Sejak 5-6 tahun lepas, kegilaan pengguna Evo di Malaysia semakin meningkat. Pemainnya juga sering bertukar-tukar jentera dari yang biasa-biasa sehingga ke yang luar biasa. Mereka menaik taraf jentera ini seperti duit yang turun dari langit. Ya, memang kita perlu respect penggila kereta tegar kerana usaha yang dilakukan amat berbaloi untuk melayan hobi mereka ini.
Peminat jentera berprestasi seperti Evo ini tidak pernah penat untuk melayan jentera kesayangan mereka. Bukan sahaja dari segi kelajuan, malah untuk kekemasan juga, mereka sanggup berhabis untuk memastikan jentera ini memiliki aksesori yang sempurna seperti mana jentera-jentera lain yang ada di Malaysia malah mengatasi yang di luar negara.
Pemilik Evo 8 ini bukan biasa-biasa. Kalau tengok Vellfire pun boleh buat kita muntah darah apatah lagi Evo putih miliknya ini. Sebagai seorang peniaga kaki lima bak katanya, hobi ini perlu ada kerana tanpa hobi hidup ini membosankan. Ya, hobinya tidak bosan tetapi perlu duit yang banyak boss…!
Mainan bangsawan ini bukan calang-calang ya tuan-tuan dan puan-puan sekalian. Nadi 4G63T ini mendapat ramuan hebat untuk menuruti nafsu si pemilik. Enjin ini dipadankan bersama pelbagai isi kandungan yang padu seperti piston saiz 85.5mm dari HKS, rod Manley, bearing jenama King keseluruhannya, kit stroker HKS, wastegate Tial 40mm dan throttle body milik Evo 9.
Kepala silinder diukir oleh pihak Nasty Port Flow dan dihuni oleh aci sesondol HKS berukuran 274/278. Kuasa penghantaran bahan api dilakukan oleh pam Walbro 455lph yang dilaraskan oleh ‘regulator’ Sard dan disampaikan terus ke injektor sard bersesaran 1000cc. Sistem ekzos titanium Tomei keseluruhannya pasti akan menghantar keluar segala gas pembakaran dari enjin terus keluar dengan lebih baik. Bunyinya? Pastilah belanja Bossku…
Talaan enjin turut dibantu dengan pemakaian ecu Link G4 Extreme. Kotak gear milik Evo 8 MR digunakan untuk menghantar kuasa ke bahagian roda dan dibantu kecekapannya melalui penggunaan klac OS Giken. Set sistem suspensi boleh laras Tein memastikan pelarasan kedudukan jentera ini berada pada tahap yang dikehendaki dan selesa untuk dipandu. Kaliper brek Endless 6 pot di depan digandingkan bersama rotor berukuran 355mm dan kaliper 4 pot di belakang untuk kuasa memberhentikan jentera buas ini pada bila-bila masa lebih dipercayai.
Bahagian dalam jentera ini masih lagi kekal sama cuma ditambah beberapa meter Defi Dash untuk memantau pergerakkan enjin sepanjang masa. Penampilan luar tampak lebih hebat dengan pemakaian hood gentian karbon Monster serta rim Volk Racing CE28 yang dibaluti tayar Nexen berukuran 18 inci.
Cukup? Mungkin pada masa ini. Akan datang mungkin lebih banyak ubahsuai yang akan dilakukan untuk menangani nafsu serakah pemiliknya ini.
Spesifikasi
Kereta : Mitsubishi Evolution VIII
Enjin : 4G63T fully loaded, piston HKS 85.5mm, rod MANLEY I BEAM, King bearing, HKS stroker, head port polish Nasty Port Flow, HKS 274/278 degree cams, valve Ferrea, turbo 25g, wastgate Tial 40mm, M7 blow-off, throttle body Evo 9, fuel pump Walbro 455lph, injector Sard 1000cc, fuel rail Sard, fuel regulator Sard, NGK RO9 spark plug, full titanium exhaust system Tomei
Elektronik : ECU Link G4 Extreme
Transmisi : Gearbox Evo 8 MR, clutch OS Giken
Suspensi & Cesi : Tein HLSH, Cusco bar
Brek : Endless 6 pot (depan) 4 pot (belakang), rotor 355mm
Rim & Tayar : Volk Racing CE28 18” 9.5jj offset 22, tayar Nexen SUR4 265/35R18
Luaran : Hood Monster CF
Dalaman : seat Evo 8, Defi Dash
Bengkel : Ejoy Autowork Kota Kemuning