Baru-baru ini, Volkswagen telah mendedahkan bahawa pengeluaran Passat di Chattanooga, Tennessee bakal dihentikan. Pengeluar kereta Jerman itu yang kini sedang giat berusaha memasuki pasaran kenderaan elektrik telah memperkenalkan EV terbaharu yang dikenali sebagai ID.4.
Kereta contoh ID.4 ini dijual di Amerika Syarikat dan akan dikeluarkan di Chattanooga bermula tahun 2022 ini yang dijangkakan akan mencapai kapasiti penuh pada tahun 2023. Pada tahun yang sama, pengeluaran Passat akan dihentikan di sini. Bagi makluman, Volkswagen telah melabur sebanyak 800 juta dalam meluaskan tapak di Chattanooga sebagai persediaan untuk proses pengeluaran ID.4 dan dalam masa yang sama, menghentikan pengeluaran tempatan Passat.
Walaupun pengeluaran serta permintaan untuk Passat di pasaran Amerika Syarikat semakin menurun, ia masih mendapat sambutan di beberapa negara lain. Menurut laporan pada bulan Ogos lalu, generasi Passat baharu akan menjadi transisi kepada versi platform MQB yang dikemaskini yang buat masa ini digunakan pada model spesifikasi Eropah. – carscoops