Beberapa bulan lepas, Porsche yang telah menjalani kerja-kerja restorasi ini pernah menghiasi laman-laman web dan dikhabarkan dijual dengan harga mencecah 6-digit. Tidak banyak informasi tentang kereta ini, tetapi apa yang pasti sebelum pemilik terakhirnya membeli kereta ini sejak tahun 1985.
Sebaik sahaja membeli kereta ini, pemilik dikatakan telah melakukan beberapa kerja restorasi termasuk mewarnakan semula dengan warna silver serta memuatkan perumah lampu baru dan juga trim tepi. Selain itu, enjin penyejuk udara 4-flat 1.6 liter ini telah dibina semula sekitar tahun 1986 termasuk beberapa modifikasi lain seperti crankshaft 912. Rod penyambung dan juga bahagian kepalanya juga diganti baru.
Malangnya, kereta secantik ini dibiarkan tersimpan dalam stor sejak tahun 1990an. Hanya baru-baru ini ia dikeluarkan itupun untuk dijual. Sebahagian kerja-kerja dekorasi dan baikpulih terbaharu dilakukan pada bahagian interior yang digantikan dengan upholsteri baru dan pemasangan tayar 15-inci baru. Apa lagi? Oh ya, penukaran minyak hitam, penggantian palam pencucuh dan karburator berkembar Zenith 32 NDIX juga telah diservis. Pendek kata, ia tampil seakan baru keluar dari kilang.
Sebagaimana kereta-kereta klasik lain, kereta ini mencatatkan perbatuan sebanyak 146,668km (seperti dicatatkan pada dokumen) dan hanya ditambah sebanyak 9,656km oleh pemiliknya yang terakhir sejak tahun 1985.
Sumber : Carscoops