Generasi terkini Land Cruiser 200 Series bakal menamatkan pengeluarannya dalam beberapa minggu ini setelah berjalan lebih 14 tahun dan untuk Amerika Utara ianya tidak akan kembali, sekurang-kurangnya sehingga tahun 2022. Semenjak pengumuman tersebut, pelbagai spekulasi tentang kemunculan Land Cruiser terbaharu.
Menurut laporan CarAdvice, generasi seterusnya untuk jentera yang pernah popular ini mempunyai peluang yang tinggi untuk diperkenalkan pada 1 Ogos tahun ini sempena sambutan ke-70 model ini. Spekulasi ini tercetus ekoran perkongsian bekas ketua jurutera Land Cruiser yang aktif membuat hantaran gambar-gambar siri ini sehingga menjelang sambutan ulang tahun model ini tidak lama lagi. Namun begitu, ia masih tidak jelas adakah ia sekadar sambutan biasa atau ada agenda tersembunyi untuk pendedahan model baharu.
Selepas penutupan kilang yang mengeluarkan Land Cruiser, pelbagai perubahan akan dilakukan sebelum kemunculan model terbaru dan proses ini dijangka akan memakan masa berbulan-bulan. Model terakhir dijangka akan dihantar sekitar April yang akan mewujudkan tempoh blackout sehinggalah kedatangan model terbaharu.
Berdasarkan perkiraan itu, terdapat beberapa lagi spekulasi tentang penampilan Land Cruiser terbaharu sebelum pertengahan tahun ini. Setelag mengambil kira informasi terkini, Ogos adalah masa yang sesuai untuk mendedahkan model terbaharu Land Cruiser seiring dengan sambutan ulang tahunnya.
Apa pendapat anda? Adakah ia benar atau sekadar khabar angin?
Sumber : Carscoops