Liberty Walk Modifikasi Daihatsu Copen Jadi Supercar
Biarpun, ia kelihatan seperti Nissan GT-R versi mini tetapi jentera ini merupakan Daihatsu Copen yang mendapat sentuhan firma talaan terkenal Jepun, Liberty Walk. Sejak beberapa tahun lalu, Liberty Walk membangunkan bodykit untuk model Copen. Begitupun, bodykit yang mendapat inspirasi dari GT-R mula dipertontonkan pada khalayak pada tahun 2017.
Di bahagian kit hadapan, didatangkan gril dan lampu LED mendatar diilhamkan daripada jentera GT-R. Lampu hadapan standard Copen pula dipadankan dengan baik bersama bentuk cengkung gril tersebut. Splitter hadapan yang berbentuk tajam menyerlahkan tarikan Daihatsu sebagai jentera Supercar.
Selain itu, Liberty Walk melengkapkan jentera dengan lengkungan tayar bahagian depan dan belakang bersesuaian dengan set tayar spoke berwarna hitam. Ia juga merangkumi skirt sisi yang ditempah lebih awal. Modifikasi diteruskan di bahagian belakang dengan pemasangan rear wing yang tinggi, lencana GT-R dan pakej bamper serta diffuser kelihatan seperti GT-R.
Walaupun Copen dimodifikasi menjadi seakan Godzilla sebenar tetapi ia masih Kei-Car yang mendapat khidmat enjin tiga silinder 658 cc. Tidak mengapa kerana kalau anda berada di lampu isyarat orang masih akan pandang dua kali jentera ini. – carscoops.
Sumber : Mekanika
Website :https://www.mekanika.com.my/
Facebook :https://www.facebook.com/MekanikaMalaysia/
Instagram :https://www.instagram.com/mekanika.malaysia/?hl=en
Youtube :https://www.youtube.com/channel/UCW_a5QtfMwZ5gNBhgXBdscQ