Kaki Kereta
Advertisement
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kaki Kereta
No Result
View All Result

GRACIA

Saiful by Saiful
10/04/2019
in MODIFIKASI, UTAMA

Jujur cakap, Acik sebenarnya tak berapa perasan rupa asal kereta ini sewaktu pertama kali bersua muka. Langsung tak dapat tangkap, memandangkan perubahan yang telah dilakukan pada bahagian luar. Agak lama jugaklah duk tenung dan termenung. Sampailah terpandang lampu belakang, yang membantu memberi bayangan dirinya yang sebenar. Kereta geng tokey rupanya, patut tak perasan mana.

Kereta ini dibeli Rafaie dengan niat untuk cuci tangan. Famili makin besar dan kereta bikin yang bingit melantun tidak lagi sesuai untuk dibawa bersiar-siar. Sebagai peminat tegar jenama Toyota, Rafaie cuba mengambil risiko untuk bermain dengan kereta bernama Camry. Tak pernah dibuat orang, baru ada cabaran katanya!

Sebaik dibeli, bahagian luar telah digantikan dengan komponen badan model Gracia, salah satu varian Camry yang dijual secara eksklusif untuk pasaran Jepun. Tidak cukup dengan itu, Rafaie juga berjaya mendapatkan kit badan versi TRD, meliputi keseluruhan bumper depan, skirt sisi dan apron belakang. Lain-lain komponen yang termasuk dalam pakej ini adalah, spoiler Camry Gracia GTP, visor cermin belakang, hood dan bonet gentian karbon, set splitter keliling, serta kit salur udara kustom pada sebelah lampu utama. Pemilihan kaler candy vermillion red, turut membantu menaikkan lagi seri kereta ini.

Keseluruhan ruang roda menempatkan rim Rays TRD T3 yang dibalut tayar Yokohama Advan Fleva bersaiz 225/40R-18. Kedudukan kereta kemudian ditetapkan pada set suspensi boleh laras GAB, yang ditala semula oleh otai Chempiang Rosdi. Sementara kuasa hentian yang diperlukan, dibantu kit brek 4-pot Aristo untuk depan serta brek 2-pot Altezza di ruang belakang.

Kebanyakan Camry SV20 datang dengan enjin jenis 5S-FE berkapasiti 2.2-liter. Nampak macam okey tapi ia sebenarnya agak malas dan lemau, lebih-lebih lagi dengan kotak gear automatik 4-kelajuan yang dibekalkan. Memandangkan jumlah batuannya juga agak tinggi, Rafaie mula mencari alternatif lain yang lebih sesuai.

Yang dimaksudkan enjin 2MZ-FE, sebuah enjin V6 berkapasiti 2.5-liter dari model Camry Gracia JDM. Ia bukanlah sebuah enjin berprestasi, tapi menawarkan hantaran kuasa yang jauh lebih lancar. Belum lagi citer pasal bunyik. Buat masa ini, Rafaie hanya menggunakan pam petrol dari enjin 1JZ, penapis udara TRD, penyejuk minyak Grex serta kabel pencucuh NGK R09 sebagai komponen penyedap rasa.

Untuk kesan lebih mewah, kereta ini datang dengan trim kaler beige di bahagian dalam. Bukan takde yang kaler hitam, cuma belum lagi jumpa yang berkenan. Aksesori tambahan lain hanya mengandungi sepasang tempat duduk Recaro SR1, unit infometer M7 Japan, serta speed meter dari Pivot.

Lepas penat pejam celik, rupanya sudah masuk 4 tahun Rafaie setia bersama kereta ini. Elok je layan sesorang tanpa kelab dan persatuan. Mujur juga rakan-rakan di Garage Daz sudi menemani…

 

Previous Post

GURIN KAKUMI

Next Post

CALDINA CLUB MALAYSIA, SAMBUTAN ULANG TAHUN KE 11

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • October 2017
  • May 2017
  • March 2017
  • February 2017
  • January 2017
  • December 2016
  • November 2016
  • October 2016
  • September 2016
  • August 2016
  • July 2016
  • June 2016
  • May 2016
  • April 2016
  • March 2016
  • February 2016
  • January 2016
  • December 2015
  • November 2015
  • October 2015
  • September 2015
  • August 2015
  • July 2015
  • May 2015
  • January 2015
  • December 2014
  • November 2014
  • October 2014
  • September 2014
  • August 2014
  • July 2014
  • June 2014
  • May 2014
  • April 2014
  • March 2014
  • February 2014
  • January 2014
  • December 2013
  • November 2013
  • October 2013
  • August 2013
  • July 2013
  • June 2013
  • May 2013
  • April 2013
  • March 2013
  • January 2013
  • December 2012
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved