Kaki Kereta
Advertisement
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kaki Kereta
No Result
View All Result

Depan GTR 34 Belakang Pula R33, Pelik Tapi Benar!

hpmedia webadmin by hpmedia webadmin
12/06/2020
in MODIFIKASI, UTAMA

Filem-filem aksi terbitan Malaysia bukanlah teruk sangat sebenarnya. Cuma jangan bandingkan dengan filem Hollywood. Tetapi kalau dibandingkan dengan negara-negara membangun yang turut meriah membikin filem, memang aksi kereta-kereta lumba dalam filem drift tempatan tidaklah malu sangat.

Dulu sahaja yang saya tak boleh nak hadam setiap kali menonton filem-filem aksi Melayu. Apa halnya kalau Mitsubishi Evo spin atas gravel boleh buat efek bunyi spin atas jalan tar. Asal pecut sahaja bunyi spin, asal bunyi spin sahaja pecut. Tak boleh nak masuk langsung!

Kereta Skyline yang nampak pelik sebab bahagian depan lain dan belakang lain ini ialah spesis yang jarang-jarang kita boleh jumpa di dunia nyata. Kalau anda semua kaki filem, mungkin masih ingat Skyline hijau yang ada dalam filem Impak Maksima. Samalah tu dengan kereta ni.

Kereta ini dilahirkan pada tahun 1997 di Jepun. Dibawa masuk ke Malaysia pada 2004 dan ia berjalan dengan road tax semua. Ini ialah Nissan Skyline R33 GTST model yang menggunakan enjin RB25DET. Walaupun bukan GTR pacuan empat roda, GTST dengan transmisi manual tidak boleh dipandang sipi-sipi saja. Kereta ini boleh tahan juga melilau kalau pedal minyaknya dipijak. Modifikasi? Boleh. Kalau tidak diubahsuai pun tidak apa.

Dalam filem, kereta ini nampak mencanak-canak lajunya. Pada hal enjinnya langsung tak diusik. Kereta ini dibawa tuannya ulang alik kerja dari Puchong – Sri Petaling. Kalau dah guna AR70, jangan mimpi minyak jimat. Kebaikan jenis mod macam sebegini adalah dari segi ekonomikal tapi kalau ekzos tidak tukar memang tak tahulah nak cakap apa.

Skyline ini mengguna pakai ekzos jenis KTS Titanium dengan paip sebesar 3.5 inci. Penapis udaranya digantikan kepada penapis udara HKS. Blow-off pun HKS dan akhir sekali sebuah ECU by pass E-Manage yang lengkap dengan MAP sensor. Boost dia sangat tinggi iaitu 1 bar.

Kuasa tadi disalurkan ke permukaan jalan belakang menerusi kotak gear manual lima kelajuan standard GTST. Dibekalkan bersama-samanya ialah LSD jenis two way yang menurut pelumba jalanan membantu ketika membuat aksi drift dan juga pelancaran yang sekata. Suspensi Skyline ini daripada jenis boleh laras TEIN HA pada segenap sudutnya. Apa yang tidak kalah pada Skyline ialah brek Brembo empat pot depan dan dua pot belakang yang disalin daripada model GTR.

Rim yang dipakaikan pada kereta ini tidak diketahui asal usulnya. Tayar bersaiz 225/40/18 untuk roda hadapan dan 265/35/18 di belakang jenama Yokohama Neuton dan Ventus. Bahagian dalaman tidak menerima banyak pengubahsuaian. Apa yang boleh nampak ialah boost meter dan pen turbo timer APEXi. Radionya pun terdiri daripada pemain CD standard yang bolehlah nak layan saluran Business FM dan radio IKIM.

Bahagian luar pula boleh dikategorikan sebagai rare kerana tak buat dek orang guna kepala R34 GTR. Kalau perhati betul-betul tanpa tengok bahagian belakangnya, memang dari depan kereta ini nampak macam GTR 34. Sekali tengok belakang rupanya R33. Tapi tak apalah, selagi kepala Skyline masih boleh diterima. Bayangkan kalau digantikan dengan kepala Kenari?

Spesifikasi
Model: Nissan Skyline R33 /1997-2004
Enjin: RB25DET, intercooler GTR, open pod hks filter, -hks sqv blow off, -e-manage complete harness dan MAP sensor, ekzos 3.5 inch KTS titanium, boost 1bar
Kotak gear: Manual lima speed, full lock two way LSD
Suspensi: TEIN HA boleh laras
Brek: Brembo GTR empat pot depan dua pot belakang.
Rim: 18 inci
Tayar: Yokohama Neuton Ventus
Depan: 225/40
Belakang: 265/35
Dalaman: Boost meter Apexi, turbo timer apexi pen
Luaran: Body part depan GTR34 yang rare dan jarang-jarang orang buat masuk kat body R33

Sumber : Mekanika
Website : https://www.mekanika.com.my/
Facebook : https://www.facebook.com/MekanikaMalaysia/
Instagram : https://www.instagram.com/mekanika.malaysia/?hl=en
Youtube : https://www.youtube.com/channel/UCW_a5QtfMwZ5gNBhgXBdscQ

Previous Post

Kini, Graduan Boleh Memiliki Vios, Yaris Atau Avanza

Next Post

Sehari Di Selangor, Jom Ke Sepang!

CAPAIAN

  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • October 2017
  • May 2017
  • March 2017
  • February 2017
  • January 2017
  • December 2016
  • November 2016
  • October 2016
  • September 2016
  • August 2016
  • July 2016
  • June 2016
  • May 2016
  • April 2016
  • March 2016
  • February 2016
  • January 2016
  • December 2015
  • November 2015
  • October 2015
  • September 2015
  • August 2015
  • July 2015
  • May 2015
  • January 2015
  • December 2014
  • November 2014
  • October 2014
  • September 2014
  • August 2014
  • July 2014
  • June 2014
  • May 2014
  • April 2014
  • March 2014
  • February 2014
  • January 2014
  • December 2013
  • November 2013
  • October 2013
  • August 2013
  • July 2013
  • June 2013
  • May 2013
  • April 2013
  • March 2013
  • January 2013
  • December 2012
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved