Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) hari ini melancarkan Golf R serba baharu yang merupakan model utama, sekali gus melengkapkan lagi penawaran keluarga Golf serba baharu di Malaysia. Sebagai sebuah hatchback berprestasi tinggi, Golf R telah mencipta dan memecahkan banyak rekod di seluruh dunia. Tarikannya di atas jalan raya dan litar cukup kuat kerana ia merupakan salah sebuah model yang paling serba boleh di pasaran. Ini menjelaskan kenapa lebih daripada 250,000 unit Golf R telah dihasilkan dan dijual di seluruh dunia.
Golf R serba baharu menyerlah kerana ia jauh lebih berprestasi berbanding model-model terdahulu dan ia merupakan model R yang paling berkuasa setakat ini. Menawarkan kuasa mencecah 320PS dan tork 400Nm daripada enjin turbo 2.0TSI terkini yang dipadankan bersama kotak gear DSG 7-kelajuan, ia sememangnya menjanjikan prestasi hebat buat mereka yang mahukan terbaik.
Prestasi pemanduan dibawa ke satu tahap baharu menerusi sistem pacuan semua roda 4MOTION dengan ciri Performance Torque Vectoring. Sistem pintar dan inovatif ini membolehkan kuasa diagihkan bukan sahaja di antara gandar hadapan dan belakang, malah secara selektif di antara roda belakang. Ini secara langsung dapat meningkatkan kelincahan R dengan signifikan, terutama ketika mengambil selekoh. Ia menjadi model pertama Volkswagen yang dipasang dengan sistem ini.
Sistem Vehicle Dynamics Manager (pengurusan dinamik kenderaan) pada R diintegrasikan dengan sistem-sistem lain seperti electronic differential locks (XDS), dynamic chassis control (DCC) dan stereng yang progresif untuk memberikan cengkaman optimum serta pengendalian terbaik dengan tahap ketepatan luar biasa.
Prestij model R dapat dilihat pada ruang dalamannya melalui penawaran ciri premium iaitu sistem audio Harman Kardon bersama 10 unit pembesar suara. Sistem berkenaan menawarkan kualiti akustik yang terbaik untuk pengalaman audio yang mengasyikkan.
Pengarah Urusan VPCM, Erik Winter yakin bahawa kehadiran Golf R serba baharu ini akan memberi impak. “Golf R ialah permata pada mahkota Volkswagen. Generasi kelapan R melangkaui had yang boleh dilakukan pada sebuah Golf. Kami berbesar hati untuk memperkenalkan model luar biasa ini di sini dan yakin ia akan dapat melepasi apa jua ekspektasi.”
Jentera ini hadir dalam tiga warna iaitu warna signatur Lapiz Blue (biru), serta Deep Black (hitam) dan Pure White (putih).
Golf R serba baharu adalah model import dan ditawarkan pada harga RM356,412.85 (tanpa cukai jualan). Ia hadir bersama penyelenggaraan percuma selama tiga tahun, selain jaminan tanpa had perbatuan dan bantuan tepi jalan selama lima tahun.
Unit adalah terhad, jadi buat tempahan di mana-mana pengedar sah Volkswagen di seluruh negara atau di https://eshowroom.volkswagen.com.my/.
Luaran R
Reka bentuk Golf R serba baharu yang sporty menyembunyikan prestasi sebenarnya. Selain emblem R, karekteristik R yang lain menjadikannya lebih tersendiri. Antaranya rekaan bampar dan corong pengambilan udara, peresap udara yang baharu yang dipadankan bersama sepasang ekzos pada bahagian kiri dan kanannya. Rim aloi Adelaide bersaiz 19 inci melengkapkan lagi profil rugged hot hatch ini.
Warna biru yang menjadi signatur pada model R diserlahkan pada angkup brek dan jalur berwarna biru pada bahagian hadapan jentera ini. Iluminasi jalur lampu juga merupakan satu signatur Volkswagen. Satu lagi ciri unik ialah pancaran logo R apabila pintu pemandu dibuka dan ditutup.
Dalaman R
Ruang dalaman mencetuskan elemen sporty dan mewah melalui kemasan khas R dalam bentuk Carbon Grey. Ia juga mempunyai tempat duduk hadapan sports premium yang dibalut kulit Nappa dan logo R pada perehat kepala. Ia dilengkapkan lagi dengan ciri kawalan suhu aktif. Pemandu juga boleh mengubah suai posisi tempat duduk dan sokongan lumbar secara elektrik.
Inovasi-inovasi lain hadir dalam bentuk stereng sports pelbagai fungsi di mana ia mempunyai butang R dengan lampu latar berwarna biru yang mengaktifkan mode ‘Race’ secara serta-merta apabila ditekan. Satu lagi ciri istimewa ialah paddle shifter yang lebih besar untuk pengalaman menukar gear dengan lebih baik.
R-View
Kokpit Digital bersaiz 10 inci termaju hadir bersama pelbagai bentuk ubah suai, termasuklah R-View yang direka secara eksklusif dan hanya ada pada model ini. Paparan auxiliary yang ada padanya pasti disukai oleh peminat sukan bermotor kerana ia menawarkan data-data seperti output, kuasa, agihan tork, tekanan caj, lap timer dan G-meter yang boleh dilihat pada masa sebenar.
Ketersambungan dan Keselesaan R
Sistem Infotainment Digital bersaiz 10” menawarkan ketersambungan mudah dengan navigasi binaan dalam, serta ciri Apple CarPlay dan Android Auto tanpa wayar. Terdapat 30 pilihan warna lampu ambien dan pendingin hawa 3-zon Climatronic untuk memberi keselesaan maksimum.
Keselamatan R
Golf-R dilegkapi ciri keselamatan utama seperti enam beg udara, bantuan sisi dengan amaran lintasan trafik belakang, kamera undur, sistem brek pasca pelanggaran automatik, sistem amaran pemandu, Kawalan Kestabilan Elektronik (ESC), Sistem Maklum Balas Kemalangan Pintar (ICRS), Brek Parkir Elektronik (EPB), sistem penggera anti-kecurian, sistem perlindungan penumpang proaktif dan banyak lagi.