Dianjurkan oleh Persatuan Belia Jiwa Permotoran Pulau Pinang dengan kerjasama MPKK Kg Pelet (Pulau Pinang) yang berlangsung pada 8 November yang lalu. Diadakan di Ole Ole Bowling Mydin Jalan Baru Bukit Mertajam, program ini dimulakan seawal pukul 10.00 pagi dan berakhir sekitar pukul 2.00 petang.
Bagi makluman, Persatuan Belia Permotoran ini juga terdiri dari Majlis Tertinggi di kalangan pengerusi kelab atau komuniti kereta di wilayah utara. Program ini telah diadakan kali ketiga khas untuk kelab dan komuniti kereta sahaja. Sebanyak 24 kelab dan komuniti yang terdiri dari 84 orang ahli telah menyertai program ini.
Piala pertandingan ini ditaja oleh YB Nurul Izzah dan majlis perasmian dilakukan oleh wakil beliau iaitu saudara Amir Ghazali yang juga merupakan Timbalan Ketua Cabang Permatang Pauh. Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada barisan penaja yang sudi menaja pertandingan ini iaitu Tom’s Sticker, PROSANK, WACM, RPC, SMOOC dan MPKK Bandar Perda.
Tahniah dan juga terima kasih diucapkan kepada kelab serta komuniti yang mengambil bahagian sekali gus memeriahkan lagi penganjuran pertandingan ini. Antara kelab dan komuniti yang terlibat adalah PANC, PROSANK, SMOOC, RPC, LC, FOS, M7MC, WNCM, AFCM, GAB, GKKU, WPCM, PBOCM, SIC dan GSB. Acara berakhir sekitar pukul 2 petang dengan majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang.