Kaki Kereta
Advertisement
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kaki Kereta
No Result
View All Result

KE70 DENGAN ENJIN 4AGE FULLY KROM!

hpmedia webadmin by hpmedia webadmin
18/11/2013
in MODIFIKASI, UTAMA

Kawan-kawan kita di Sabah memang agak unik idea mereka dalam mengubahsuai kereta. Kalau kita di Semenanjung, biasanya ubah suai kereta untuk street racing look, maka kereta tu akan setia 100% dengan konsep street racing.

Kalau nak ubah suai untuk gaya VIP, maka kereta tu ialah 100% gaya VIP. Tapi lain halnya di sini. Macam kata chef, gaya fusion iaitu gabungan dua atau tiga konsep berbeza pada satu hidangan. Dalam kes ni, kereta la…

Toyota Corolla KE70 sememangnya sebuah kereta klasik yang amat popular di Malaysia. Mungkin kereta ini sangat banyak di atas jalan raya dan harganya pun agak murah. Barang-barang prestasi tinggi pun cukup mudah didapati kerana ia berkongsi banyak komponen dengan model Toyota AE86.

Kereta ini sebenarnya milik oleh seorang otai dari Tawau yang memilih untuk menggabungkan beberapa konsep berbeza untuk keretanya. Kereta ini mempunyai nadi berkuasa tinggi, apabila enjin 3K asal diganti dengan enjin 4AGE 1600cc daripada Toyota Levin AE86.

Enjin baru menjalani kerja-kerja port dan polish pada bahagian kepala silinder dan sepasang cam pulley boleh laras jenama HKS turut dipasang. Satu set palam pencucuh NGK Iridium dan kabel Ultra membantu enjin dari segi nyalaan campuran udara dan petrol. Blok enjin dikekalkan standard. Bagi penapisan udara, satu unit penapis udara K&N digunakan.

Seluruh bahagian penutup injap enjin dicelup dengan krom termasuk beberapa bahagian lain seperti tangki bendalir stereng berkuasa dan inlet manifold enjin. Enjin yang kini berkilauan cukup sepadan dengan tangki radiator aluminium HKS yang digilap.

Saya sebenarnya dah lama tak tengok orang kromkan bahagian enjin. Ini mengingatkan saya zaman main Ford Escort dulu. Enjin yang bersinar-sinar ini menggunakan sistem ekzos buatan custom bagi melepaskan lagi beberapa kuasa kuda yang terpendam.

Manifold ekzos 4-1 yang digunakan ialah rekaan custom, sama dengan paip tengah berdiamter 2.3 inci. Peredam bunyi pilihan ialah Fujitsubo Giken yang dikhususkan untuk kereta berenjin NA.

Kotak gear yang datang bersama enjin dipasang pada chasis Corolla dan diubah suai dengan klac jenis perlumbaan TRD. Flywheel asal enjin pula diringan dan diimbang bagi melancarkan lagi tindak balas enjin. Gandar asal Corolla digantikan dengan gandar daripada Toyota AE86 yang mempunyai LSD.

Penyerap hentak asal diganti dengan penyerap hentak boleh laras TRD bersama pillow ball boleh laras yang diubah suai dari model Toyota AE86. Walaupun bahagian enjin Corolla ini nampak cukup berkilat, nasib baik tema bling tak dibawa untuk pemilihan rim.

Kereta old skool bagi saya kena guna rim dengan tema yang sama, baru nampak gempak dan tak mengarut. Rim yang digunakan ialah Work bersaiz 15 inci dengan lebar 7.5 inci. Rim gaya retro ini dibalut dengan tayar Falken 195/50/15.

Seperti dijangka, jentera ini menggunakan sistem brek yang disalin sepenuhnya daripada Toyota AE86. Pelapik brek yang digunakan ialah jenama Endless yang mampu memberhentikan kereta dengan lebih pantas.

Secara asasnya, Corolla ini sudah melalui proses restorasi penuh yang membuatkannya nampak kembali muda. Spoiler bonet custom dipadankan dan kereta dilayangkan dengan cat copper metallic.

Bahagian dalaman dihias dengan sepasang tempat duduk bucket Bride Low Max. Stereng dan tombol gear Momo digunakan bagi menggantikan komponen asal. Papan pemuka pun sudah disalin dengan papan pemuka daripada Toyota AE86.

Satu lagi keistimewaan Corolla ini terletak pada sistem hiburannya. Kereta ini mempunyai sistem audio yang agak serius dari segi kuasa. Pemain utama kereta berjenama Kenwood dan semua pembesar suara dan subwoofer daripada Mohawk. Pre-amp ialah dari Adam Digital yang juga jenama untuk amplifiernya. Nak lagi gempak, buka but belakang ada monitor LCD 17 inci, sah kereta ini juga digunakan untuk tujuan demo audio.

SPESIFIKASI

      • Model: Toyota Corolla GL KE70
      • Ubah suai enjin: 4AGE 1600cc 16 injap TVIS, kepala silinder port & polish, palam pencucuh NGK Iridium, kabel palam pencucuh Ultra, cam pulley HKS, penapis udara K&N, penutup injap dikromkan
      • Sistem ekzos: Manifold 4-1 custom, paip tengah 2.3” custom, peredam bunyi FGK
      • Kotak gear: Standard AE86, klac perlumbaan TRD, flywheel diringankan, gandar belakang jenis LSD
      • Rim / Tayar: Works 15×7.5 / Falken 195/50/15
      • Sistem gantungan: TRD boleh laras
      • Brek: Brek lengkap AE86, pelapik brek Endless
      • Luaran: Restorasi penuh, spoiler belakang custom
      • Dalaman: Tempat duduk Bride Low Max (depan), fabrik Bride untuk tempat duduk belakang dan panel pintu, stereng dan tombol gear Momo
      • ICE: Unit utama Kenwood, pre-amp Adam Digital, pembesar suara Mohawk, subwoofer 12” Mohawk, amplifier Adam Digital

 

Sumber : Mekanika
Website :https://www.mekanika.com.my/
Facebook :https://www.facebook.com/MekanikaMalaysia/
Instagram :https://www.instagram.com/mekanika.malaysia/?hl=en
Youtube :https://www.youtube.com/channel/UCW_a5QtfMwZ5gNBhgXBdscQ

Previous Post

MAZDA 808 SEPARUH SIAP

Next Post

DAIHATSU MIRA VERSI L200S

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • October 2017
  • May 2017
  • March 2017
  • February 2017
  • January 2017
  • December 2016
  • November 2016
  • October 2016
  • September 2016
  • August 2016
  • July 2016
  • June 2016
  • May 2016
  • April 2016
  • March 2016
  • February 2016
  • January 2016
  • December 2015
  • November 2015
  • October 2015
  • September 2015
  • August 2015
  • July 2015
  • May 2015
  • January 2015
  • December 2014
  • November 2014
  • October 2014
  • September 2014
  • August 2014
  • July 2014
  • June 2014
  • May 2014
  • April 2014
  • March 2014
  • February 2014
  • January 2014
  • December 2013
  • November 2013
  • October 2013
  • August 2013
  • July 2013
  • June 2013
  • May 2013
  • April 2013
  • March 2013
  • January 2013
  • December 2012
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved