­
Kaki Kereta
Advertisement
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kaki Kereta
No Result
View All Result

Harga Lebih Rendah Daripada Anggaran, Terima 5,000 Tempahan Sejak Dibuka

hpmedia webadmin by hpmedia webadmin
04/03/2021
in BULETIN, UTAMA

Perodua Ativa, model pertama di bawah rangka tindakan Perodua Smart Build, dilancarkan hari ini dengan harga rasmi antara RM61,500 hingga RM72,000, atas jalan sebelum insurans di Semenanjung Malaysia. Harga tersebut lebih rendah daripada harga tentatif RM62,500 hingga RM73,400 yang telah diumumkan sebelum ini, dan sah sehingga pengecualian cukai jualan kerajaan berakhir pada 30hb Jun nanti.

“Harga Perodua Ativa yang berpatutan adalah disebabkan kadar kandungan komponen tempatan sebanyak 95%, kadar permulaan tertinggi bagi mana-mana model Perodua. Malah, enjin dan transmisinya juga dihasilkan di Malaysia,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua Dato’ Zainal Abidin Ahmad.

Perodua Ativa dilancarkan secara rasmi oleh Pengerusi Perodua Tan Sri Asmat Kamaludin menerusi premiere digital yang bermula pada 8 malam tadi.

“Setakat ini, kami telah menerima kira-kira 5,000 tempahan bagi Perodua Ativa sejak ianya dibuka untuk tempahan pada 19hb Februari lalu. Kami mengucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia di atas sokongan mereka. Penghantaran akan bermula esok (4hb Mac), dan mensasarkan untuk menghantar sebanyak 3,000 unit sebulan secara purata,” kata Dato’ Zainal.

Dato’ Zainal turut menambah bahawa Perodua Ativa adalah hasil kerjasama pintar pertama antara Perodua dan rakan teknikal dan teknologinya, Daihatsu.

“Perodua Ativa dibina atas platform global kerana Perodua dan Daihatsu telah berjaya menyatukan sumber yang mampu menghasilkan model paling berdaya saing,” beliau berkata.

Menurut Dato’ Zainal, pengenalan Perodua Ativa amat penting kerana ia membawa kerjasama antara Perodua dan Daihatsu ke tahap baharu, membolehkan Perodua dan para pembekalnya berkongsi komponen dan proses untuk memaksimumkan kecekapan kos.

“Semua ini dilakukan tanpa mengetepikan reka bentuk, ciri-ciri dan citarasa Malaysia yang unik,” tambah beliau.

“Penglibatan kami dalam pembangunan Ativa bermula dari papan lukisan dengan 54 pereka dan jurutera kami bekerjasama dengan Daihatsu sejak 2018.

“Kerjasama erat ini membolehkan kami melibatkan ekosistem automotif Malaysia di dalam pembangunan model ini, dan para pembekal kami berjaya mengatasi cabaran dan mampu mengurangkan kos mereka,” kata Dato’ Zainal.

“Kami mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Malaysia kerana mengiktiraf sumbangan kami kepada ekosistem dan atas sokongan mereka selama ini,” kata Dato’ Zainal.

Menjelaskan lebih lanjut mengenai model baharu ini, Dato’ Zainal berkata: “Ativa berasal daripada Bahasa Portugis yang bermaksud ‘aktif’, dan kami percaya bahawa setelah anda memandu uji Perodua Ativa, anda akan yakin bahawa model ini sesuai dengan gaya hidup aktif di bandar yang dialami ramai kini.”

Ativa merupakan kenderaan cas turbo pertama Perodua, model pertama Perodua yang menggunakan Transmisi Boleh Laras Berterusan (CVT) dan model pertama Perodua yang memenuhi standard Pemanduan Autonomi Tahap 2, selain menjadi kenderaan paling mampu milik di Malaysia yang memenuhi standard tersebut.

Semua teknologi ini menyumbang kepada kecekapan bahan api sehingga 18.9 km/l, menjadikannya Kenderaan Cekap Tenaga (EEV) kelima Perodua.

Bantuan Pemanduan Selamat (ASA*) 3.0 membuat kemunculan pertamanya pada Perodua Ativa, dan ianya terdapat pada semua varian buat julung kali. ASA 3.0 berfungsi pada kelajuan yang lebih tinggi (sehingga 120 km/j untuk kenderaan dan sehingga 60 km/j untuk pejalan kaki) berbanding sistem ASA 2.0 semasa, dan kini boleh mengesan kenderaan beroda dua serta berfungsi pada waktu malam.

Pada semua varian juga terdapat enam beg udara, lampu hadapan LED automatik dengan Auto High Beam dan Lane Departure Warning and Prevention. Varian H dan AV mempunyai Adaptive Driving Beam, paparan multi-info TFT tujuh-inci dan sistem infotainment skrin sesentuh sembilan-inci dengan voice recognition. Varian AV secara eksklusif mempunyai Lane Keep Control, Blind Spot Monitor, Rear Cross Traffic Alert dan Adaptive Cruise Control.

Dengan Ativa kini sebahagian daripada keluarga Perodua, pengeluar kenderaan itu menjangkakan perbelanjaan sebanyak RM6.5 bilion untuk membeli komponen daripada pembekal tempatan tahun ini.

“Kami menjemput seluruh rakyat Malaysia untuk mengunjungi mana-mana pusat jualan kami di seluruh negara – di mana garis panduan COVID-19 dipatuhi ketat demi kesihatan dan keselamatan semua – untuk melihat, merasai dan memandu uji Perodua Ativa sebelum pengecualian cukai jualan kerajaan berakhir pada 30hb Jun nanti,” kata Dato’ Zainal.

Harga Rasmi Perodua Ativa (atas jalan sebelum insurans untuk Semenanjung Malaysia;
X Warna Metalik : Glittering Silver / Granite Grey / Cobalt Blue – RM61,500
H Warna Metalik : Glittering Silver / Granite Grey / Cobalt Blue – RM66,100
H Warna Metalik Khas : Pearl Diamond White / Pearl Delima Red – RM66,600
AV Warna Metalik : Glittering Silver/Granite Grey – RM71,200
AV Warna Metalik Khas: Pearl Diamond White/Pearl Delima Red – RM71,700
AV Warna Metalik Khas dwi-tona : Pearl Diamond White/Pearl Delima Red – RM72,000

Previous Post

Dedikasi Pasukan Bugatti Selama 2 Tahun Membuahkan Hasil

Next Post

Mahu Ganti Sistem Audio Standard? Apa Langkah Awal Yang Perlu Dibuat?

CAPAIAN

  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • October 2017
  • May 2017
  • March 2017
  • February 2017
  • January 2017
  • December 2016
  • November 2016
  • October 2016
  • September 2016
  • August 2016
  • July 2016
  • June 2016
  • May 2016
  • April 2016
  • March 2016
  • February 2016
  • January 2016
  • December 2015
  • November 2015
  • October 2015
  • September 2015
  • August 2015
  • July 2015
  • May 2015
  • January 2015
  • December 2014
  • November 2014
  • October 2014
  • September 2014
  • August 2014
  • July 2014
  • June 2014
  • May 2014
  • April 2014
  • March 2014
  • February 2014
  • January 2014
  • December 2013
  • November 2013
  • October 2013
  • August 2013
  • July 2013
  • June 2013
  • May 2013
  • April 2013
  • March 2013
  • January 2013
  • December 2012
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved