Sime Darby Auto ConneXion (SDAC), pengedar tunggal Ford di Malaysia, baru-baru ini merangkul Anugerah Kecemerlangan Henry Ford yang sangat diidamkan dengan memastikan tahap kepuasan pelanggan secara keseluruhan yang tertinggi, prestasi perniagaan yang luar biasa dan inisiatif pelanggan yang paling cemerlang pada 2022.
Selain itu, bagi tahun keempat berturut-turut, SDAC juga menerima Anugerah Presiden untuk Jualan dan Anugerah Presiden untuk Servis dengan tahap kepuasan pelanggan yang tertinggi bagi kedua-dua aspek perniagaan tersebut.
Anugerah ini membezakan SDAC sebagai rakan pengedar berprestasi tinggi di 20 pasaran pengedar Ford di Asia Pasifik, sekali lagi mengukuhkan kedudukan SDAC sebagai salah satu Persatuan Pengedar Ford terbaik di dunia.
Anugerah Kecemerlangan Henry Ford yang berprestij, yang sebelum ini dikenali sebagai Anugerah Pengerusi, merupakan pengiktirafan yang tertinggi dalam program ganjaran dan pengiktirafan tahunan pengedar Ford.
Pengedar perlu mencapai beberapa kriteria kelayakan yang ketat untuk bersaing dalam anugerah tersebut. Termasuklah pencapaian 100 peratus pada objektif jualan kenderaan dan alat ganti baharu. Pengedar juga perlu mencapai 90 peratus pada kepuasan pelanggan masing-masing dalam jualan dan servis.
Pengedar yang memenuhi prasyarat ini kemudiannya disenaraikan dari tertinggi hingga terendah mengikut jumlah gabungan mata kepuasan pelanggan jualan dan servis mereka. Ford juga mengambil kira sebarang inisiatif pengalaman pelanggan yang cemerlang, yang SDAC akhirnya menerima anugerah untuk inisiatif Ford Ranger Getaways yang unik.
“Kami berbesar hati menerima Anugerah Kecemerlangan Henry Ford 2022, Anugerah Presiden untuk Jualan dan Anugerah Presiden untuk Servis sebagai pengiktirafan terhadap pencapaian kami dan inisiatif yang telah kami laksanakan untuk pelanggan kami. Kami turut berbesar hati menerima pengiktirafan atas komitmen dan pelaburan kami dalam memastikan pelanggan kami dijaga sebaik selepas pembelian kenderaan,” ujar Pengarah Urusan, Sime Darby Auto ConneXion-Ford, Turse Zuhair.
“Kami komited untuk menyediakan pengalaman pemilikan yang lebih kaya dan lebih mendalam untuk pelanggan melalui program holistik seperti Ford Ranger Getaways, inisiatif pertama dan satu-satunya seumpamanya, bukan sahaja di Malaysia, tetapi merentasi rangkaian pengedar Ford yang luas,” tambahnya.
Ford Ranger Getaways ialah platform e-dagang pengembaraan berasaskan komuniti yang menghimpunkan pemilik dan orang lain yang berfikiran sama. Melalui satu siri pengembaraan tempatan yang dipilih secara teliti, pelanggan boleh menemui fleksibiliti dan potensi penuh Rangers mereka.
Mata bagi Anugerah Kecemerlangan Henry Ford dan Anugerah Presiden diberi berdasarkan penarafan yang dikumpul daripada maklum balas sebenar daripada pelanggan serta kaji selidik kepuasan yang dijalankan oleh Ford di setiap pasaran pengedarnya.
Diperkenalkan pada 2016 secara serantau, program ganjaran dan pengiktirafan tahunan Ford menilai pengedar terutamanya pada tahap tertinggi kesuluruhan kepuasan pelanggan dan prestasi dalam kategori ini:
Kepuasan jualan pelanggan tahap tertinggi
Kepuasan servis pelanggan tahap tertinggi
Prestasi jualan kenderaan baru terbaik
Prestasi jualan alat ganti terbaik
Pasaran Pengedar Ford adalah termasuk di Timur Tengah, Afrika Utara, Afrika Sub-Sahara dan Pasaran-pasaran Pengedar Asia Pasifik. Pengedar di seluruh wilayah berkenaan telah menunjukkan komitmen tertinggi dan menyumbang kepada perniagaan Ford, dan bersama-sama, Ford serta rakan niaganya terus mencipta produk yang wajar dimiliki serta servis terbaik, dan melayani pelanggan seperti keluarga.