Kaki Kereta
Advertisement
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kaki Kereta
No Result
View All Result

KAU HIJAU

hpmedia webadmin by hpmedia webadmin
11/03/2020
in MODIFIKASI, UTAMA

Tular kejap di media sosial apabila sebuah Lancer EVO I RS (CD9A), berjaya diimport masuk dan dijual dengan harga RM80K. Rasa teruja pun ada memandangkan model lagenda ini, sudah boleh menetap di sini tanpa perlu dikerat-kerat.

Yang jadi kesnya apabila harga yang ditawarkan, dikecam terlalu tinggi untuk sebuah kereta berusia 26 tahun. “Sama je ngan Wira”, kata Baharom yang berselindung di sebalik gambar profil Darth Vader. “Baik beli EVO 9”, tembak Ramli yang cuba menambah kuah.

Hakikatnya, kebanyakan mereka ni jenis tak reti menilai kereta. Tau tak hanya 5,000 unit CD9A pernah dihasilkan dan tak sampai sebelah tangan yang ada di Malaysia secara sah? Tu pasal ia dinilai sebagai item koleksi dan bukan mengikut kaedah kiraan semasa. Sembang lebat, nafsu besar. Tapi realiti, nak loan Myvi seken pun tak lepas. Eh! Gua pulak yang emo…

Kalau rasa yang authentic mahal, yang tempatan tak segak, yang tengah-tengah macam Lancer CB ni mungkin antara pilihan yang boleh dipertimbangkan. Sebuah kereta tiga demen, yang boleh dijelmakan kepada EVO dengan mudah. Yang tempatan bukan tak boleh bikin, cuma runsinglah sikit kalau nak ke mana-mana.

Memandangkan geng tempatan sekarang dah berani salin bontot, sesuatu mesti dilakukan untuk membezakan rupanya berbanding model berkenaan. Salinan kit badan standard EVO III, bukan lagi pilihan utama. Jadi kit badan kembang Full Blast keluaran Body Factory Murayama (BFM), mungkin cara terbaik untuk keluar dari kemelut ini.

Tapi kit Full Blast cuma dibuat untuk fender dan panel sisi pintu. Nak tak nak, ia perlu digabungkan dengan komponen keluaran tuner-tuner lain. Apa yang boleh dikesan adalah, penggunaan skirt sisi dan skirt bumper belakang Cruise Power, bumper depan Kansai Spec 1, termasuk hood dan bonet CF Kansai. Lain-lain aksesori yang turut membantu adalah cermin sisi CF Ganador, sunroof EVO III, diffuser belakang EVO III, spoiler GT aloi, lampu belakang kristal, serta signal amber Lancer USDM.

Selain hijau serindit berkicau galak, kehenseman kereta ini juga datang dari rim ultra femes Volk Racing TE37 berukuran 17-inci. Tayar pilihan pun mari jugak, jenis Bridgestone Potenza RE003 dari saiz 215/45R-17, yang boleh menggeletek adrenalin jika mahu. Memastikan tahap pengendalian terbaik, sistem gantungan dibantu set suspensi boleh laras Apexi N1.

Takkan puas kalau enjin asal EVO tidak diguna sama. Sebelum disalin, sedikit peningkatan telah dilakukan, bermula dengan penempatan set piston Wiseco, conrod Duratech, serta camshaft HKS 264° di bahagian kepala silinder.

Sistem pendesak masih mengharapkan keupayaan unit turbo TD05H asal. Memastikan ia mampu bekerja pada tahap optimum, proses sejukan dibantu intercooler rekaan GReddy, termasuk binaan paip sambungan kustom, tambahan wastegate Turbosmart 38mm dan injap pelepas ARC.

Keperluan bahan api dihantar oleh pam petrol Walbro, sambil dikawal regulator dari Sard. Bagi mengatur kembali kadar letusannya, kotak ECU asal telah ditipu menggunakan unit SAFC II dari Apexi.

Sistem transmisi menerima kotak gear manual EVO III dengan set klac dari Triniti. Yang menyebabkan ia belum cukup sempurna adalah, sistem pacuan AWD EVO yang belum sampai seru untuk dinaikkan. Tak lamalah tu…

Bahagian dalaman juga menerima salinan komponen milik EVO III, meliputi bahagian utama seperti papan pemuka, stereng dan panel pintu. Untuk feel lebih premium, tempat duduknya menggunakan set Recaro TME. Juga disediakan, rangkaian aksesori lain seperti panel dashboard CF, armrest telor, burger dan perehat kaki EVO III, rak majalah ARP Sport, tombol gear RalliArt, panel meter Dangun Racing, Defi 6 beradik, serta unit pemasa enjin Apexi.

Proses modifikasi kereta ini masih lagi berjalan. Banyak betul yang sedang bermain di fikiran Nuar. Biar lambat katanya, janji puas hati!

SPESIFIKASI

    • Pemilik – Khairul Anuar Bin Ibrahim
    • Pengeluar – Mitsubishi
    • Model – Lancer CB2A
    • Tahun – 1993
    • Enjin asal – 4G15
    • Modifikasi Enjin – 4G63T EVO III, piston Wiseco, conrod Duratech, camshaft HKS 264, penapis udara HKS, paip ram RS, injap pelapas ARC, wastegate Turbosmart 38mm, paip intercooler kustom, intercooler GReddy, pam petrol Walbro, regulator Sard, kabel pencucuh Ultra, SAFC II Apexi
    • Transmisi – Manual 2WD, klac Triniti
    • Ekzos – Paip kustom, muffler Apexi N1
    • Luaran – Kit badan Full Blast, skirt sisi & skirt bumper belakang Cruise Power, bumper depan Kansai Spec 1, hood & bonet CF Kansai, cermin sisi CF Ganador, sunroof EVO III, diffuser belakang EVO III, spoiler GT aloi, lampu belakang kristal, signal Lancer USDM
    • Suspensi – Apexi N1
    • Brek – EVO III
    • Rim & Tayar – Volk Racing TE37 17-inci & Bridgestone Potenza RE003 215/45R-17
    • Dalaman – Papan pemuka, stereng & panel pintu EVO III, tempat duduk Recaro TME, panel dashboard CF, armrest telor, burger & perehat kaki EVO III, rak majalah ARP Sport, tombol gear RalliArt, panel meter Dangun Racing, meter Defi, pemasa enjin Apexi
    • Bengkel – Duan Garage, Mie Ayam Motorsport, Sro Garage, Jang Jaff Idola, Hanif Tayar, Hakim Tayar, Cikkiey Piping

Previous Post

Jenama Berkualiti Tinggi Yang Kian Berkembang Pesat

Next Post

ROTATORY

CAPAIAN

  • September 2025
  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • October 2017
  • May 2017
  • March 2017
  • February 2017
  • January 2017
  • December 2016
  • November 2016
  • October 2016
  • September 2016
  • August 2016
  • July 2016
  • June 2016
  • May 2016
  • April 2016
  • March 2016
  • February 2016
  • January 2016
  • December 2015
  • November 2015
  • October 2015
  • September 2015
  • August 2015
  • July 2015
  • May 2015
  • January 2015
  • December 2014
  • November 2014
  • October 2014
  • September 2014
  • August 2014
  • July 2014
  • June 2014
  • May 2014
  • April 2014
  • March 2014
  • February 2014
  • January 2014
  • December 2013
  • November 2013
  • October 2013
  • August 2013
  • July 2013
  • June 2013
  • May 2013
  • April 2013
  • March 2013
  • January 2013
  • December 2012
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved