Kaki Kereta
Advertisement
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kaki Kereta
No Result
View All Result

Jentera Untuk Yang Tegar Dan Kental!

hpmedia webadmin by hpmedia webadmin
28/11/2021
in MODIFIKASI, UTAMA

Baru-baru ini, semasa membuat review di Sepang International Circuit, saya telah mengundang sebuah jentera CRX EF7 yang boleh dikatakan semakin pupus di atas muka bumi Malaysia. Kalau ada pun mungkin tak banyak seperti FD2R. Bila diamati betul-betul, body CRX ni memang menawan dari depan sampai belakang. CRX mempunyai keistimewaannya yang tersendiri dari segenap sudut. Tidak dinafikan.

Honda CRX EF7 ini adalah milik King Jebon yang mengikut kata pomennya, si Izal sudah 2 kali memiliki jentera ini. Pada asalnya beliau telah menjual kepada seorang kenalan dan kini membelinya semula seperti yang dapat kita lihat sekarang.

Enjin jentera ini menggunakan nadi K24 milik Honda Odyssey dan dipadankan dengan kepala silinder milik Honda Integra DC5 Type R. K-Swap la kiranya. Enjin ini dilengkapi dengan beberapa komponen alat ganti yang berprestasi tinggi antaranya header Skunk2 Alpha yang diikatkan terus dengan sistem paip 3 inci bersama-sama muffler rekaan kustom di bahagian belakangnya. Injektor 1000cc dari FIC serta pam bahan api milik Civic FD2R memastikan bahan api yang disampaikan ke dalam bahagian enjin sentiasa mencukupi untuk sesi pembakaran yang lebih berkuasa.

Sistem penyejukkan enjin dimantapkan lagi dengan pemakaian radiator aloi rekaan kustom yang diikat kemas di bahagian depan. Pegangan erat dari mounting enjin Hasport membuatkan nadi ini benar-benar kukuh ketika segala kuasanya dipacu sehingga maksimum oleh pemandunya. Kehebatan enjin ini bukan hanya bergantung pada nadinya sahaja, unit ecu Hondata K-Pro akan memastikan segala kuasa dapat ditala pada tahap yang maksimum tanpa sebarang masalah.

Kotak gear milik DC5 Type R semi LSD akan menghantar kuasa ke bahagian roda dengan begitu yakin ditambah pula dengan penggunaan klac berketahanan tinggi di dalamnya.

Kedudukan jentera dan tahap kestabilan dilaraskan menggunakan sistem suspensi aftermarket yang dipasang pada kesemua penjuru jentera ini. Maklumlah, owner kaki tekan, maka bukan sebarang suspensi yang perlu dipakaikan. Untuk kuasa berhenti pula, sistem brek lengkap dari model EK9 telah dipasangkan. Ini sudah cukup untuk membuatkan jentera ini berhenti ketika diperlukan.

Ruang dalaman jentera ini diambil dari model EF8 VTec dan kekal dalam keadaan stok. Istimewanya di sini, stereng Mugen yang dipakai pada jentera ini adalah turun temurun sejak King Jebon menggunakan jentera Honda sejak dari awal pengelibatannya dahulu.

Penampilan luar jentera ini menggunakan kit badan asli dari model EF8 VTec. Hood depannya adalah dari bahan gentian karbon rekaan asli Monster Japan manakala lips depannya pula adalah replica J’s Racing juga dari bahan gentian karbon. Di bahagian bonet belakang dilekatkan dengan spoiler asal yang membuatkan identiti jentera ini lebih menyerlah. Padanan rim SSR Type C dengan tayar Yokohama Advan Fleva berukuran 16 inci sudah cukup membuatnya kelihatan menawan pada mata kita.

Terima kasih kepada Izal Autoworkz kerana sudi terima jemputan dari MKK untuk menampilkan jentera ini dan tidak lupa kepada pihak Sepang International Circuit (SIC) kerana menyediakan lokasi kepada pihak kami untuk sesi penggambaran kali ini.

Bukan senang ye diberi peluang seperti ini… Hanya King je yang boleh dapat…!

Spesifikasi
Kereta : HONDA CRX EF7
Modifikasi Enjin : K Swap, Blok K24 Odyssey, head DC5 Type R, header Skunk2 Alpha, piping 3”, muffler custom 3”, individual throttle body (ITB) Blox, injector 1000cc FIC, oil pump FD2R, radiator aloi kustom, mounting Hasport
Transmisi / Gearbox : Dc5 6 speed Type R semi LSD
Elektronik / ECU : Hondata K-Pro
Suspensi & Cesi : Aftermarket Japan & cesi Ef7
Brek : Stok EK9
Roda & Tayar : SSR type c 16inci & Advan fleva 205/45R16
Dalaman : stok interior CRX EF8 vtec, stereng Mugen
Luaran : Stok bodypart EF8 Vtec, lips depan CF J’s Racing replika, hood Monster CF Japan
Bengkel & Tuner : Enjin by Izal Autoworkz tuned by Liena Racing
Owner : Jebon71 (King)

Previous Post

Kalau Kail Panjang Sejengkal, Jangan Cuba Memancing Atas Pelantar Minyak

Next Post

Kesan Penutupan Kilang Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Pada Jun Hingga September Lalu

CAPAIAN

  • October 2025
  • September 2025
  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • October 2017
  • May 2017
  • March 2017
  • February 2017
  • January 2017
  • December 2016
  • November 2016
  • October 2016
  • September 2016
  • August 2016
  • July 2016
  • June 2016
  • May 2016
  • April 2016
  • March 2016
  • February 2016
  • January 2016
  • December 2015
  • November 2015
  • October 2015
  • September 2015
  • August 2015
  • July 2015
  • May 2015
  • January 2015
  • December 2014
  • November 2014
  • October 2014
  • September 2014
  • August 2014
  • July 2014
  • June 2014
  • May 2014
  • April 2014
  • March 2014
  • February 2014
  • January 2014
  • December 2013
  • November 2013
  • October 2013
  • August 2013
  • July 2013
  • June 2013
  • May 2013
  • April 2013
  • March 2013
  • January 2013
  • December 2012
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved