Hyundai-Sime Darby Motors (HSDM) telah melancarkan program Hyundai Promise Approved Used Car (Hyundai Promise), cara yang mudah untuk menjual semula dan membeli kereta terpakai Hyundai. Kereta model terpakai yang dijual menerusi Hyundai Promise dilengkapi dengan alat-alat ganti serta enjin original. Pemeriksaan yang ketat akan dijalankan oleh juruteknik terlatih untuk memastikan bahawa semua kenderaan berada dalam keadaan yang optimum samada dari segi elektrik dan mekanikal sebelum diluluskan.
Kenderaan yang ditawarkan dalam program ini juga tidak mengalami sebarang kemalangan besar, jadi para pelanggan yang ingin membeli tidak perlu runsing. Semuanya diluluskan dan diperakui serta didatangkan dengan waranti lanjutan di antara 2 hingga 5 tahun bergantung kepada usia kenderaan tersebut dan juga catatan perbatuan yang direkodkan.
Kesemua kenderaan yang ditawarkan menerusi program ini dilindungi oleh waranti pengedar dan juga pengilang serta disediakan dengan bantuan atas jalan 24-jam. Jika berminat, anda boleh pergi ke pusat Hyundai Promise yang berlokasi di Lot 33, Temasya Industrial Park, Glenmarie, Shah Alam. Pusat ini beroperasi dari pukul 9:00 pagi sehingga 5:00 petang setiap Isnin hingga Jumaat dan 9:30 pagi sampai 12.30 tengah hari pada hari Sabtu. Tutup pada hari Ahad.