Dekat Malaysia ni, kalau kita tengok betul-betul, agak susah nk tengok kereta Kancil modified yang tidak menggunakan kacukan dari negara Jepun. Kalau nk ubah suai, mesti dorang cari sepersalinan body-body kancil Jepun untuk tampak lebih JDM!
Mungkin sudah agak bosan melihat Kancil yang salin body Jepun, maka Affandy mengambil keputusan untuk ubahsuai jentera beliau tanpa terlalu JDM. “Boleh ke cakap macam tu? Hahahaha” Jentera buatan Perusahaan Otomobil Kedua ini dipasangkan dengan enjin baharu dari model L9 JBDet bersesaran 660cc Turbo.
Enjin dah best, tapi tak semua masih stok lagi. Maka piston dinaik taraf kepada saiz 68mm, ‘blow-off Sheepdog 4 layer, wastegate Tial 38mm, turbo pula VF33 milik Subaru dan udara disejukkan menggunakan intercooler rekaan kustom. Petrol dari dalam tangki dipam keluar menggunakan pam Walbro dan diambil alih oleh pelaras bahan api rekaan Works dan kemudian dihantar ke bahagian injektor Toyota 240cc. bunyi yang sedap didengar dihasilkan melalui sistem ekzos HKS titanium 2.5 ke 3 inci.
Kuasa yang dihantar ke bahagian roda akan melalui kotak gear Perodua kancil 850 yang dilengkapi klac rekaan kustom dari Ahyam. Sistem suspensinya pula menggunakan set penyerap hentak boleh laras HWL HLSH manakala untuk pemberhentian, sistem brek asal masih lagi dikekalkan kerana masih mampu bertindak dengan cemerlang.
Ruang dalaman serta bahagian luaran jentera ini masih dikekalkan dengan aksesori asal Kancil namun untuk tampak lebih menyerlah, beberapa ubahsuai sesedap mata memandang telah diilhamkan. Rim Regamaster berukuran 15 inci terus dipasangkan ditemani tayar Silverstone FTZ keempat-empatnya.
Dilihat sekali pandang, pasti korang akan tertumpu kepada ruangan enjinnya. Cukup kemas seperti dibelai oleh bibik hari-hari!
Spesifikasi
Nama pemilik : Affandy Bin Abd Aziz
Kereta : Perodua Kancil 1998
Enjin : Daihatsu L9 JBDET 660 turbo (manual), Block stock, Piston upgrade 68mm, Bearing stock, Valve stock, Blowoff sheepdog 4layer, Westegate Tial 38mm, Turbo subaru VF33, Intercooler costom, Injektor 240 toyota, Fuel pump walbro, Fuel rail stock, fuel regulator Works, adaptor water temp Works, single koil RS JBDET, ekzos:2.5 to 3 inci HKS titanium
Elektronik : Stock
Transmisi : Gearbox Kancil 850, clutch high boost double pressure by Ahyam
Suspensi : HWL hi-low-soft-hard
Brek : Stock
Rim : Regamaster 15″ 7jj, tayar Silverstone FTZ sport 165/50/15
Luaran : Original part kancil konsep MDM (Malaysia Domestic Market)
Dalaman : MDM full original, Works 3beradik, padel Works, hiasan dalaman tema walnut
Worksop : AT Tuned Garage Jitra