Sumber: Ayu Rahim Wevog / Foto: Fiza Nasir
Wira Evolution Owner Group (WEVOG) merupakan sebuah kelab untuk komuniti pemilik Proton Wira, yang telah menjalani modifikasi luaran, enjin dan dalaman, mirip model Lancer Evolution. Seperti kelab permotoran lain, mereka juga tidak ketinggalan untuk mengadakan sambutan hari keluarga sebagai medium untuk mengumpulkan ahli-ahli kelab dari seluruh negara.
Untuk tahun ini, lokasi pilihan adalah di Lotus Desaru Beach Resort pada 22-24 November yang lalu. Berlangsung dalam suasana penuh meriah, hampir 60 orang ahli bersama keluarga masing-masing telah mengambil bahagian dalam acara kali ini.
Pelbagai aktiviti menarik turut diatur sepanjang acara berlangsung. Antaranya pertandingan mewarna untuk kanak-kanak, juga pertandingan autoshow yang dibahagikan kepada 9 kategori. Di sebelah malam pula telah berlangsung majlis malam, sebelum diteruskan dengan mesyuarat agung untuk tahun ini.