Kaki Kereta
Advertisement
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kaki Kereta
No Result
View All Result

HONDA CIVIC EK9 TYPE-R CONVERT

hpmedia webadmin by hpmedia webadmin
26/12/2014
in MODIFIKASI, UTAMA

Ronda punya ronda di Pulau Pinang, kami akhirnya berjumpa dengan Honda Civic putih ini.

Memang terbaik sebab gaya modifikasinya mengikut selera JDM 100 peratus. Sekali pandang, memang saling tak tumpah macam model original EK9 Type-R, tapi rupa-rupanya convert. Tapi tak apa, sebab convert dia cukup sempurna.

Pemiliknya, Un Chee Wei memang seorang penggemar jentera Honda. Walaupun kos ubah suai Honda di Malaysia dah boleh kata sama mahal macam nak modified Skyline, tapi untuk peminatnya, tak jadi hal.

Memulakan riwayat sebagai Civic EK3 spesifikasi Jepun dengan enjin 1,500cc, sedikit demi sedikit Civic ini mula bertukar menjadi model Type-R yang digilai ramai. Enjin ialah satu perkara yang wajib diganti. Sebab tanpa abjad “DOHC VTEC” pada penutup kepala silinder, maka Honda anda tak cukup sifat.

Kalau nak guna enjin VTEC paling champion tapi tak nak bayar cukai jalan mahal, beli sahaja half-cut Civic EK9 Type-R yang datang dengan enjin B16B 1,600cc. Walaupun sesarannya kecik, kuasa kuda maksimanya mak datuk! 180hp tuuu… Dah macam enjin turbo!

Mungkin sebab itu Un memilih enjin B16B untuk Civic dia. Satu lagi yang best pasal enjin ini, semua aksesori yang datang dengan enjin ini boleh disalin masuk ke kereta tanpa sebarang modifikasi. Enjin B16B ini tak banyak diusik dari segi mekanikal, tapi lebih kepada aksesori jenis bolt-on.

Pertama, penapis udara asal asal ditukar dengan penapis udara jenis pod terbuka HKS yang melekat pada ram pipe gentian karbon. Fuel rail dan pelaras bahan api AEM pula dipasang bagi memberi laluan petrol yang lebih lancar kepada enjin. Ngauman enjin VTEC ini terhasil melalui sistem ekzos lengkap daripada Toda Racing yang bermula dari manifold ekzos, paip tengah dan peredam bunyi jenis saluran terus.

Satu lagi perkara wajib dengan budak-budak VTEC zaman sekarang ialah wire tuck. Tengok ruang enjin Civic ini, mana ada nampak wayar. Tapi saya pelik sebab penutup kepala silinder diganti dengan penutup B16A berwarna hitam. Agaknya dia fobia dengan warna merah kot? Untuk membantu talaan semula enjin ini, ECU asal diganti dengan sistem ECU boleh program semula daripada Hondata.

Kotak gear Type-R yang lengkap dengan sistem LSD jenis helical ini tak banyak diusik, cuma klac asal diganti dengan klac perlumbaan Ogura Racing. Untuk bab pengendalian, Un dah ganti semua penyerap hentak asal Civic ini dengan penyerap hentak Ohlins yang boleh dilaras sepenuhnya. Strut bar OEM Civic Type-R dipasang pada bahagian atas strut hadapan bagi mengukuhkan lagi bahagian tersebut.

Kereta yang boleh memecut dari 0-100km/j dalam masa kurang 8 saat ini memerlukan sistem brek yang terbaik. Jadi, Un menyalin sistem brek daripada Civic EK9 secara lengkap kepada keretanya.

Umum tahu bahawa brek EK9 menggunakan 5 lug nut, maka Un terpaksalah mencari rim yang baru. Dengan alasan untuk menukar rim yang cukup kukuh, Un mendapatkan satu set rim Spoon SW388 berdiameter 15 inci yang cukup terkenal dengan keringanannya. Rim yang dibuat dari campuran alloy magnesium itu kemudian dibalut dengan tayar Yokohama AD08 bersaiz 195/55/15.

Macam saya bagitahu awal-awal tadi, Civic ini ialah contoh modifikasi gaya JDM yang sejati. Tidak ada bodykit yang mengarut atau lowered melampau. Tetapi lebih kepada gaya praktikal yang boleh digunakan sehari-hari tanpa menarik terlalu banyak perhatian.

Kereta ini cuma dibekalkan dengan kit panel badan depan EK9 spec tahun 1999, bersama bonet belakang asli EK9 yang datang tanpa wiper belakang. Rim Spoon yang berwarna hitam itu senada dengan warna bonet depan. Manakala cermin sisi diperbuat daripada gentian karbon.

Tengok ke bahagian dalam, Civic ini menggunakan papan pemuka asli EK9 yang dikacuk dengan meter digital daripada Honda S2000. Tempat duduk pemandu daripada Sparco Prodrive. Stereng EK9 yang patutnya dibekalkan oleh Momo pun dah ditukar dengan stereng sports daripada Spoon.

Walaupun Honda Civic macam ini bukanlah kereta yang paling laju atau mewah di atas jalanraya, namun daya tarikannya terletak pada keseronokan memandu. Fun factor itu mungkin kurang dirasai kalau kita pandu kereta yang segala-galanya dikawal oleh komputer dan elektronik.

Sumber : Mekanika
Website :https://www.mekanika.com.my/
Facebook :https://www.facebook.com/MekanikaMalaysia/
Instagram :https://www.instagram.com/mekanika.malaysia/?hl=en
Youtube :https://www.youtube.com/channel/UCW_a5QtfMwZ5gNBhgXBdscQ

Previous Post

MITSUBISHI EVO 7 CT9A

Next Post

RESEPI GRAND TOURING – TOYOTA SOARER

CAPAIAN

  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • October 2017
  • May 2017
  • March 2017
  • February 2017
  • January 2017
  • December 2016
  • November 2016
  • October 2016
  • September 2016
  • August 2016
  • July 2016
  • June 2016
  • May 2016
  • April 2016
  • March 2016
  • February 2016
  • January 2016
  • December 2015
  • November 2015
  • October 2015
  • September 2015
  • August 2015
  • July 2015
  • May 2015
  • January 2015
  • December 2014
  • November 2014
  • October 2014
  • September 2014
  • August 2014
  • July 2014
  • June 2014
  • May 2014
  • April 2014
  • March 2014
  • February 2014
  • January 2014
  • December 2013
  • November 2013
  • October 2013
  • August 2013
  • July 2013
  • June 2013
  • May 2013
  • April 2013
  • March 2013
  • January 2013
  • December 2012
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved