Baru-baru ini, D’Qnut yang terletak di Kuala Linggi telah menjadi lokasi berlangsungnya program Family Day V3 MG3C Malaysia yang berjaya menghimpunkan ahli-ahli dari seluruh negara. Program yang diadakan selama 2 hari iaitu pada 3 dan 4 Oktober ini dianjurkan Southern Region MG3C.
Sebanyak 200 orang ahli berdaftar serta supporter MG3C telah meluangkan masa untuk bersama-sama sekali gus memeriahkan lagi penganjuran program ini. Pelbagai aturcara telah disediakan dan disertai oleh para peserta dengan menjaga SOP yang telah ditetapkan.
Selain mengukuhkan ikatan silaturahim dan ukhwah di antara ahli-ahli kelab, program ini juga memberi ruang serta peluang untuk ahli-ahli berkongsi informasi tentang perkembangan dunia permotoran. Semoga kelab ini akan terus maju jaya dengan melakukan aktiviti-aktiviti kelab dan menyemarakkan lagi dunia kelab kereta yang bergerak agak perlahan sejak Mac lalu akibat pandemik covid-19.