Kaki Kereta
Advertisement
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kaki Kereta
No Result
View All Result

FUN TAXI

Saiful by Saiful
10/05/2019
in MODIFIKASI, UTAMA

Adakalanya, kita tak nampak pun potensi sesetengah kereta yang yang ada melata di atas jalan. Contohnya angkatan teksi-limo, yang boleh dikelaskan sebagai sedan separa mewah. Mungkin kurang adil kalau dibandingkan dengan model-model sekarang. Tapi ia tetap memiliki kelebihan dan keistimewaan tersendiri.

Trend modifikasi teksi-limo ini, sebenarnya cukup meriah sekitar 10-15 tahun dulu. Semuanya gara-gara kerancakan sukan derip yang memilih kereta jenis ini untuk beraksi. Rakan-rakan di Jepun pulak, sibuk dok tayang bagaimana ia boleh diubah dan dicantikkan. Apa lagi, makin membaralah jadinya. Abih pakcik-pakcik yang lepak kat hentian teksi kena gegar.

Lee bukan lagi asing dalam dunia modifikasi. Secara berdikit beliau berjaya membina namanya, hasil kepakaran mentoyotakan model-model banyak penyakit. Memandangkan Skyline beliau terlalu malas untuk bergerak, Lee akhirnya memilih platform ini sebagai projek terbarunya, yang lebih sesuai digunakan sebagai kereta jumpa kawan.

Proses pertama melibatkan penukaran sistem suapan daripada diesel kepada petrol. Sebab ia sebuah Toyota, pilihan enjin boleh tahan jugak banyaknya. Pun begitu, enjin seperti 1JZ-GTE VVTi dari casis JZX 100 ini lebih diminati kerana sifatnya yang tahan lasak. Taklah bengkok sangat masa nak bayar roadtax.

Salinan enjin ini turut menerima perubahan khususnya di bahagian sistem pendesak. Antaranya penggunaan kipas billet pada unit turbo asal, intercooler Apexi, paip intercooler kustom, termasuk memansuhkan paip J asal untuk respon lebih baik. Kecuali pam petrol AEM 340 dan regulator Works Engineering, keseluruhan sistem suapan dan cucuhan masih menggunakan komponen asal.

Sistem transmisi menggunakan kotak gear manual R154, sambil dilapik set klac plet berkembar OS Giken. Perubahan turut melibatkan penukaran subframe dan axle belakang JZX81, memandangkan komponen asal datang dengan subframe jenis solid yang kurang fleksibel. Baru boleh derip!

Sistem brek dinaik taraf menggunakan komponen Skyline R33 GTST untuk depan, serta Chaser JZX100 di ruang belakang. Perhatian turut diberikan kepada sistem gantungan, menerusi padanan set suspensi boleh laras kustom. Hak ni susah nak terang, sebab ia dirojak menggunakan komponen dari model yang sesuai. Bagi menambah serinya, bahagian roda kini menempatkan rim Volk Racing TE37 yang dibalut pada tayar Westlake bersaiz 235/45R-18.

Bagi menghilangkan identitinya selaku teksi-limo, perubahan paling besar pastinya melibatkan bahagian luaran. Keseluruhan muka depan, telah disarungkan dengan komponen JZX81 yang memiliki lampu dan gril lebih tirus. Begitu juga dengan gugusan lampu belakangnya. Ini diikuti kerja-kerja kustom, meliputi binaan arch roda, hood dengan vent udara, serta spoiler di bahagian bumbung. Untuk rupa lebih Jepon, komponen seperti bumper depan, bumper belakang dan skirt sisi telah diadaptasi dari kit badan Big Win.

Bahagian dalaman yang nampak lusuh dengan kaler cakelat, telah digantikan dengan komponen versi kelabu. Sebahagian komponen lain pula diberi kerja-kerja balutan semula menggunakan fabrik Alcantara. Ia meliputi bahagian panel pintu, tempat duduk depan Skyline R32, tempat duduk belakang, set pilar serta alas bumbung. Turut kelihatan, penggunaan stereng Nardi Classic, tombol gear kristal, meter boost Defi serta dua meter tambahan GReddy Sirius.

Walaupun baru siap dibina, Lee bercadang untuk mewariskan kereta ini kepada mereka yang berminat. Ada projek baru ler tu… Kalau ada yang berminat, boleh cari beliau di Facebook: BMW Convert Club. Komisen jangan lupa!

 

Previous Post

WHEEL SPEED CAR SERVICES SDN BHD, PUSAT SERVIS SEHENTI

Next Post

K1 EXHAUST SPECIALIST X JR SPEED SUCIMUCI RACING TEAM @ TRI NATION RALLY SPRINT 2019

CAPAIAN

  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • October 2017
  • May 2017
  • March 2017
  • February 2017
  • January 2017
  • December 2016
  • November 2016
  • October 2016
  • September 2016
  • August 2016
  • July 2016
  • June 2016
  • May 2016
  • April 2016
  • March 2016
  • February 2016
  • January 2016
  • December 2015
  • November 2015
  • October 2015
  • September 2015
  • August 2015
  • July 2015
  • May 2015
  • January 2015
  • December 2014
  • November 2014
  • October 2014
  • September 2014
  • August 2014
  • July 2014
  • June 2014
  • May 2014
  • April 2014
  • March 2014
  • February 2014
  • January 2014
  • December 2013
  • November 2013
  • October 2013
  • August 2013
  • July 2013
  • June 2013
  • May 2013
  • April 2013
  • March 2013
  • January 2013
  • December 2012
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved