Kaki Kereta
Advertisement
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kaki Kereta
No Result
View All Result

Konsep JDM Yang Kelihatan Amat Ringkas Tetapi Kuasanya Buas

hpmedia webadmin by hpmedia webadmin
24/01/2021
in MODIFIKASI, UTAMA

Kereta-kereta buatan Jepun memang telah terbukti sangat berdaya saing dalam industri automotif. Prinsip pembinaannya jika dilihat dengan teliti bermula dari yang paling asas. Kemudian bertukar maju menjadi sangat rumit dan kompleks. Namun dari segi aspek ketahanan, kereta Jepun diakui di seluruh dunia dibina untuk dipandu sampai hancur. Falsafah inilah yang telah meletakkan kereta-kereta buatan Jepun mudah diterima di seluruh dunia dan terus kekal sebagai nadi automotif dunia.

Bermula dari era selepas perang, Jepun memulakan industri automotif mereka dengan rancak. Ketika itu tidak ada Mitsubishi Lancer Evolution. Yang tersenarai sebagai lagenda permotoran ketika itu ialah Lancer EX dengan pencapaian yang pelbagai dalam kejuaraan rali dunia antaranya RAC Rally (WRC) pada tahun 1981, 1000 Lakes Rally (WRC) pada 1982 dan Rally Sanremo pada 1982. Lancer yang dimaksudkan ialah Lancer GSR kotak yang telah menjadi asas kepada Lancer Evolution yang dihasilkan pada hari ini

Evolusi sebuah Lancer memang sangat rumit dan panjang. Namun model ini tidak begitu dikenali sehinggalah Mitsubishi mengumumkan untuk menyertai kelas produksi Group N dalam perlumbaan Rali Dunia. Ia didakwa sebagai antara kelas yang paling sukar, berlumba di empat benua berbeza dengan suhu, keadaan litar dan permukaan jalan dan laluan yang sangat mencabar.

Persediaan untuk perlumbaan ini jugalah yang telah melahirkan Lancer Evolution pertama pada tahun 1991. Begitupun, ia tidak disebut sebagai Evo I, ia sekadar dikenali sebagai Evo, sehinggalah sambutan menggila yang diterima mengejutkan pengeluar. Evolusi ini berterusan hinggalah ke versi yang ke10, Evo X yang menandakan genap 20 tahun sejak model pertamanya diperkenalkan.

Lancer yang dilihat di sini merupakan versi ke 8. Menggunakan enjin 4G63 berkuasa 280ps dalam keadaan asal. Pemiliknya telah melakukan beberapa penyesuaian untuk meningkatkan prestasi enjin secara berperingkat-peringkat. Enjin ini merupakan antara yang paling berkuasa dalam segmen kereta penumpang namun ia mempunyai banyak ruang untuk dipertingkatkan, asalkan anda mempunyai bajet dan tidak kisah tentang pelahap bahanapinya.

Pengubahsuaian bermula dengan pemadanan aci sesondol berdurasi tinggi daripada Brian Crower pada bukaan 272 darjah. Aci sesondol perlumbaan ini membenarkan tahap kelegaan kemasukaan udara dan minyak yang lebih lama, lantas mampu mengekstrak lebih kuasa. Gasket kepada silinder ditukar kepada jenis keluli Tomei 1.8mm dan kepala silinder tersebut diikat dengan ARP head bolt.

Sistem nyalaan pula dijamin keberkesanannya dengan kabel dari Ultra dan palam pencucuh HKS. Pembekalan bahan api yang mencukupi adalah penting untuk prestasi yang lebih stabil dan pemancit bahan api dari kebanyakan enjin Mitsubishi yang terkenal dengan kapasitinya yang lebih besar dari mana-mana pembuat enjin Jepun lain. Ia memang memerlukan tekanan dan pembekalan bahan api yang agak tinggi dari pam yang berkemampuan, justeru talaan asal telah dilengkapkan lagi dengan fuel regulator Sard dan fuel pump Aisan.

Penapis udara APEXi dipasang bersama dengan injap blow-off HKS SSQV. Selain itu, penstabil voltage Pivot turut digunakan untuk mendapatkan arus elektrik yang stabil tanpa memerlukan bebanan kepada distributor mengecas elektrik ketika enjin dilanyak. Tidak cukup dengan aksesori tersebut, ground cable Pivot dipasangkan, radiator lama diganti kepada jenis aluminium buatan Tabata bersama Radiator cap Ralliart 1.3 bar. Di samping itu juga ialah plat penyejuk Kokuyama buatan karbon, penutup palam pencucuh Kokuyama, serta paip intercooler aluminium dengan hos Samco.

Sistem transmisi terdiri dari kotak gear asal enjin 4G63T enam kelajuan pacuan empat roda serta set klac Exedy. Pengendalian Evo ini dipertingkatkan dengan sistem suspensi pelarasan penuh dari Buddy Club. Set roda 17 inci asal ditukar kepada aloi TE37 18 inci dengan tayar Goodyear A Spec bersaiz 245/40/R18 di segenap sudut. Breknya pula dipadankan dengan pelapik Endless pada angkup asal Brembo.

Bahagian dalaman dihiasi dengan bentangan kemasan gentian karbon pada papan pemukanya. Hiasan ini dibuat secara custom dengan menggunakan pelekat khas yang diimport. Berbeza dengan pelekat biasa yang kita temui, kualitinya sangat bagus sehinggakan ia kelihatan seperti unit karbon yang asli. Turut kelihatan ialah pelapik kaki HKS Kansai menggantikan karpet asal. Peralatan elektroniknya pula terdiri dari Apexi timer dan Pivot Speed cut Defencer.

Sistem hiburan dalam kereta ini pula agak ringkas dengan pemasangan pemain utama CD/MP3 2DIN Kenwood. Isyarat diperkuatkan oleh power amplifier 4 channel Rodex, di mana 2 channel disalurkan kepada mid bass Magnet komponen speaker untuk bahagian hadapan dan 2 channel lagi dibridgekan untuk menghentam sub woofer 10 inci Kenwood yang didatangkan khas dengan kotak enclosure oleh Kenwood.

Bahagian kosmetik luar pada hakikatnya merupakan perubahan rekabentuk yang ringkas. Model Evo 8 ini telah diubahsuai dengan menggantikan bumper hadapan dan belakang serta lampu hadapan dan belakang Evo 9. Warna asalnya telah disembur semula mengikut skema warna kuning Ferrari.

Pengubahsuaian yang dilakukan pada kereta ini boleh dikatakan agak sederhana berbanding versi kit badan penuh yang boleh didapati dari pelbagai pengeluar dan pelbagai rekabentuk. Namun yang demikian, kit badan tempahan khas ini amatlah mahal sehingga boleh mencecah RM20 ribu hanya untuk keaslian rekaan firma seperti Voltex, Varis, atau Tomei. Kerana itu juga lebih ramai gemar mengekalkan konsep JDM yang tersedia membuatkan kereta kelihatan amat ringkas tetapi kuasanya buas.

SPESIFIKASI

      • Pemilik –
      • Pengeluar – Mitsubishi
      • Model – CT9A EVO VIII
      • Tahun –
      • Modifikasi Enjin – 4G63, Brian Crower camshaft (272), head gasket, Tomei 1.8mmfuel regulator Sard, fuel pump Aisan, ARP head bolt, Ultra plug cable, palam pencucuh HKS, penapis udara APEXi, injap blow-off HKS SSQV, penstabil voltage Pivot, ground cable Pivot, radiator aluminium Tabata, Radiator cap Ralliart 1.3 bar, Kokuyama cooling plate carbon, Kokuyama spark plug cover, custom aluminium intercooler piping dengan hos Samco.
      • Transmisi / Gearbox –
      • Elektronik / ECU – Player Kenwood, Rodex amp, Magnat component speaker, Kenwood sub 10 inci.
      • Ekzos – Paip depan (front pipe) bawah dan belakang APEXi.
      • Suspensi – Penyerap hentak boleh laras Buddyclub
      • Brek – Brembo asal, pelapik Endless
      • Rim & Tayar – TE37 18 X 8.5 et31, Tayar Goodyear A Spec 245/40/18
      • Dalaman – Apexi timer, Pivot Speed cut Defencer, HKS Kansai Floor mat.
      • Luaran – Vortex generator finn, bumper depan dan belakang Evo 9, lampu depan dan belakang Evo 9, Warna kuning Ferrari.
      • Bengkel –
Previous Post

EV Terkecil Dan Paling Mampu Milik Model EQ?

Next Post

Bakal Diperkenalkan Buat Pertama Kalinya Pada Ulang Tahun Ke-70!

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • October 2017
  • May 2017
  • March 2017
  • February 2017
  • January 2017
  • December 2016
  • November 2016
  • October 2016
  • September 2016
  • August 2016
  • July 2016
  • June 2016
  • May 2016
  • April 2016
  • March 2016
  • February 2016
  • January 2016
  • December 2015
  • November 2015
  • October 2015
  • September 2015
  • August 2015
  • July 2015
  • May 2015
  • January 2015
  • December 2014
  • November 2014
  • October 2014
  • September 2014
  • August 2014
  • July 2014
  • June 2014
  • May 2014
  • April 2014
  • March 2014
  • February 2014
  • January 2014
  • December 2013
  • November 2013
  • October 2013
  • August 2013
  • July 2013
  • June 2013
  • May 2013
  • April 2013
  • March 2013
  • January 2013
  • December 2012
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved