Hello Lubricants Sdn Bhd adalah sebuah syarikat yang mempunyai kepakaran dalam minyak pelincir dan penjagaan kereta yang sedang berkembang pesat di pasaran Malaysia. Sebagai sebuah syarikat berasaskan pelanggan, Hello Lubricants Sdn Bhd sentiasa mengutamakan keperluan pelanggan dengan menghasilkan minyak mesra alam berkualiti tinggi serta efisien mengikut jenis enjin.
Ditubuhkan di pertengahan tahun 2016, Hello Lubricants Sdn Bhd merupakan hasil buah fikiran pengasasnya, En. Lim Chi Yan dan Dato Koh Boo Teng setelah melihat terlalu banyak minyak pelincir tiruan dan tidak asli yang membanjiri pasaran. Lebih menyedihkan, pengeluar minyak tiruan ini mengambil kesempatan di atas permintaan yang kian meningkat untuk minyak pelincir enjin gred tinggi di pasaran.
Kos yang tinggi untuk mendapatkan minyak pelincir tulen dan berkualiti mendorong ramai pengguna membeli produk tiruan tanpa menyedari ia boleh mengakibatkan kerosakan pada enjin kereta. Justeru, kedua-dua pengasas mengambil keputusan menubuhkan syarikat dan mengeluarkan minyak pelincir. Hasil kerjasama dengan pengeluar OEM yang dipercayai, syarikat ini mengeluarkan minyak asli berkualiti tinggi jenama Hello dan mampu dibeli seluruh rakyat Malaysia.
Awalnya, minyak pelincir Hello dipasarkan menerusi para pengedar serta bengkel di sekitar Lembah Klang. Walaupun masih baru, Hello menerima sambutan baik dan mendapat permintaan tinggi dari para pengguna. Hari ini, sudah ada seramai 380 pengedar Hello dari seluruh semenanjung Malaysia seperti Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Kuala Lumpur, Selangor, Pahang, Kelantan, Terengganu, Negeri Sembilan. Dijangkakan, beberapa lagi wakil pengedar akan dilantik di negeri Melaka dan Johor.
Kini, Hello Lubricants Sdn Bhd mempunyai satu sistem yang konsisten dan mematuhi standard ISO 9001:2008. Bukan itu sahaja, semua produk keluarannya telah menerima pensijilan dari Institut Petroleum Amerika (America Petroleum Institute -API), sekali gus meyakinkan para pelanggan dan pengguna tentang keaslian serta minyak pelincir keluaran Hello Lubricants ini berkualiti tinggi.
Antara barisan produk keluaran Hello Lubricants termasuk Racing Oil, Fully Synthetic Petrol Engine Oil, Synthetic Formulation Petrol Engine Oil, Premium Petrol Engine Oil, Diesel Engine Oil, ATF, Gear Oil, Brake Fluid, Radiator Coolant, Engine Flush dan Addictive Treatment. Manakala produk yang terlaris di pasaran pada hari ini adalah PAO – Racing Type Lubricant Oil. Hello juga sentiasa memastikan konsistensi kualiti dan meningkatkan lagi barisan produk yang ditawarkan untuk memenuhi permintaan pasaran.
Beroperasi di Shah Alam, syarikat ini percaya dengan pelaburan berterusan dalam menggunakan teknik-teknik terbaharu akan meningkatkan lagi pengeluaran serta kualiti setiap produk keluarannya. Dalam masa yang sama, memperoleh keyakinan para pengguna yang secara tidak langsung meluaskan lagi permintaan terhadap produk Hello Lubricants bukan sahaja di Malaysia malah ke beberapa negara di seluruh Asia seterusnya ke peringkat pasaran antarabangsa.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi;
Hello Lubricants Sdn Bhd
No. 8, Jalan Bawang Putih 24/34,
Seksyen 24
40300 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.
Whatsapp : +60 10-203 8128
Emel : fikri@hellolubricant.com
Facebook :https://www.facebook.com/HelloLubricant/
Web : http://www.hellolubricant.com/