Kejadian ini berlaku di Amerika Syarikat. Sekiranya anda tinggal di sana, sedan mampu milik dan mudah diperolehi adalah Honda Civic yang harganya bermula dari $21,050 (RM85,472.35). Namun begitu, ada sebuah kereta yang harganya lebih dari itu. Kereta yang dimaksudkan ialah Honda Civic Si keluaran tahun 1999 yang diwarnakan dengan Elekctron Blue dan dibeli oleh salah seorang penjual pada bulan April tahun 2018 pada harga $24,027 (RM97,556.15).
Sejak dari itu, harga kereta-kereta Honda dari lewat tahun 1990an dan awal tahun 2000 telah melonjak naik. Sukar untuk dipercayai tetapi semasa artikel ini ditulis, nilai bidaan untuk kereta ini telah pun melebihi RM146,168.10!
Menurut laporan lelongan Bring A Trailer, kereta ini dijual dengan dokumentasi pembelian asli, pelitup kereta Honda, manual, 2 kunci, rekod servis, laporan Carfax tanpa kemalangan dan juga surat hak milik bersih di atas nama penjual. Ia juga dipanggil semula untuk pengembung beg udara.
Apa yang lebih menarik lagi, kereta ini masih lagi mengekalkan rim aloi 15 inci dengan tayar Michelin XGT V4 termasuk disk brek di ke semua 4 penjuru. Memandangkan ia model Si, ia juga mempunyai strut tower brace di bahagian depan dan juga suspensi. Bahagian dalamnya pula, fabrik kelabu gelap dengan sisipan bercorak pada kerusi yang sepadan dengan dashboard. Bahagian odometer pula mendedahkan yang kereta ini dipandu sejauh 12,000 batu (19,300km) yang hanya ditambah sejauh 140 batu oleh pemiliknya yang sempat menggunakannya untuk lebih dua tahun.
Sumber – Carscoops