UMW Toyota Motor mengumumkan kerjasama dengan Maybank Islamic Berhad untuk menawarkan pakej pembiayaan istimewa untuk graduan yang ingin membeli Toyota Vios, Yaris atau Avanza. Murabahah Vehicle Term Financing-i (MVTF-i) yang mematuhi prinsip Murabahah akan menyediakan pilihan pembiayaan tambahan kepada graduan, selain Islamic Hire-Purchase (HP) yang selaras dengan Al-Ijarah Thumma Al-Bai (AITAB).
Pakej itu bagaimanapun hanya ditawarkan di Semenanjung Malaysia. Pembiayaan Murabahah mematuhi prinsip kewangan islam. Gabungan jumlah pinjaman boleh setinggi100 peratus yang digabungkan bersama bayaran Takaful serta kos-kos lain seperti duti stem dan sebagainya.
“Menerusi pakej pembiayaan baharu ini, graduan boleh memiliki sebuah Toyota Vios, Yaris atau Avanza. Ini kerana ia membantu membuatkan bayaran muka lebih mampu milik,” kata Presiden UMW Toyota Motor, Ravindran K.
Pembiayaan itu ditawarkan kepada pemegang ijazah berusia di antara 21 hingga 30 tahun. Mereka perlu mempunyai pendapatan sekurang-kurangnya RM3,000 sebulan dan sudah bekerja sekurang-kurangnya enam bulan. Bagi mereka yang bekerja kurang enam bulan, ibu bapa boleh menjadi penjamin (tertakluk kepada terma dan syarat). Jika pendapatan kurang RM3,000 tetapi lebih RM2,000 mereka masih boleh memohon, tetapi dengan syarat ibu bapa yang menjadi penjamin mempunyai pendapatan isirumah RM5,000 ke atas.
Sumber : Mekanika
Website : https://www.mekanika.com.my/
Facebook : https://www.facebook.com/MekanikaMalaysia/
Instagram : https://www.instagram.com/mekanika.malaysia/?hl=en
Youtube : https://www.youtube.com/channel/UCW_a5QtfMwZ5gNBhgXBdscQ