Kaki Kereta
Advertisement
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kaki Kereta
No Result
View All Result

FIAT SUPERMIRAFIORI 131 – BILA OLSKOOL JEPUN HILANG DARI RADAR

hpmedia webadmin by hpmedia webadmin
04/05/2017
in MODIFIKASI, UTAMA

Itali adalah pembuat kereta signifikan dalam industri automotif Eropah. Kalau sebut Itali, kita akan membayangkan kereta sport eksotik macam Lamborghini dan Ferrari dan motosikal Ducati. Sejak 1900, industri automotif Itali telah membangun dan berkembang pesat dan sehingga ke hari ini kumpulan FIAT (Fiat Group) adalah pengeluar kenderaan terbesar Itali dengan jenama pentingnya Ferrari dan Maserati Alfa Romeo dan juga Lancia.

Memegang jenama bagus tak semestinya berjaya. Fiat dan Alfa Romeo contohnya adalah brand sejuk yang susah nak dipasarkan di luar Eropah. Masa saya kecik dulu, banyak kereta Fiat ni atas jalan, tapi sejak Toyota, Honda dan Mitsubishi menggandakan sasaran mereka ke Asia (dan Amerika) Fiat/Alfa Romeo dan jenama British lain terus meninggal dunia.

Dulu ada lah kejap Fiat ni ‘revive’ masuk balik Malaysia di bawah Torino Motor tapi aftersales servisnya yang macam nokrom buatkan ia masuk kubur kali kedua.

Lama tak nampak tak semestinya semua jadi reban ayam. Fiat 131 ni adalah adalah antara saki baki yang masih lagi hidup. Komitmen main kereta begini jauh lebih tinggi berbanding kereta Jepun.

Cuba bayangkan cermin pecah atau handle pintu patah. Jenuh mencari atau putus akal habis macamana nak modified bagi masuk parts kereta lain. Tapi yang bestnya, biasanya memang berjaya dan di situlah terletak keseronokannya. Kalau semua benda nak mudah, pergi kedai beli Saga BLM lah.

Fiat 131 Supermirafiori milik Nazim dari JB adalah contoh terbaik yang pernah saya tengok dibuat pada model ini. Masa mula nak main kereta pun Nazim pening juga nak fikir kereta apa. Ia mesti tak ramai orang pakai, tak susah nak jaga dan murah.

Kalau tengok pada kategori kereta Jepun kebanyakannya samada nampak ‘biasa’ ataupun yang jenis rare perlu poket tebal. Al maklumlah, nak main kereta pun untuk hujung minggu je pun.

Beliau pun beli 131 dan tak lama kemudian hantar bengkel dan buang enjin asal dulu. Kau pakai enjin dia overhaul upgrade bagai nanti rosak sana sini boleh kena barah payudara pening nak repair. Langkah paling senang yang dibuat ialah masukkan enjin Jepun.

Cari punya cari, nah jawapannya SR20DET.

Enjin ni lebih kepada restorasi kosmetik dan fungsi. Power sangat dah nak laju kemana sangat tersiat body nanti.

Rocker cover dihantar celup krom. Hos getah saluran intercooler digantikan dengan stainless steel. Sebuah wastegate 40mm dipasangkan pada manifiold custom. Penapis udara dari M’S , blow-off valve HKS, intercooler custom, radiator aluminium dan ekzos 2.5 inci dengan peredam bunyi S flow beli kedai potong.

Siap!

Senang buat enjin Jepun ni kan? Boleh pilih samada nak modified atau nak pakai standard badak.

Sebaik sahaja sampai tahap ni, Nazim pun tingkatkan pengendalian pula. Nah di sini cabaran keduanya. Puas kawin sana sini cari barang dan akhirnya dapat set untuk depan TEIN dari kereta Nissan Silvia dan set belakang Cusco yang tak dapat ditentukan dari kereta apa. Walaupun rojak, pengendaliannya jauh lebih sedap berbanding rasa sampan pada set asal.

Brek juga ditambahbaik dengan pemasangan set 4 pot Nissan di depan dan cakera solid di belakang. Untuk memacu jentera ni, set rim BBS RS 16X9 di depan dan 16X10JJ di belakang dipasangkan. Tayar ialah Achilless ATR.

Dashboard asal Fiat ni bentuknya kotak-kotak macam Iswara. Bila digantikan dengan dashboard S13 nampak beza langsung dan ajaibnya juga ia boleh muat tanpa banyak pengubahsuaian besar dibuat.

Pemasangan juga dibuat kemas termasuk konsol tengah dan sepasang kerusi bucket Bride dan roda stereng Momo King. Sekali pandang, nampak macam benda ni asal Fiat dan kalau tak bagitahu kat Pak Amid dia memang tak tau langsung.

Nampak macam terer tapi sebenarnya tidak. Aksesori dalamannya termasuklah meter boost Blitz dan timer Apexi. Pemain audio BGM tu bagi cukup syarat jangan terlompong kosong slot 2DIN dashboard ni.

Bahagian kosmetik luaran lebih kepada proses restorasi semula. Mungkin benda yang boleh ditambah ialah fender flare. Kereta olskool tak perlu bodykit pelik-pelik sebab nanti nampak ultra pelik. Akhir sekali sembur warna Ferrari Red, dah siap, cun dan perfect!

Bila terdapat perubahan ketara dalam arena modifikasi tempatan bilamana kereta moden dah tak sedap nak modified kita kena lah kreatif. Kereta conti “tiada masala” kata Majibur, asalkan kau tau nak padankan dengan enjin apa.

Jepun pun ada bertan tan lagi enjin power yang belum lupus. Cuma 10 tahun lagi saya tak tahu lah enjin apa aja yang tinggal nak masuk dalam kereta lama. Enjin Vios? Masyaallah. Mintak simpang malaikat 44 jauh-jauh.

Previous Post

LAGENDA EVO – APABILA 6 TERLALU MAINSTREAM, 4 LEBIH BAIK!

Next Post

TOYOTA HILUX SINGLE CAB – YANG INI PUN BOLEH JUGA JADI LAJU (DAN CANTIK)

KATEGORI

  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW

POPULAR

  • PROJECT X
  • MODERNO LEGACY
  • SUPIR NOUVA
  • BABY SHARK
  • KEMBANG MENGIDAM
  • Tidak Semua Lamborghini Kekal Diingati Selamanya
  • OOTB - OUT OF THE BOX
  • READY TO RUMBLE
  • SILVER SURFER

CAPAIAN

  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • October 2017
  • May 2017
  • March 2017
  • February 2017
  • January 2017
  • December 2016
  • November 2016
  • October 2016
  • September 2016
  • August 2016
  • July 2016
  • June 2016
  • May 2016
  • April 2016
  • March 2016
  • February 2016
  • January 2016
  • December 2015
  • November 2015
  • October 2015
  • September 2015
  • August 2015
  • July 2015
  • May 2015
  • January 2015
  • December 2014
  • November 2014
  • October 2014
  • September 2014
  • August 2014
  • July 2014
  • June 2014
  • May 2014
  • April 2014
  • March 2014
  • February 2014
  • January 2014
  • December 2013
  • November 2013
  • October 2013
  • August 2013
  • July 2013
  • June 2013
  • May 2013
  • April 2013
  • March 2013
  • January 2013
  • December 2012
  • RSS - Posts
  • RSS - Comments
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved