Kaki Kereta
Advertisement
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kaki Kereta
No Result
View All Result

Honda S2000 Anda mahu roadster moden?

hpmedia webadmin by hpmedia webadmin
27/12/2012
in MODIFIKASI, UTAMA

Honda S2000, kereta ini bolah dikatakan tidak popular langsung di Malaysia. Saya tak pasti kenapa taikun grey import tidak berminat sangat membawa masuk casis ini. Mungkin sebab harganya mahal di Jepun? Atau susah nak dapat? Atau mungkin susah dijual berbanding Integra DC5? Atau mungkin bilangan peminatnya terlalu kecil?

Jika anda berminat dengan sebuah roadster di hujung minggu dengan harga yang tidak membuatkan makanan tercekik di leher seperti Z4, Miata Baru, SLK CLK atau E92 coupe, maka ini adalah DNA pilihan paling hampir. Honda S2000 ini menawarkan sesuatu yang hampir mutlak pada karekteristik roadster. Banyak orang berpendapat roadster bukanlah sebuah kenderaan yang anda ingin pandu dalam cuaca tropika seperti Malaysia. Tapi jika wang bukan masalah dan anda sudah miliki sedan dan MPV, S2000 adalah calon yang boleh disenaraikan dalam garaj parking.

Kereta ini ibarat BMW Z4 untuk Jepun. Bila pertama kali diperkenalkan di Amerika pada awal 2000, ia pantas menjadi kereta sport buruan di sana. Harganya separuh dari rangkaian roadster Barat dan enjin F20C 2000cc itu bukan sahaja amat ekonomikal dalam istilah sebuah kereta sports, malah ianya cukup berkuasa dalam kategorinya.

Dari segi prestasi, kereta ini mampu menghasilkan 250pos dalam keadaan asal, untuk sebuah enjin 2.0 liter dalam terminologi automotif, kuasa ini sangat bagus untuk sebuah casis dengan 1300kg sahaja. Kuasa untuk berat per liternya adalah yang paling tinggi pernah dikeluarkan untuk kereta aspirasi biasa, malah di kalangan kereta Honda sendiri, S2000 tetap dianggap kejuruteraan ajaib. Pada output 123 kuasa kuda pada setiap liter, ia lebih tinggi dari lagenda B16B yang menghasilkan 115hp seliter. Lebih bagus lagi, kereta ini dipacu roda belakang dan satu-satunya kereta pacuan belakang Honda ialah NSX.

Keunikan kereta ini terletak pada rekabentuk 2 tempat duduk roadster yang dibina Honda untuk pasaran Amerika. Model pertama generasi AP1 ini datang dengan sistem transmisi manual enam kelajuan. Bumbungnya boleh dibuka dengan satu sentuhan kawalan elektrik. Walaupun kereta ini dilihat sebagai market niche dengan pacuan roda belakang, sebenarnya corak pemanduan kereta ini sama sahaja seperti kereta Honda yang lain. Posisi tempat duduk dan mobinliti keluar-masuknya lebih mudah daripada sebuah Lotus Elise.

Seperti biasa, membeli kereta ini perlukan pemeriksaan rapi. Memandangkan bilangannya tidak banyak, jadi anda tidak punya pilihan yang pelbagai. Jika melihatnya untuk dijual, bawalah sekali mekanik yang arif untuk memeriksa casis dan juga enjinnya. Jangan bimbang, jika setakat cairan minyak menitik di enjin yang tidak kritikal, ia adalah keadaan normal untuk enjin dengan binaan blok aluminium begini. Pastikan casisnya bagus dan bukan kereta yang kerap dipandu di litar. Alat-gantinya, walaupun tidak semudah Civic atau Stream, ia masih boleh ditempah di beberapa pengedar alat ganti Honda di Lembah Kelang.

Jadi berapakah harga kereta ini di pasaran terpakai?

Baiklah. Ia bukan tentang harga semata-mata, ia tentang kewujudannya. Entah apa sebabnya, pengimport kenderaan terpakai kurang membawa masuk model ini. Jadi untuk melihatnya dijual di kedai terpakai seperti sebuah Estima adalah mustahil. Sama susahnya mencari NSX. Harga pasarannya boleh diperolehi sekitar RM130,000 hingga RM150,000 bergantung kepada keadaan dan modifikasi.

Sumber : Mekanika
Website :https://www.mekanika.com.my/
Facebook :https://www.facebook.com/MekanikaMalaysia/
Instagram :https://www.instagram.com/mekanika.malaysia/?hl=en
Youtube :https://www.youtube.com/channel/UCW_a5QtfMwZ5gNBhgXBdscQ

 

Previous Post

Kelisa Gino

Next Post

Mantera A

CAPAIAN

  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • October 2017
  • May 2017
  • March 2017
  • February 2017
  • January 2017
  • December 2016
  • November 2016
  • October 2016
  • September 2016
  • August 2016
  • July 2016
  • June 2016
  • May 2016
  • April 2016
  • March 2016
  • February 2016
  • January 2016
  • December 2015
  • November 2015
  • October 2015
  • September 2015
  • August 2015
  • July 2015
  • May 2015
  • January 2015
  • December 2014
  • November 2014
  • October 2014
  • September 2014
  • August 2014
  • July 2014
  • June 2014
  • May 2014
  • April 2014
  • March 2014
  • February 2014
  • January 2014
  • December 2013
  • November 2013
  • October 2013
  • August 2013
  • July 2013
  • June 2013
  • May 2013
  • April 2013
  • March 2013
  • January 2013
  • December 2012
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved