Kaki Kereta
Advertisement
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kaki Kereta
No Result
View All Result

Layak Untuk Semua Pinjaman Kecuali Kad Kredit

hpmedia webadmin by hpmedia webadmin
30/06/2021
in BULETIN, UTAMA

Selama enam bulan moratorium untuk bayaran ansuran semua kredit ditawarkan oleh pihak bank kecuali kad kredit. Menurut Persatuan Bank-Bank Dalam Malaysia (ABM) dan Persatuan Institusi Perbankan dan Kewangan Islam Malaysia (AIBIM) berkata, mereka yang layak ialah semua peminjam individu termasuk golongan B40, M40 dan T20.

Di samping itu juga, semua perusahaan mikro dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang terjejas dengan pandemik Covid-19.

“Untuk kad kredit, bank akan menawarkan untuk menukarkan baki tunggakan kepada pinjaman/pembiayaan selama tiga tahun dengan kadar keuntungan/faedah dikurangkan bagi membantu peminjam menguruskan hutang mereka dengan lebih baik.

“Di bawah skim ini, peminjam hanya perlu menghubungi bank mereka untuk memilih moratorium ini dan kelulusan akan diberi secara automatik kepada semua peminjam yang termasuk dalam kategori dinyatakan.

“Bank komited untuk menjadikan prosesnya semudah dan selancar yang boleh tanpa perlu mengemukakan sebarang dokumen sokongan bagi tujuan kelulusan,” katanya.

Katanya, moratorium automatik itu terpakai untuk pinjaman/pembiayaan yang diluluskan sebelum 1 Julai 2021 dan tiada tunggakan lebih daripada 90 hari pada tarikh permohonan moratorium diserahkan kepada bank.

Katanya, pelanggan yang ingin mengambil moratorium ini perlu menghubungi bank mereka bermula 7 Julai ini.

“Oleh kerana sekatan pergerakan masih diteruskan, pelanggan amat digalakkan untuk menghubungi bank mereka melalui saluran digital rasmi seperti laman web bank, e-mel atau melalui telefon.

“Sekiranya pelanggan tidak dapat menggunakan saluran digital bank, mereka juga boleh mengunjungi cawangan bank untuk mengemukakan permintaan mereka untuk moratorium.

“Namun, mereka disarankan untuk memeriksa terlebih dulu di laman web bank masing-masing untuk mendapatkan maklumat mengenai perubahan waktu operasi atau pengaturan untuk perkhidmatan di kaunter berikutan sekatan pergerakan yang masih berjalan,” katanya.

Bank akan berusaha untuk memproses semua permintaan moratorium secepat mungkin, katanya.

“Namun, memandangkan jumlah permintaan yang besar dan kekangan akibat sekatan pergerakan terhadap protokol kerja di mana semua bank anggota beroperasi, mungkin terdapat beberapa cabaran operasi pada permulaannya.

“Pelanggan tidak perlu bimbang dengan komitmen penuh oleh ahli bank untuk memastikan semua masalah akan ditangani tepat pada waktunya.

“Selain itu, seperti diumumkan Bank Negara Malaysia (BNM), laporan Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS) pelanggan akan kekal tidak terjejas dengan pemilihan moratorium ini.

“Justeru, mereka tidak perlu bimbang dengan kesan terhadap profil kredit masa depan mereka,” katanya.

Sumber : Harian Metro

Previous Post

Bakal Menghiasi Motor Valley Fest

Next Post

Perbincangan Tentang Pendedahan Mitos, Kemalangan dan Tuntutan Motor Anjuran Allianz General

CAPAIAN

  • September 2025
  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • October 2017
  • May 2017
  • March 2017
  • February 2017
  • January 2017
  • December 2016
  • November 2016
  • October 2016
  • September 2016
  • August 2016
  • July 2016
  • June 2016
  • May 2016
  • April 2016
  • March 2016
  • February 2016
  • January 2016
  • December 2015
  • November 2015
  • October 2015
  • September 2015
  • August 2015
  • July 2015
  • May 2015
  • January 2015
  • December 2014
  • November 2014
  • October 2014
  • September 2014
  • August 2014
  • July 2014
  • June 2014
  • May 2014
  • April 2014
  • March 2014
  • February 2014
  • January 2014
  • December 2013
  • November 2013
  • October 2013
  • August 2013
  • July 2013
  • June 2013
  • May 2013
  • April 2013
  • March 2013
  • January 2013
  • December 2012
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved