Bagi menghargai dan membantu para petugas barisan hadapan, Shell telah mengumumkan sokongan dan menghulurkan bantuan untuk bersama-sama memerangi wabak yang kian merebak dengan cepat di Malaysia. Shell menerusi siri inisiatif yang diusahakan untuk mengurangkan beban ini termasuk sumbangan barang-barang keperluan kepada petugas barisan hadapan. Antara barang keperluan yang diberikan termasuk pensanitasi tangan (hand sanitizer), air mineral, makanan dan minuman kepada petugas barisan hadapan perubatan di Hospital Sungai Buloh, Hospital Kuala Lumpur dan Hospital Raja Permaisuri Bainun di Ipoh.
Pihak Shell juga menyumbangkan barang-barang kepeluran lain untuk kegunaan komuniti dan para petugas barisan hadapan tempatan menerusi stesen-stesen minyak Shell yang beroperasi di seluruh negara. Sebahagian inisiatif yang disediakan adalah menyediakan barang-barang elektrik seperti lampu dan kipas yang dipasangkan dalam khemah-khemah sementara juga makanan serta minuman untuk pihak berkuasa tempatan.
Menurut Pengarah Urusan Shell Malaysia Trading Sdn Bhd dan Shell Timur Sdn Bhd berkata, sikap tolong menolong dan membantu di antara satu sama lain merupakan satu keperluan yang penting untuk seluruh rakyat Malaysia harungi serta hadapi ujian ini bersama-sama. Shell juga komited memastikan keselamatan komuniti di stesen-stesen operasinya dan melakukan apa sahaja demi membantu paa petugas barisan hadapan untuk melawan ancaman pandemik global ini.
Justeru itu, pihak Shell telah menyediakan beberapa pakej untuk men ghargai para petugas barisan hadapan dengan pemberian barang-barang keperluan ini seterusnya memberikan semangat kepada mereka yang sentiasa berani dan sanggup berkorban demi rakyat Malaysia seluruhnya.
Pihak Shell juga mempunyai para petugas barisan hadapan yang sentiasa turun padang setiap hari untuk memenuhi keperluan setiap pelanggan. Dalam masa yang sama, memastikan wira-wira negara dapat pergi ke tempat kerja untuk memastikan seluruh rakyat Malaysia selamat. Sebagai sebahagian dari para petugas barisan hadapan negara, Shell memberikan yang terbaik khususnya kepada mereka yang bertugas di bahagian hadapan. Pihak Shell juga memastikan semua pakej ini akan disalurkan kepada mereka sebagai tanda terima kasih.
Bagi makluman anda, stesen Shell juga meneruskan perkhidmatan dan sentiasa bersedia untuk membantu keperluan pelanggan. Selain pakej-pakej yang dinyatakan tadi, Shell juga bekerjasama dengan BonusLink melancarkan satu inisiatif yang membolehkan ahli-ahli BonusLink memberi sumbangan kepada para petugas barisan hadapan. Bermula 2 April lalu, ahli-ahli BonusLink boleh memberi sumbangan kepada petugas barisan hadapan dengan menyumbang sebanyak 100 mata (paling minimum) bersamaan dengan RM1 yang disalurkan terus kepada Tabung Covid-19 oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
Setiap RM1 ini akan disumbangkan sepanjang tempoh ini. Sumbangan boleh dibuat menerusi laman sesawang
www.bonuslink.com.my atau aplikasi BonusLink dari Google Play dan Appstore. Semua sumbangan untuk Tabung COVID-19 akan membantu Kementerian Kesihatan Malaysia membeli kelengkapan kesihatan, PPE dan pelbagai keperluan perubatan yang lain.
Shell menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia agar kekal tenang, duduk di rumah sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan ini dan mengamalkan gaya hidup yang bersih seperti disarankan Kementerian Kesihatan Malaysia. Bersama kita melandaikan puncak jangkitan. Untuk maklumat lanjut tentang inisiatif yang disediakan, layari www.shell.com.my