Kaki Kereta
Advertisement
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kaki Kereta
No Result
View All Result

Hyundai Perkenal Robot Sebagai Khidmat Pelanggan

hpmedia webadmin by hpmedia webadmin
26/01/2021
in BULETIN, UTAMA

Baru-baru ini Hyundai Motor Group telah melancarkan robot khidmat pelanggan yang diberi nama sebagai “DAL-e”, sebuah ciptaan mesin terkini yang berkemampuan untuk berkomunikasi dengan manusia menggunakan kebolehan mengenal secara tepat dan juga fungsi mobiliti.

DAL-e adalah akronim untuk “Drive you, Assist you, Link with you-experience.” Robot ini dilengkapi dengan teknologi pengecaman wajah dan juga sistem komunikasi berdasarkan platform pemahaman bahasa. Ianya direka untuk membawakan masa hadapan dalam perkhidmatan pelanggan, sangat sesuai seperti keadaan sekarang yang memerlukan pengurangan sentuhan fizikal apabila melaksanakan tugas harian.

Berukuran 1,160x600x600 mm dengan berat 80kg (176 lbs), DAL-e diperkenalkan di bilik pameran Hyundai di selatan Seoul. Robot ini mengikut arahan dengan tepat dan dijangka bakal digunakan untuk beberapa bidang industri lain yang memerlukan interaksi antara pelanggan seperti bilik pameran di bawah Hyundai Motor Group. Dengan bentuk badan seolah manusia, DAL-e lebih ringan dan kompak berbanding robot khidmat pelanggan lain yang ada di pasaran.

DAL-e turut dilengkapi dengan ciri-ciri emosi, mesra pengguna dan interaksi lebih semula jadi dengan pelanggan. Sekiranya pelanggan tidak memakai pelitup muka, robot ini akan datang hampir dan menasihati agar memakai pelitup muka. Dari sudut kemampuan komunikasi, DAL-e boleh berbual dengan pelanggan dengan memberikan informasi tentang produk dan servis serta bertindak balas kepada sentuhan skrin juga arahan lisan.

Dari segi mobiliti, robot ini boleh bergerak dengan bebas dan menemani pelanggan ke bahagian yang telah ditandakan. Lebih menarik lagi, ia boleh menghiburkan para pelanggan menerusi sambungan tanpa wayar kepada skrin pemapar, pelawat boleh mengambil gambar bersamanya dan memberikan gerak balas menerusi tangan yang boleh digerakkan.

Bertempat di dewan pameran di mana ia diperkenalkan, DAL-e dilaporkan telah banyak membantu melancarkan kerja-kerja staf dengan menghulurkan bantuan kepada para pelanggan, khususnya yang enggan dibantu oleh manusia kerana takut pandemik terutamanya di waktu sibuk seperti hujung minggu. Hyundai Motor Group bercadang untuk terus mengemaskini DAL-e berdasarkan data dari ‘pilot operation’ untuk melihat kemampuan robot itu.

Sumber : Carscoops

Previous Post

Bukan Untuk Kereta Klasik Tapi EV?

Next Post

Setiap Mustang Ada Peminat Tersendiri Dan Kereta Ini Sesuai Untuk Direstorasi!

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • October 2017
  • May 2017
  • March 2017
  • February 2017
  • January 2017
  • December 2016
  • November 2016
  • October 2016
  • September 2016
  • August 2016
  • July 2016
  • June 2016
  • May 2016
  • April 2016
  • March 2016
  • February 2016
  • January 2016
  • December 2015
  • November 2015
  • October 2015
  • September 2015
  • August 2015
  • July 2015
  • May 2015
  • January 2015
  • December 2014
  • November 2014
  • October 2014
  • September 2014
  • August 2014
  • July 2014
  • June 2014
  • May 2014
  • April 2014
  • March 2014
  • February 2014
  • January 2014
  • December 2013
  • November 2013
  • October 2013
  • August 2013
  • July 2013
  • June 2013
  • May 2013
  • April 2013
  • March 2013
  • January 2013
  • December 2012
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved