Honda Malaysia mengumumkan hala bisnes yang strategik untuk tahun 2022 dan menyasarkan jualan sebanyak 80,000 unit. Sasaran jualan ini berdasarkan ramalan syarikat TIV (Total Industry Volume) daripada 600,000 unit.
Berusaha untuk melakukan perubahan dalam industri automotif, Honda Malaysia yakin untuk mencapai sasaran ini menerusi strategi 2022 dengan mengambilkira pelancaran dua model akan datang sekali gus memperkasakan servis selepas jualan.
Menurut Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif, cik Madoka Chujo berkata, “Tahun 2022 ini dimulakan dengan momentum yang kukuh yang diperolehi daripada pelancaran All-New City Hatchback pada Disember lalu. Model ini telah menaikkan tanda aras segmen B-hatchback, menawarkan teknologi terkini e:HEV, Honda SENSING dan Honda CONNECT.”
Permulaan yang cemerlang ini diteruskan dengan pelancaran All-New Civic pada bulan lepas. Honda Malaysia sekali lagi telah menetapkan tanda aras baru untuk segmen-C dengan menawarkan VTEC Turbocharged dan Honda SENSING sebagai ciri-ciri standard untuk semua varian. Interior dan eksterior untuk model-model ini seterusnya menyempurnakan lagi pakej secara keseluruhannya, menjadikan ia sebagai model paling atas dalam segmen-C.
Sejak model-model ini dilancarkan, Honda Malaysia menerima momentum jualan yang cukup bagus walaupun terpaksa berhadapan dengan pelbagai masalah seperti gelombang kedua Covid-19, kekurangan bekalan cip global dan juga kejadian banjir tempoh hari.”
Di kesempatan ini, beliau turut meluahkan rasa syukurnya kepada para pelanggan Honda dan kerajaan Malaysia yang membantu dan memberikan sokongan kepada Honda Malaysia. Selain itu, Honda Malaysia berbesar hati untuk memaklumkan bakal melancarkan dua lagi model terbaharu pada tahun ini.
Bukan itu sahaja, Honda Malaysia menawarkan satu lagi tawaran terbaharu untuk para pelanggan dengan memperkembangkan barisan model terbaharu dengan Next Generation Advanced Technology seperti VTEC Turbocharged, Honda SENSING dan Honda CONNECT.
Pada tahun ini juga, Honda Malaysia memberikan tumpuan utama terhadap servis selepas jualan dengan memberikan beberapa kemudahan untuk kepuasan para pelanggan dengan menyediakan servis aplikasi mobil yang menawarkan beberapa lagi pilihan. Kini, para pelanggan boleh mendapatkan servis selepas jualan hanya di hujung jari dengan membuat temu janji menerusi aplikasi HondaTouch. Pasukan mobil Honda Malaysia akan memberikan servis berdasarkan lokasi-lokasi seperti yang dimahukan para pelanggan.
Honda Malaysia juga mendapat pencapaian yang cemerlang apabila berjaya mengekalkan posisi sebagai No 1, segmen kenderaan penumpang bukan nasional (Non-National Passenger Vehicle) untuk lapan tahun berturut-turut sejak tahun 2014. Honda Malaysia juga terus meningkatkan lagi cabaran serta merekodkan jualan terbaik iaitu 53,031 unit walaupun berdepan di saat-saat genting, menyumbangkan sebanyak 10.4% syer di pasaran untuk TIV.
Wilayah sentral menjadi penyumbang terbesar pada tahun 2021 dengan mencatatkan jualan sebanyak 25,000 unit, diikuti wilayah selatan dan utara masing-masing mencatatkan jualan sebanyak 9,800 dan 9,100 units. Manakala model yang paling laris ialah City, HR-V dan CR-V yang menyumbangkan sebanyak 36%, 21% dan 14% dari keseluruhan unit yang dijual. Honda Malaysia sangat optimistik bahawa 2022 bakal menjadi tahun yang kompetitif untuk industri. Dalam masa yang sama, Honda Malaysia yakin sasaran dapat dicapai untuk tahun 2022.
Pada majlis penghargaan media dan juga jamuan makan malam Tahun Baharu Cina Honda, sebahagian besar pengamal media telah turut hadir dan memeriahkan lagi suasana. Pelbagai aktiviti disediakan termasuk sesi “Lou Sang” dan juga persembahan tarian singa. Majlis dihangatkan lagi dengan sesi cabutan bertuah dan para pengamal media yang bertuah telah membawa pulang hadiah lumayan.