Baru-baru ini, Ford dilaporkan telah membuat permohonan trademark untuk nama Thunderbird, nama yang sama pernah digunakan oleh syarikat ini. Permohonan Trademark ini telah difailkan dengan United States Patent And Trademark Office pada 13 Januari 2021 untuk kenderaan yang dinamakan sebagai kenderaan motor konsep; kenderaan motor 4 pacuan.
Bagi makluman, nama ini pertama kali digunakan pada tahun 1955 untuk sebuah kereta 2 tempat duduk, bersaiz kecil dengan motor yang besar dan ada yang menggunakannya di litar lumba. Kereta ini dikeluarkan dari tahun 1955 sehingga 1997, Thunderbird direhatkan sebentar sebelum kembali sebagai roadster retro dari tahun 2002 sehingga 2005. Namun, apa yang bakal datang tidak lama lagi masih lagi menjadi tanda tanya.
Menurut temubual terbaru Pengarah jenama global Ford untuk bateri kenderaan elektrik, Jason Castriota ada memberitahu bahawa Blue Oval mahukan nama-nama dari masa lalu untuk digunakan pada kereta elektrik. Bercakap tentang Mustang Mach-E, Castriota berkata kejayaan nama itu mungkin membuatkan Ford menggunakan nama kereta-kereta lama di masa akan datang.
Tidak dinafikan EV menjadi pilihan masa kini dan pastinya tidak menjadi masalah kepada peminat kereta-kereta klasik sekiranya menggunakan nama di masa lampu untuk kereta EV. Adakah Thunderbird salah satu darinya?
Sumber : Carscoops