Unit kereta terpakai terhad dengan perakuan sah Hyundai kini boleh didapati pada tawaran istimewa hujung minggu ini yang bermula dari 17 hingga 19 September ini menerusi Hyundai Promise, Hyundai-Sime Darby Motors (HSDM). Program kereta terpakai yang disahkan ini menawarkan perniagaan tukar beli (trade in) dan pembelian kenderaan Hyundai dengan cara yang lebih mudah.
Unit-unit kenderaan terhad ini termasuk Elantra, Santa Fe, Grand Starex, Sonata dan Kona yang boleh dilihat dan juga dipandu uji di Sime Darby Auto Hyundai, Ara Damansara dari pukul 9:00 pagi sehingga 6:00 petang bermula hari ini sehingga Ahad.
Menurut Pengarah Urusan HSDM, Low Yuan Lung, syarikat menyasarkan untuk menjadikan pemilikan kereta lebih mudah samada ia kereta terpakai mahupun kereta baharu. Pembelian model Hyundai menerusi Hyundai Promise seperti memandu kenderaan berkualiti tinggi pada harga kenderaan terpakai. Pemeriksaan yang ketat dan teliti akan dilakukan oleh juruteknik terlatih untuk memastikan semua bahagian elektrik dan mekanikal berada dalam keadaan paling optima sebelum disahkan dan diberi kelulusan.
Kenderaan-kenderaan ini juga bebas dari kemalangan major dan diperbaiki mengikut keadaan asal bagi memberikan ketenangan kepada pelanggan Hyundai selepas selepas urusan pembelian. Semua kenderaan yang telah disahkan dan dilulushan didatangkan pula dengan waranti lanjutan di antara dua ke lima tahun bergantung kepada usia kenderaan dan juga perbatuan yang dicatatkan.
Selain itu, kesemua kenderaan terpakai dilindungi oleh waranti pengeluar dan wakil pengedar juga servis bantuan atas jalan selama 24 jam. Manakala untuk kereta baharu didatangkan dengan pakej promosi dan pembiayaan mudah. Antara kelebihan yang diberikan menerusi tawaran ini;
– pembiayaan yang bermula dari RM958 setiap bulan.
– waranti 5 tahun / 300,000 km dan pakej servis percuma 3 tahun /50,000 km.
– kakitangan kerajaan menerima pakej promosi bernilai RM 7,900.
– hadiah instimewa sekiranya anda memandu uji sebuah kenderaan Hyundai dan menerima satu lagi hadiah sekiranya menempah sebuah kenderaan Hyundai baharu.
Untuk maklumat lanjut, layari laman sesawang www.hyundai.com.my atau halaman Facebook rasmi Hyundai Malaysia.