Dalam keluarga Honda, kita memang dah tahu yang kekuatan jenama ini adalah pada model Type R mereka. Kehebatan yang sangat menyerlah dengan beberapa modelnya yang semakin lama semakin tampak lebih menikam kalbu lebih-lebih lagi yang terbaharu, FK8 Type R.

Memang benar, jika tiada yang lama masakan ada yang baru. Selain FD2 Type R, ada satu lagi model yang kita kadang-kadang tidak perasan kewujudannya, FN2 Type R. Bentuk badan FN2 ini sedikit berbeza dengan FD kerana ianya merupakan sebuah model hatchback yang pendek, berbeza dengan model EP3. Bukan biasa-biasa ye, FN ni ada peminatnya yang tersendiri, Cuma tidaklah seramai geng FD.

Model yang ditampilkan pada paparan kali ini merupakan salah sebuah FN2 yang terhebat ada di Malaya ye. Rekaan badan jentera ini menjadi lebih menyerlah apabila dipadankan dengan wing belakang rekaan Mugen. Cukup simple dan ditambah pula dengan rim CE28 bersama-sama dengan tayar Michelin PS4. Ruang dalaman jentera ini pula tidak disentuh dengan sebarang perubahan kerana bagi pemiliknya apa yang ada sudah cukup selesa.

Beralih ke bahagian prestasi, enjin K20 yang digunakan telah dinaik taraf dengan penggunaan beberapa komponen hebat antaranya air intake gentian karbon Gruppe M, intake manifold RRC dan unit throttle body Skunk2 Pro 70mm. Di bahagian blok pula teah dihuni piston berukuran 86mm dari Wiseco yang dipadankan dengan rod dari jenama Eagle.

Keseluruhan bearing asal digantikan dengan jenama King. Kepala silindernya pula telah melalui proses port n polish dari Nasty yang kemudiannya dipasangkan dengan aci sesondol Skunk2 Pro 3 lengkap dengan retainer dan spring injap dari jenama yang sama. Gas karbon dari ruangan kebuk ditolak keluar melalui unit ekstraktor Skunk2 Alpha yang disambung dengan sistem ekzos J’s Racing berukuran 3 inci besarnya.

Kuasa dari enjin kemudian disampaikan ke bahagian roda melalui kotak gear 6 kelajuan yang dilengkapi sistem LSD 1.5 way serta klac Ogura Super Single. Unit ECU Hondata pula membantu untuk memastikan talaan lebih baik dapat diberikan pada keseluruhan sistem enjin ini untuk berfungsi dengan lebih baik.
Sistem brek jentera ini telah dinaik taraf dengan menggunakan kaliper depan Brembo 4 pot jenis piston besar dan diperkasakan lagi dengan ‘double disc ventilated rotter’. Cengkaman yang baik diperlukan bagi sesebuah jentera yang agak agresif.

Sebagai seorang peminat dunia automotif, saya memiliki satu cita-cita. Nak simpan semua model TYPE R yang ada. Hebat tak? Doa-doalah moga tercapai satu hari nanti… Manalah tau tuhan nak bagi rezeki lebih…

Spesifikasi MKK
Kereta : FN2R Japan Spec
Modifikasi Enjin : Gruppe M Carbon Air Intake, Rrc Manifold Intake, Skunk 2 Alpha Extractor, Skunk 2 Fuel Rail, Skunk 2 Pro 70mm Tb, J’s Racing Exhaust 3.0 Inches, 86mm Wesico Piston, Eagle Connecting Rod, Acl Racing Bearing, Skunk 2 Pro 3 Cam Shaft With Valvle Spring & Retainers, Head Nasty Port Flow, Apr Head Stud
Transmisi / Gearbox : Lsd 1.5 Way, 6 Speed Manual Transmission, Ogura Super Single Clutch Racing
Elektronik / ECU : Hondata
Suspensi & Cesi : Stock Cs.Arb
Brek : Double Disc Ventilated Rotter, Floating Moon Nut, Brembo 4 Pot(Big Pistons)
Roda & Tayar : Ce28, Michelin Ps4
Dalaman : Stock
Luaran : Mugen Wing, Diffuser Wrapping, Smoked Headlamp & Fog Lamp, Bumper Wrapping
Bengkel & Tuner : Rig Auto Works, Vtec Maran Seremban
Owner : JOE



























