GR Corolla dikatakan sebagai kereta kompak tahun 2023 paling penting, tetapi Toyota turut mengemaskini versi biasanya di US. Kedua-dua model hatchback dan sedan telah direka semula di bahagian depan dan belakang fascias, memberikan penampilan lebih tajam untuk mengekalkan gaya yang segar. Terdapat pilihan warna baharu; Blue Crush Metallic dan Blue Flame untuk hatchback, manakala warna Midnight Black Metallic dan Underground untuk sedan.
Corolla Hybrid LE ini dikatakan lebih murah berbanding keluaran tahun lalu dengan perbezaan sebanyak $1,250 (RM5,900.70). Bukan itu sahaja, ia juga dilengkapi dengan beberapa lagi ciri hebat termasuk kombinasi output yang dipertingkatkan sebanyak 13hp dan tork 10 lb-ft, menjadikan jumlah keseluruhan 134hp dan 156 lb-ft. Jika anda kekal
Selain itu, model Hybrid ini juga menerima asas edisi inframerah pada gred SE yang baharu sahaja ditambah. Boleh digunakan dengan atau tanpa AWD, dan didatangkan dengan suspension gasolin varian SE yang mana turut ‘mewarisi’ stereng kawalan terus dari elektronik. Aksen berswana merah di bahagian dalam dan luar membuatkan ia tampil lebih menyerlah. Antara pilihan warna yang disediakan termasuk Ice Cap, Undergroound dan Underground dan Midnight Black Metallic.
Model 5 pintu ini juga menerima rim aloi 16-inci dengan rekaan 10-spoke, manakala gred XSE menerima rim berwarna aluminium berukuran 18-inci. Bagi model sedan pula, level trim SE dan XSE di atas rim aloi gloss 18-inci. Headlight juga turut dikemaskini untuk kedua-dua model dan didatangkan dengan 2023MY, glossy black mesh lower grille dan rear untuk Corolla Sedan SE dan model XSE. Bagi model hatch untuk XSE, dilengkapi dengan LED fog light dengan chrome bezel.
Bahagian kabin turut dikemaskini dengan skrin sesentuh 8-inci sebagai kelengkapan standard untuk semua Corolla 2023 serta menawarkan kluster instrumen digital 7-inci penuh sebagai pilihan untuk mengantikan pemapar 4.2 inci. Perubahan model tahunan ini turut dilengkapi dengan sistem Toyota Safety Sense 3.0 telah dikemaskini dengan beberapa ciri tambahan; Proactive Driving Assist, Obstacle Anticipation Assist dan Deceleration Assist.
Gred paling popular Corolla Sedan, LE mendapat lebih banyak kuasa dengan transisi dari enjin 1.8 liter yang lama kepada 2.0 liter Dynamic Force yang memberikan 169hp dan tork 151 lb-ft atau lebih 30hp dan 25 lb-ft lebih dari enjin yang telah digantikannya. Bukan itu sahaja, ia juga kurang menggunakan bahan api.
Sumber : Motor1