Kaki Kereta
Advertisement
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kaki Kereta
No Result
View All Result

JALAK LENTIK

Saiful by Saiful
30/12/2019
in MODIFIKASI, UTAMA

Kunjungan ke Kemaman telah menemukan gua dengan kereta nih, sebuah Civic EJ yang datang dengan gaya ala Kilafairy. Kemain lentik, sebijik macam jentik-jentik jentik jentik-jentik. Bukan sebab absorber depannya kong atau bocor, tapi sengaja dibuat gitu untuk mendapatkan traction yang lebih padu. Apa lagi kalau bukan untuk tujuan perlumbaan!

Bagi sebahagian besar penggiat sukan drag, model ini dirasakan agak berat untuk tugas ini. Ramai yang akan memilih selain darinya macam Dolphin atau CRX, lagi-lagi bila beraksi dalam kategori True Street. Tapi kalau resepinya betul apa ada hal. Dan ini dibuktikan oleh Zul dan GBR Kemaman, untuk menghasilkan sesuatu yang boleh dibanggakan.

Gaya lentik yang disebut tadi berpunca dari setup suspensi jenis Mines yang sengaja dilaras pada kedudukan paling rendah di bahagian depan. Memastikannya mampu bergerak lurus ketika beraksi, ia turut dipasangkan dengan set bar traction dari K-Tuned. Untuk yang belakang pulak, set suspensi ini telah ditinggikan pada lengan bawah aluminium Skunk2, bagi mendapat agihan berat yang lebih pada roda depan.

Macam Kilafairy, penampilan luaran harus kelihatan cocok lagi munggil. Seperti biasa, salinan kit badan dari Civic EK9 menjadi pilihan sebelum diacu beberapa aksesori tambahan yang lain. Ada hood, grill, boot dan spoiler karbon fiber, fender J’s Racing, lip depan Mugen, cermin sisi Spoon dan lampu belakang LED. Sementara ruang rodanya, diisi tayar gigit Yokohama Advan Neova bersaiz 205/45R-16 pada rim Volk Racing CE28.

Harap gaya jer lentik mana cukup. Jadi ia perlu digandingkan dengan kuasa yang setara. Tersergam di ruang perutnya merupakan enjin VTEC turbo, yang diasaskan dari siri B18C Type R. Sebelum boleh diturbokan, blok dengan sleeve S90 ini perlu dinaik taraf dengan komponen yang sesuai. Antaranya penempatan set conrod dan piston 84mm dari CP Carrillo, termasuk oil sump 5.5-liter Morosso yang lebih besar. Bahagian kepala silinder diolah menggunakan set camshaft Skunk2 Pro, beserta spring injap dan retainer titanium dari jenama yang sama.

Watak utama pada sistem pendesak dimainkan oleh unit turbo Garrett GT35. Ia duduk mendongak pada sebuah manifold kustom, yang turut mengandungi sepasang wastegate Tial 44mm. Mampatan boost yang terhasil, disejukkan oleh set intercooler dan paip sambungan kustom, sebelum dibawa ke mulut throttle body Super90 yang melekat pada manifold kemasukan Edelbrock Victor X. Sementara tekanan berlebihan, akan dipaksa keluar menerusi injap pelepas Tial.

Jumlah tekanan boost yang diperlukan ini dikawal oleh unit solenoid jenis boost by gear dari Hondata. Jadi tahap cengkaman yang optimum, boleh diperolehi dalam semua keadaan gear. Lain-lain komponen yang turut membantu termasuklah cam pulley kustom, crank pulley ATI Damper, mounting enjin Hasport, tangki perangkap minyak kustom, radiator aluminium Koyorad serta pam air elektrik Meziere yang lebih efisyen.

Untuk sistem penyampaian bahan api, bekalan petrol dibawa masuk menggunakan pam Walbro 415. Ia disalurkan kepada rel bahan api Skunk2 yang memegang set injektor 2000cc. Memastikan kadar tekanan dan balikan yang yang tepat, ia dilaras menggunakan unit regulator Turbosmart. Hasil campuran yang terbentuk dalam kebuk pembakaran, seterusnya diletuskan oleh koil CPR dari Hondata, sambil diselia menerusi unit pengurusan Hondata S300 V3.

