Kaki Kereta
Advertisement
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kaki Kereta
No Result
View All Result

Kombinasi Unik, Tampil Lebih Cantik!

hpmedia webadmin by hpmedia webadmin
17/06/2020
in MODIFIKASI, UTAMA

Masa Proton Waja dikeluarkan dahulu, Tengku Mahaleel masih jadi orang nombor satu di Proton. Idea pada kereta ini sangat bijak kerana pada pendapat saya, Proton mengutamakan kualiti pengendalian lebih daripada segalanya. Walaupun berkongsi chasis dengan Mitsubishi Cedia dan Volvo S40, Waja lebih bagus dari segi pakejnya. Cuma idea yang bagus tidak selalunya berakhir dengan praktik yang tepat. Contohnya, saya tak pasti kenapa tuil signal sebelah kiri dan suis tingkap kuasa yang agak kurang cerdik?

Kemudian, enjin 4G18 daripada Mitsubishi digantikan dengan Campro 1.6. Masa itu juga Proton Savvy dan Gen2 dipasarkan. Enjin Campro ada pengikutnya yang tersendiri dan bermacam-macam jenis modifikasi telah mereka buat. Memang boleh jadi power dan laju. Cuma belanjanya bukan sedikit. Hendak dapatkan tork yang tinggi pun bukan main susah.

Ramai juga orang yang cuba gabungkan Campro dengan sistem turbo (sebelum CFE keluar). Tetapi satu golongan berhaluan kiri percaya perkara paling senang nak bagi Waja laju ialah gunakan enjin Mitsiubishi. Dengan kedudukan mounting yang sama, enjin 4G series boleh dimuatkan tanpa masalah.

Pemilik Waja ini, Azizie Ayob pun fikir benda yang sama. Tidak payah buang masa modifikasi sana-sini. Jadi dia pasangkan enjin 4G93 GSR bagi menggantikan enjin Campro S4PH asal yang semakin lemau. Bagi menyenangkan kerja pemasangan dan pendawaian, papan pemuka Lancer CK GSR dipasangkan sekali. Enjin ini mendapat pengubahsuaian lanjut menerusi gabungan pendawaian Evo 4. Turbonya digantikan dengan unit Garret TD05HR16G, manakala intercooler Evo 5 menyuapkan udara secukupnya. Throttle body, AFS (Air Flow Sensor) semuanya daripada Evo 4.

Pemancit bahan api berkapasiti 510cc bergabung dengan pam Walbro 255LPH. Palam pencucuh NGK dipasang. Sementara blow-off Blitz, wastegate 38mm Tial dan penapis udara HKS melengkapkan perkakasan hi-po bolt-on enjin ini. Enjin ini diaturcara oleh sebuah komputer bypass E-Manage yang ditala oleh Mike Lim. Seterusnya, sistem ekzos dipasang dengan paip 3 inci dan peredam bunyi HKS Hyper. Seperti biasa, transmisi 4WD asal kereta dikunci menjadi 2WD. Manakala klac dan flywheel Evo 4 dipindahkan ke dalam kotak gear GSR tersebut.

Pengendalian Waja yang sudah lengkap itu sudah jadi tempang apabila digandingkan dengan enjin penuh kuasa ini. Jadi, Azizie menukarnya dengan set boleh laras Cusco, lengkap bersama pillowball daripada Evo 4. Brek depan ialah Evo 3 jenis dua pot. Brek ventilasi Campro pada roda belakang dikekalkan. Mahukan keselesaan dan yakin ketika memandu? Bertukarlah kepada tayar berprestasi tinggi Nitto Gen bersaiz 225/45r17 yang dipasang pada rim Advan RGII bersaiz 17 inci. Offset 31 dan lebar 7.5 inci.

Bahagian dalaman kereta lebih menyerupai Evo 4 berbanding Lancer CK GSR. Papan pemuka, stereng dan kerusi Recaro itu dipindahkan daripada Evo 4. Aksesori lain ialah bosst meter APEXi, HKS falve controller dan sebuah timer. Audio tak mahu kalah, ada pemain Kenwood di situ. Banyak saya tengok orang sibuk convert body Waja jadi Evo sampai Evo 10 pun ada.

Idea Azizie lebih ringkas, dia cuma pasang skirt dan lips saja. Mula-mula, saya pun tak perasan. Satu lagi ialah cermin sisi Evo 4 yang berjaya diubah suai dan dipasang pada kereta ini. Bahagian badan lain tak buat, warna pun yang asal. Hasilnya, sebuah kereta yang ringkas dan tidak keterlaluan. Neat and clean. Ringkas lebih baik apabila kita bercakap pasal praktikaliti. Kalau kereta dengan lampu kelip-kelip, airbrush dengan body berkepak bagai nak pandu pergi pejabat?

SPESIFIKASI

      • Pemilik – –
      • Pengeluar – Proton
      • Model – Waja Campro
      • Tahun – 2006
      • Enjin asal – Campro S4PH
      • Modifikasi Enjin – 4G93 GSR CK, pendawaian Evo 4, turbin Garret TD05HR16G, intercooler Evo 5, throttle body, AFS (Air Flow Sensor) Evo 4, injektor 510cc, pam Walbro 255LPH, plug NGK, blow-off Blitz, wastegate 38mm Tial, penapis udara HKS, Ekzos HKS Hyper, Greddy E-Manage
      • Transmisi – Manual 5 kelajuan Lancer CK GSR, flywheel dan klac Evo 4.
      • Ekzos – –
      • Luaran – Lips dan skirting Evo4, cermin sisi Evo 4
      • Suspensi – Cusco boleh laras + pillowball
      • Brek – Evo 4 (depan) Campro (belakang)
      • Rim & Tayar – Advan RGII 17 x 7.5 ET31
      • Dalaman – Papan pemuka, stereng dan tempat duduk Evo 4, boost meter Apexi, HKS timer, audio Kenwood
      • Bengkel – –

      Sumber : Mekanika
      Website : https://www.mekanika.com.my/
      Facebook : https://www.facebook.com/MekanikaMalaysia/
      Instagram : https://www.instagram.com/mekanika.malaysia/?hl=en
      Youtube : https://www.youtube.com/channel/UCW_a5QtfMwZ5gNBhgXBdscQ

Previous Post

Harga Kenderaan Diturunkan Sebanyak 1.2% Hingga 5.7%

Next Post

Satu Lagi Lagenda Buatan Toyota

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • October 2017
  • May 2017
  • March 2017
  • February 2017
  • January 2017
  • December 2016
  • November 2016
  • October 2016
  • September 2016
  • August 2016
  • July 2016
  • June 2016
  • May 2016
  • April 2016
  • March 2016
  • February 2016
  • January 2016
  • December 2015
  • November 2015
  • October 2015
  • September 2015
  • August 2015
  • July 2015
  • May 2015
  • January 2015
  • December 2014
  • November 2014
  • October 2014
  • September 2014
  • August 2014
  • July 2014
  • June 2014
  • May 2014
  • April 2014
  • March 2014
  • February 2014
  • January 2014
  • December 2013
  • November 2013
  • October 2013
  • August 2013
  • July 2013
  • June 2013
  • May 2013
  • April 2013
  • March 2013
  • January 2013
  • December 2012
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved