Setelah lebih setahun dunia permotoran kesuraman akibat Perintah Kawalan Pergerakan untuk menyekat penyebaran pandemik covid-19, akhirnya kerajaan telah mengumumkan kelonggaran dan membenarkan aktiviti sukan dan rekreasi di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).
Sehubungan itu, sebuah program meraikan Honda Malaysia 1 Million Milestones Grand Finale telah dianjurkan pada 27 Mac lalu yang diadakan di tempat letak kereta (Car Park C) di Stadium Bukit Jalil. Sebanyak 100 buah kereta Honda Jazz pelbagai varian telah menyertai program ini di mana kebanyakan pemilik Jazz datang dari Lembah Klang memandangkan rentas negeri masih belum dibenarkan.
Pelbagai aktiviti telah diadakan termasuk Fun Fair Park, Pandu Uji (beberapa model kereta Honda), Pencarian Harta Karun dan setiap penyertaan yang lengkap boleh menebus hadiah serta berpeluang menyertai acara Cabutan Bertuah. Program ini turut dimeriahkan lagi dengan food truck, gerap pameran gambar, cetakan t-shirt kustom dan banyak lagi.
Selain itu, para pemilik Honda Jazz yang hadir turut diberikan pelbagai door-gift menarik seperti baucer makanan serta Cabutan Bertuah dari Shopee sebanyak 5000 coins, 10000 coins dan 15000 coins. Bukan itu sahaja, para pemilik Honda yang hadir turut berpeluang melihat model Honda 1 Million Edition secara eksklusif dengan lebih dekat.