Kaki Kereta
Advertisement
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kaki Kereta
No Result
View All Result

IMAN G

Saiful by Saiful
18/01/2019
in MODIFIKASI, UTAMA

Ini antara model Perodua yang cukup liat nak jadi murah. Sampai naik uban janggut gua menunggu, tapi harga semasanya tetap keras cenggitu. Semuanya disebabkan ketiadaan model gantian yang setara, selain jumlah permintaan yang masih tinggi.

Bagus sangat ke? Benda ni agak subjektif. Selain kecik dan praktikal untuk kegunaan harian, Kelisa juga agak mesra ubahsuai dan boleh digayakan dalam pelbagai cara. Nak layan standard, klasik, moden, JDM semuanya ada. Itu belum kira pilihan enjin yang boleh digunakan. Nak rasa 200km/j atas highway pun mampu…

Iman antara yang masih tegar memperjuangkan kehebatan model ini. Asal pakai sendiri, kemudian jinak-jinak jadi runner. Lepas yakin dengan potensi diri, sesuatu yang dulunya suka-suka kini bertukar menjadi kerjaya sepenuh masa. Siap ada bengkel lagi. Ni namanya belia berwawasan!

Tarikan kereta ini terletak pada senarai aksesori yang digunakan. Biasalah main JDM. Hati kena kental, walaupun reganya memang merepek. Untuk luar, ia telah disarungkan dengan kit badan Mira Cuore, yang datang bersama skirt versi YMR. Bagi tujuan kelainan, bahagian sisi bumper depan kemudiannya ditebuk untuk menempatkan sepasang spotlight dari Cibie.

Lambakan aksesori krom Mira Cuore, nampaknya telah mendominasi setiap ruang pada kereta ini. Antaranya garnish pada pintu, signal sisi dan lampu belakang, lining bahagian sisi, hood, boot dan cermin depan, panel pilar B, gril depan, bingkai bonet, lampu fender, wiper PIAA, juga cermin sisi Ganador. Senarai aksesori lain terdiri daripada lampu depan projektor, eyelid, parking pole, sensor undur berlampu, rak bumbung, serta pemasangan unit sunroof Mini Cooper S. Baru belanjer!

Nak lagi belanjer, kesemua komponen utama bahagian dalam turut menerima salinan Mira Cuore. Cuma tempat duduk jer pakai set kulit Mira Gino, termasuk Recaro Njoy di bahagian pemandu. Ada juga sarung tempat duduk Mira Gino, stereng Momo tiptronic, panel dashboard marble, cermin belakang Tiffana, jam gold Deko, sarung payung Daihatsu, perehat tangan belakang, tirai cermin belakang, dan hanger belakang Daihatsu. Sementara gajet elektronik pulak terdiri daripada pewangi Solar Air Compo, penapis udara Smirky, meter Defi, pengawal boost Blitz, AFC Neo Apexi, RSM Apexi serta sistem audio lengkap jenama Kenwood.

Tarikan seterusnya tertumpu di bahagian enjin. Tudia, sampai seurat wayar pun tak jumpa. Memilih enjin K3-VET sebagai asas, ia telah dicantikkan semula sebelum dibenar masuk ke dalam perut kereta ini. Disertakan juga beberapa perubahan penting untuk peningkatan kuasa. Antaranya penggunaan unit turbo TD04L, wastegate Turbosmart 38mm, intercooler Apexi, paip intercooler kustom, serta injap pelepas HKS SSQV.

Boost yang terhasil seterusnya dibawa ke unit throttle body 3SZ-VE, yang melekat pada manifold kemasukan kustom. Bagi menggalakkan proses pembakaran, sistem bahan api dibantu pam petrol Evo III, set injektor 3SZ-VE, serta rel bahan api kustom. Sementara kuasa cucuhan pulak, datang dari koil 3SZ-VE dan kabel pencucuh BSI Performance, sebelum ditala menggunakan unit AFC Neo.

Sektor pengendalian menerima set suspensi jenama Greber. Mesia mari jer, tapi memiliki diameter yang jauh lebih besar berbanding standard. Rim pilihan pulak jenis SSR Type F, yang digabungkan bersama tayar Kumho bersaiz 165/50R-15. Memastikan kuasa hentian yang sempurna, sistem brek dilengkapi komponen brek milik Honda Odyssey untuk depan dan belakang.

Walaupun tak meriah macam Myvi, dunia modifikasi Kelisa tetap berada dalam kelas tersendiri. Saingan pun tak banyak. Hanya mereka yang tegar saja masih kekal bertahan, sekaligus memastikan kelangsungan model ini…

 

Previous Post

SWINDON LEGACY

Next Post

PATIN EVO

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • October 2017
  • May 2017
  • March 2017
  • February 2017
  • January 2017
  • December 2016
  • November 2016
  • October 2016
  • September 2016
  • August 2016
  • July 2016
  • June 2016
  • May 2016
  • April 2016
  • March 2016
  • February 2016
  • January 2016
  • December 2015
  • November 2015
  • October 2015
  • September 2015
  • August 2015
  • July 2015
  • May 2015
  • January 2015
  • December 2014
  • November 2014
  • October 2014
  • September 2014
  • August 2014
  • July 2014
  • June 2014
  • May 2014
  • April 2014
  • March 2014
  • February 2014
  • January 2014
  • December 2013
  • November 2013
  • October 2013
  • August 2013
  • July 2013
  • June 2013
  • May 2013
  • April 2013
  • March 2013
  • January 2013
  • December 2012
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved