Sebagai tanda sokongan, K1 Exhaust Specialist telah membantu JR Speed Sucimuci Racing Team untuk menyediakan sistem ekzos pada jentera rali pasukan berkenaan. Kesemua jentera ini telah mengambil bahagian dalam perlumbaan Tri Nation Rally Sprint 2019 yang berlangsung pada 23 & 24 Mac yang lalu di Tanamera, Sungai Buloh Selangor.
Hasil kepercayaan yang diberikan, K1 Exhaust Specialist berjaya membina sistem ekzos mengikut spesifikasi yang diperlukan. Menerusi kombinasi yang sempurna antara pelumba, krew dan jentera, usaha mereka akhirnya membuahkan hasil apabila berjaya memonopoli kedudukan podium dalam setiap kategori yang disertai.
K1 Exhaust Specialist sentiasa menawarkan rangkaian produk dan perkhidmatan, mengikut kesesuaian dan kehendak pelanggan. Penglibatan K1 Exhaust Specialist dalam menyediakan sistem ekzos yang sesuai untuk tujuan perlumbaan, membuktikan kemampuan mereka sebagai pakar sistem ekzos yang profesional.
Foto: Ishraqi Mokhtar @ Tune Photography