Volkswagen telah mula menerima tempahan untuk Golf R baharu di United Kingdom di mana harga untuk varian tertinggi kereta kompak ini berharga sekitar £39,270 (RM214,825.72) kereta-atas-jalan. MSRP menjadikan harganya lebih mahal berbanding tawaran model premium dari Mercedes-AMG, Audi Sport dan BMW M seperti A35, S3 Sportback dan M135i. Harga Mercedes bermula pada £38,825(RM212,439.58), manakala Audi dan BMW masing-masing bermula dari harga £38,475 (RM210,530.80) dan £37,685 (RM206,208.01).
Golf R 2021 ini menampilkan bespoke body kit, roof spoiler, paip ekzos quad dan rim aloi 18 inci, tempat duduk dengan uphosteri hitam/biru dengan ArtVelours untuk kawasan luarnya, pemanas stereng, butang R dan pedal dilebarkan yang didatangkan sebagai standard. Kelengkapan pilihan pula termasuk sunroof panaromik, sistem ekzos Akrapovic, sistem audio premium Harman/Kardon, serta pakej R-Performance berharga £2,000 (RM10,944.04).
Selain itu, pakej ini didatangkan dengan tayar 19-inci, spoiler belakang, dua mode pemanduan baharu iaitu Drift dan Special di mana mode Drift untuk drift dan Special pula untuk menangani litar lumba Nurburgring dan meningkatkan top speed sehingga 168mph (270 km/j).
Manakala kuasanya diperoleh dari 2.0 liter pengecas turbo empat-silinder yang memberikan 315hp (320 PS/235kW) dan tork 310 lb-ft (420Nm). Ia berfungsi bersama transmisi automatik DSG 7-kelajuan dan sistem 4WD 4Motion dengan Torque Vectoring yang membenarkan ia mencapai sehingga 62mph (100 km/j) dalam masa 4.7 saat dan mencecah had secara elekrik 155mph (250km/j) top speed.
Sumber : Mekanika