Kuasa yang dijana dihalakan ke bahagian kotak gear, yang mengandungi ratio gear dari MFactory, final gear 4.7 serta set klac jenis plet berkembar dari OS Giken. Bagi mengelak kekecewaan di tengah perlumbaan, sambungan ke bahagian roda kini disokong set driveshaft yang lebih liat dari Driveshaft Shop.

Resing resing jugak. Tapi bahagian dalam, taklah rentung sampai boleh menggadai nyawa. Ia sebaliknya masih dilengkapi komponen premium dari Civic EK9 Type R, meliputi keseluruhan ruang dashboard, panel pintu, tempat duduk, termasuk karpet dasar berkaler merah. Selain aksesori penting seperti stereng Momo Spoon dan tuas gear K-Tuned, ia turut dimeriahkan dengan deretan meter Defi pelbagai fungsi.

Sepanjang penglibatannya dalam dunia sukan pecut, kereta ini telah meraih pelbagai kemenangan podium, dengan catatan masa yang boleh dibanggakan. Kata Zul, rak Ikea kat rumah tu pun dah penuh. Mungkin kena beli lain tahun ni…

SPESIFIKASI

  • Pemilik – Zul Zulk
  • Pengeluar – Honda
  • Model – Civic EJ6
  • Tahun – 1997
  • Enjin Asal – D16B
  • Modifikasi Enjin – B18C Type R, blok S90, conrod & piston 84mm CP Carrillo, oil sump 5.5-liter Morosso, camshaft Skunk2 Pro, spring injap & retainer titanium Skunk2, turbo Garrett GT35, manifold turbo kustom, wastegate Tial 44mm, intercooler & paip sambungan kustom, throttle body Super90, manifold kemasukan Edelbrock Victor X, injap pelepas Tial, solenoid boost by gear Hondata, cam pulley kustom, crank pulley ATI Damper, mounting enjin Hasport, tangki perangkap minyak kustom, radiator aluminium Koyorad, pam air elektrik Meziere, pam Walbro 415, rel bahan api Skunk2, injektor 2000cc, regulator Turbosmart, koil CPR Hondata, ECU Hondata S300 V3
  • Transmisi – Kotak gear manual, ratio gear MFactory, final gear 4.7, klac plet berkembar OS Giken
  • Ekzos – Paip ekzos kustom
  • Luaran – Kit badan Civic EK9, hood, grill, boot & spoiler karbon fiber, fender J’s Racing, lip depan Mugen, cermin sisi Spoon lampu belakang LED
  • Suspensi – Mines
  • Brek – Kaliper Spoon, rotor Project Mu & pad brek Endless (depan), dram kustom (belakang)
  • Rim & Tayar – Volk Racing CE28 16-inci & Yokohama Advan Neova 205/45R-16
  • Dalaman – Komponen Civic EK9 Type R, stereng Momo Spoon, tuas gear K-Tuned, meter Defi, Pivot Speed Meter, pemasa enjin Apexi
  • Bengkel – GBR Kemaman

 

Previous Post

THE BEST OR NOTHING

Next Post

MINI NIGHT GATHERING PAHANG HONDA COMMUNITY 2019

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • October 2017
  • May 2017
  • March 2017
  • February 2017
  • January 2017
  • December 2016
  • November 2016
  • October 2016
  • September 2016
  • August 2016
  • July 2016
  • June 2016
  • May 2016
  • April 2016
  • March 2016
  • February 2016
  • January 2016
  • December 2015
  • November 2015
  • October 2015
  • September 2015
  • August 2015
  • July 2015
  • May 2015
  • January 2015
  • December 2014
  • November 2014
  • October 2014
  • September 2014
  • August 2014
  • July 2014
  • June 2014
  • May 2014
  • April 2014
  • March 2014
  • February 2014
  • January 2014
  • December 2013
  • November 2013
  • October 2013
  • August 2013
  • July 2013
  • June 2013
  • May 2013
  • April 2013
  • March 2013
  • January 2013
  • December 2012
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved