Kaki Kereta
Advertisement
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kaki Kereta
No Result
View All Result

DAIHATSU MIRA VERSI L200S

hpmedia webadmin by hpmedia webadmin
21/11/2013
in MODIFIKASI, UTAMA

Walaupun abad ke-21 dah masuk ke dekad kedua, masih ramai peminat kereta di Malaysia yang menggemari kereta berprestasi tinggi dari abad ke-20. Mungkin disebabkan faktor harga atau minat kepada benda yang sukar ditemui membuatkan kereta-kereta yang sudah jadi bahan half-cut di negara asalnya menjadi komoditi rebutan di sini.

Anda memang dah biasa tengok kereta Kancil diubah suai menjadi Mira. Kalau dalam majalah modifikasi, mungkin dah tak cukup tangan nak kira, punyalah banyak. Walau apa pun, rasanya peminat modifikasi Kancil Mira pastinya akan sanggup menjual tanah untuk membeli Daihatsu Mira asli seperti ni. Biarpun nilai kereta ini di Jepun agaknya lagi murah daripada sepinggan sushi dan mi ramen.

Takpe lah, dah minat orang, kita tengok sahajalah . Daihatsu Mira bagi peminatnya, sekali pandang sudah tahu versi mana. Kereta ini tentunya versi L200S yang mudah dikenali menerusi rekaan bampar hadapan yang mempunyai liang udara besar dan skup udara intercooler panjang.

Tarikan kereta ini bukanlah saja pada hakikat bahawa ia merupakan sebuah L200S asli. Tetapi lebih kepada apa yang ada di bawah bonet hadapannya. Mira ori ini dibekalkan dengan enjin EF-JL 660cc dengan pengecas turbo. Tidak perlu saya nak cerita banyak-banyak pasal sebab anda semua dah kenal. Tetapi, pemilik Mira ini tak berpuas hati lagi dengan prestasi enjin. Jadi apa lagi, masa untuk ubah suai!

Enjin EF sememangnya cukup digemari oleh orang yang nak ubah suai Kancil Mira untuk prestasi berbanding enjin siri JB, walaupun ia lebih baru dan canggih. Apa yang dibuat ialah enjin 660cc dirojak dengan blok enjin 850cc siri ED yang diambil daripada Kancil 850. Ya, saya sedar enjin ini tak direka untuk menerima tekanan turbo, tapi boleh sahaja untuk diubah suai.

Sebelum dipasang ke kereta, blok enjin 850cc telah dileraikan dan kerja bore dibuat kepada bahagian silinder untuk memuatkan omboh 73mm yang diambil daripada enjin Toyota 2E turbo (enjin Starlet EP70). Pemasangan omboh ini menaikkan sesaran enjin kepada 1,000cc. Pada masa sama, menyediakan enjin ini untuk sistem turbo yang lagi ganas.

Turbo asal Mira diganti dengan turbo daripada Garret GT yang kalau dilihat dari segi saiz, dah hampir sama besar dengan enjin. Tak kisah, sebab turbo ini dah diubahsuai untuk spooling lebih pantas. Selain memberi kuasa top end yang mampu memalukan kereta yang memiliki enjin bersesaran dua kali ganda lebih besar daripadanya.

Siput sedut saiz XL tadi diletakkan di manifold ekzos jenis tune length buatan Tonnka. Lokasi itu juga menempatkan sebuah wastegate jenis external buatan Turbosmart. Intercooler jenis top mount diganti dengan intercooler jenis front mount yang lebih besar bersama sistem paip intercooler buatan keluli tahan karat. Injap blow-off Tial nampaknya bertenggek dengan megah di atas paip yang bersinar-sinar itu.

Manifold intake enjin dinaik taraf menerusi manifold buatan custom dengan throttle body bersaiz besar daripada S90. Sistem nyalaan enjin sekarang menggunakan sistem nyalaan jenama MSD. Sementara ECU asal enjin diganti dengan sistem ECU jenis stand alone daripada Haltech 1000. Sistem ekzos? Hanya sebatang paip keluli tahan karat yang keluar di depan kereta. Tidak ada bullet atau peredam, memang ganas.

Kotak gear pulak dikacuk daripada model Charade GTti yang sebenarnya jauh lebih lasak berbanding kotak gear Mira asal. Sistem klac dinaik taraf dengan klac perlumbaan Triniti yang menambah kekuatan kotak gear bagi menampung kuasa enjin.

Mira ini sekarang menggunakan penyerap hentak boleh laras buatan GAB yang memberi kekerasan secukup rasa. Saya cuma ngeri sikit tengok breknya sebab… Mira ini masih menggunakan kombinasi brek cakera / gelendong asal

Tetapi mungkin okay sebab kereta ini sebenarnya banyak digunakan atas trek untuk main drag, trek cukup panjang nak berenti. Cakap pasal drag, Mira ini menggunakan tayar Toyo Proxes R888 separa slick atas rim 15 x 6.5 inci Volk Racing TE37 yang memang menggigit.

Sebab nak ringan, kebanyakan bodykit yang datang sekali dengan kereta ditanggalkan, termasuklah skirting sisi dan spoiler belakang. Bahagian dalaman pula, semua karpet dan tempat duduk belakang dibuang. Tempat duduk pemandu diganti dengan Bride jenis bucket penuh.

Stereng asal diganti dengan stereng buatan Momo dan meter Haltech Racepak mengambil alih tugas meter asal. Turbo timer GReddy menjadi sentuhan akhir modifikasi dalaman kereta yang rare di Malaysia ini.

Seronok juga sebenarnya kalau ada duit lebih nak main modifikasi performance untuk Kei-car macam ni. Rasa keterujaan memecut dengan kereta kecil dan ringan sebenarnya tidak dapat digambarkan dengan kata-kata…

[SPESIFIKASI

      • Model: Daihatsu Mira L200S
      • Ubahsuai enjin: Kepala silinder 12 injap EF-JL, blok 850cc ED rebore, omboh 73mm Toyota 2E, turbin Garret GT custom, wastegate Turbosmart, injap blow-off Tial, inlet manifold custom, throttle body S90, sistem nyalaan MSD, radiator Koyorad
      • ECU: Haltech 1000
      • Sistem ekzos: Manifold ekzos Tonnka, paip custom
      • Kotak gear: Charade GTti, klac Triniti
      • Sistem gantungan: GAB boleh laras
      • Sistem brek: Standard Mira L200S
      • Rim / Tayar: Volk Racing TE37 15×6.5” et35 / Toyo Proxes R888 15”
      • Luaran: Standard Mira L200S
      • Dalaman: Tempat duduk pemandu Bride, tempat duduk penumpang Mira J, stereng Momo, meter Haltech Racepak

 

Sumber : Mekanika
Website :https://www.mekanika.com.my/
Facebook :https://www.facebook.com/MekanikaMalaysia/
Instagram :https://www.instagram.com/mekanika.malaysia/?hl=en
Youtube :https://www.youtube.com/channel/UCW_a5QtfMwZ5gNBhgXBdscQ

Previous Post

KE70 DENGAN ENJIN 4AGE FULLY KROM!

Next Post

MITSUBISHI EVO 9 WAGON – KERETA SPORT BAPA MITHALI

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • October 2017
  • May 2017
  • March 2017
  • February 2017
  • January 2017
  • December 2016
  • November 2016
  • October 2016
  • September 2016
  • August 2016
  • July 2016
  • June 2016
  • May 2016
  • April 2016
  • March 2016
  • February 2016
  • January 2016
  • December 2015
  • November 2015
  • October 2015
  • September 2015
  • August 2015
  • July 2015
  • May 2015
  • January 2015
  • December 2014
  • November 2014
  • October 2014
  • September 2014
  • August 2014
  • July 2014
  • June 2014
  • May 2014
  • April 2014
  • March 2014
  • February 2014
  • January 2014
  • December 2013
  • November 2013
  • October 2013
  • August 2013
  • July 2013
  • June 2013
  • May 2013
  • April 2013
  • March 2013
  • January 2013
  • December 2012
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved