja awalan keseluruhan berjumlah RM35 juta selain kerja awalan projek tersebut telah bermula bulan ini dan dijangka siap April 2022. — BERNAMA

Previous Post

Cabutan Bertuah Merdeka Petron

Next Post

Ketahui Bahaya Titik Buta Di Lebuhraya Berbukit

CAPAIAN

  • September 2025
  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • October 2017
  • May 2017
  • March 2017
  • February 2017
  • January 2017
  • December 2016
  • November 2016
  • October 2016
  • September 2016
  • August 2016
  • July 2016
  • June 2016
  • May 2016
  • April 2016
  • March 2016
  • February 2016
  • January 2016
  • December 2015
  • November 2015
  • October 2015
  • September 2015
  • August 2015
  • July 2015
  • May 2015
  • January 2015
  • December 2014
  • November 2014
  • October 2014
  • September 2014
  • August 2014
  • July 2014
  • June 2014
  • May 2014
  • April 2014
  • March 2014
  • February 2014
  • January 2014
  • December 2013
  • November 2013
  • October 2013
  • August 2013
  • July 2013
  • June 2013
  • May 2013
  • April 2013
  • March 2013
  • January 2013
  • December 2012
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved