Seiring dengan kemajuan teknologi yang serba canggih, kehendak dan citarasa pengguna dan juga pencinta tegar dunia audio dalam kereta juga kian berubah. Jikalau dahulu lebih ramai yang cenderung menambahkan bilangan amplifier dan jumlah speaker ke dalam sistem audio, kini ramai pula yang memilih cara untuk meminimakan penggunaan ruang dan lebih selesa dengan kualiti berbanding kuantiti.
Salah satu aksesori atau produk audio yang semakin mendapat tempat dan menjadi pilihan utama para peminat audio adalah underseat subwoofer aktif. Epsilon merupakan antara jenama yang menawarkan barisan underseat subwoofer aktif dan sesuai untuk melengkapi sistem audio kereta anda. Sebelum ini, kami telah berkongsi tentang sebuah underseat subwoofer aktif EPS-68. Kali ini, Epsilon menawarkan sebuah lagi produk iaitu underseat subwoofer aktif EPS-90.
Sebagaimana model sebelum ini, EPS-90 bersaiz kecil dan kompak dan membawakan kualiti yang sama dengan sebuah subwoofer konvensional. Reka bentuk yang elegan, sepadan dengan kecemerlangan kualiti yang dibawakannya. Anda juga tidak perlu runsing soal ruang kerana ia boleh disimpan di mana-mana sahaja, sama ada di bawah kerusi penumpang, di hadapan tempat letak kaki atau di dinding bonet belakang.
Underseat Subwoofer Aktif Epsilon EPS-90
Spesifikasi
– Kuasa maksima output : 450 watt
– Impedans output : 2 ohm
– Respons frekuensi : 20 ~ 150Hz
– Sensitiviti : RCA input 110mV ~ 0.5V
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi;
Tong Lin Trading Sdn Bhd
No.69, Jalan 10/91,
Taman Shamelin Perkasa,
56100 Kuala Lumpur.
No Tel : 03 – 9285 6605 / 1371
Emel : tonglintrading@gmail.com
Facebook : https://www.facebook.com/tonglintradingsdnbhd/