Budak Kereta Geng Kita (BKGK), yang diketuai oleh saudara Nik Tajul, telah menutup tahun 2024 dengan acara final mereka yang gilang-gemilang di RTC Gopeng pada 29 Disember 2024. Acara bermula seawal jam 8 pagi hingga 10 malam, menyaksikan sambutan luar biasa daripada komuniti permotoran seluruh Malaysia.
Acara ini menampilkan 130 kategori untuk autoshow dan audio, manakala kategori lori dan towing melibatkan 25 kategori. Selain itu, kategori istimewa “Best of the Best BKGK” merangkumi sebanyak 45 kategori, memberikan persaingan sengit dalam kalangan peserta. Tidak kurang menariknya, sebanyak 1,200 piala disediakan untuk semua kategori yang dipertandingkan.
Aktiviti sampingan turut mencuri perhatian ramai, termasuk Taxi Manjung Drift, Limbo Stance, Split Fire, Pop n Bang, serta acara kreatif seperti pertandingan melukis untuk kanak-kanak dan pertandingan pakaian beragam “Isteri Makeup Suami.” Kehadiran lebih 1,500 kenderaan dari pelbagai kelab kereta seluruh negara membuktikan betapa meriahnya acara ini.
Acara kemuncak ialah penyampaian hadiah kepada semua pemenang pada malam penutup. Sambutan hangat daripada peserta dan pengunjung menjadikan BKGK Final Event 2024 salah satu acara permotoran yang paling berjaya di Malaysia tahun ini.
Pihak penganjur turut merakamkan jutaan terima kasih kepada para penaja seperti Nikmas Enterprise, Trans ASM, Yanz HD, Neat 14, dan AIS Truckers. Sumbangan mereka memastikan kelancaran acara ini dan memeriahkan lagi suasana.
Untuk tahun 2025, BKGK sudah merancang beberapa acara menarik dengan lokasi seperti Kota Bharu pada 22 Februari, Kedah pada 10 Mei, Teluk Batik pada 22 Jun, dan Grik pada 31 Ogos. Semoga acara-acara akan datang terus memperkukuh ikatan komuniti permotoran di Malaysia!